Wednesday, August 1, 2012

BERUK BAND OH BERUK BAND!

Photo: Huhu





Sejak kami sekeluarga berpindah ke Kpg Sungai Plong, Sg Buloh kira-kira 7 bulan lalu, hidup kami agak kucar kacir sebab kawasan baru yang kami tinggal ini tiada Unifi. Bayangkan kerja kami suami isteri membabitkan jalur lebar.

Kjee pasti kalau Unclepali tahu kami akan berdepan dengan masalah tiada Unifi, pasti hatinya berat untuk berpindah ke sini. Bagaimanapun, kami hanya tahu setelah berpindah.

So kami beralih lah kepada broadband adik beradik Beruk Band. Oleh kerana kami tiga beranak menggunakan telco DiGi, maka itulah yang menjadi pilihan. Walaupun tidak selaju Unifi tetapi kami pasrah kerana tiada pilihan. Kami amik pakej quota 10 gig sebulan. .

Tiada masalah langsunglah selama ini. Kemudian, dua minggu lepas, Kjee dapat sms dari DiGi memberitahu, siarannya di Sg Plong dan beberapa kawasan berhampiran akan dibaikpulih selama sebulan. Dan besar kemungkinan kami akan berdepan dengan siaran yang gerak slow macam kura2.

Kjee panik. Maklumlah hari2 buat kerja perlu internet. Unclepali terus ke Maxis. Isi borang dan ambik Beruk band Maxis lah. Nadia pulak terminate broadband DiGi. "Sementara jer ya mama. Bila dah di ugrade, kita kembali ke DiGi. Sebulan jer," kata Nadia.

Unclepali bayar RM100.

Wokey settt. Kjee pun happylah sebab kerja tidak akan terkandas. Hmmm boleh tahan laju jugak beruk band Maxis. Unclepali terus kata tak payahlah kembali ke DiGi.

TETAPI our happiness was short lived.

Kira-kira 4 hari lepas, tetiba ada keluar paparan di screen pc yang kata kita orang dah guna habis quota untuk bulan ini. Isyhhh baru 10 hari dah habis? Unclepali naik darah. Nadia kata ok jer. Tekan jer kat paparan tu yang kita setuju menerima servis yang slow.

Dua hari Kjee asyik bebel. So Unclepali bayar lagi RM28 lagi empat hari lepas.. Kononnya bila dah habis guna quota asal, boleh dapat 1.5 mbps per day selama 30 hari!

Hampeh!!! Cekik darah. hari ni paparan tu keluar lagi!!!

Unclepali naik darah. Mulalah dia carutkan Maxis sampai kurus pahala pose. Kemudian call Nadia suruh beli balik broadband DiGi. Kalau dulu bayar RM110, tadi Nadia kata bayar RM108 jer. petang ni dia balik kuliah baru Kjee boleh online guna DiGi yang baru.

Sementara ini, sabar dan urut dada jer dengan servis beruk band Maxis yang banyak cekadak!!!

NOTA UNTUK TM UNIFI: Bila nak datang ke Sg Plong, Sg Buloh yang dekat sangat dengan KL?

9 comments:

Ezza Muffinbiru said...

hehehe tergelak saya baca ni kak..agak nya Unify tak sampai lagi kot ke Sg Plong ni..lambat sebab dia naik unta...Kat Matang Pagar Sg Buloh ada pulak kak..

:|: TinTa Kibod :|: said...

hehe...
saya pn guna DIGI kak..
plg kurang selo pn 3G..
klu Maxis siap E...dan kaput terusssss!!

AIN NAZRI said...

kak gee ada masuk web tm tuk request for unifi or kak jee masuk FB Everyoneconnect and cakap kat wall depa bila nak masuk ke kawasan umah akak..
kadang2 TM akan pasang kabel baru if ada demand.. try ye kak jee.. berbaloi2

Budak Gemuk said...

Kenapa kak jee x try guna porta wifi celcom jer?

Rosmawati Cghani said...

aa a la kak jee saya sangat setuju UNIFI PLEASE LA TM . Kita orang dah makin ramai kat Sg. Buloh. ni bukan kg lagi.. mau untung ka tak mau untung. Ramai nak langgan ni...... tapi bila check coverage area tak da... WAKE TM WAKE UP BEB.

NURHUDA said...

maxis berukband memang mcm tu kak gee. Sakitttt hati......suka perangkap customer utk tambah kelajuan....tak tahan terminate jerrr...

MENU said...

P1 laju kak...torai ler...beruk pun beruk laaaa

Inilah Aku said...

Kak Jie Try lah U Mobile Broadband.. laju dan juga murah jugak connection pon x der lah mcm si "biru" "hijau pucuk pisang" dan jugak "kuning" tu .. agak puas hati lah.. cuba lah

Anonymous said...

eii kak jee.....nasib baik saya baca artikel kak jee nih...orang maxis ni tiap2 minggu call suruh saya sign-up beruk dia tu....saya dah nyaris2 termakan pujuk nih....
kalu cam nih, i'm gonna stick with my P1 je larr.....kalau ada duit lebih esok, baru sign-up dgn unifi pulak. Thanks Kak jee!!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...