Friday, August 10, 2012

KJEE FAHAM SANGAT PERASAAN NORA DANISH PASAL RUSHDI RAMLI!!




Apabila Kjee baca citer pagi tadi pasal Nora Danish susah nak berlakon dengan Rushdi Ramli, Kjee teringat jugak satu ketika dulu pengalaman Kjee berlakon dengan Rushdi. Kalau tidak silap, judul drama tu Hologram. Eh entah dah tayang ke tidak, Kjee tak pasti tapi masa tu Nadia masih kat Tadika. Hehehe.

Kjee tak sepatutnya berlakon drama tu. Drama itu sebenarnya shooting kat opis Kjee. Masa tu Kjee jadi wartawan di Mingguan Utara. Drama itu kononnya dalam opis surat khabar. Rushdi jadi artis rakaman datang dengan PRO nya nak mintak wartawan tulis berita. Pengarahnya kata, since Kjee ada kat situ, bolehlah berlakon jadi wartawan.

Oklah. No problem. Janji bayar tau!! Yang jadi PRO nya, Bob Ismail (sekarang pengarah filem tau. Kalau tak silap filem Nyangkung). Malangnya, tiada skrip so kena ad-lib atau hentam saja nak cakap apa. Kjee tahu Bob ni kuat melatah. Melatah tahap gaban atau Melatah remote control. Dari jauh, kita acah, dia boleh melatah sorang2. Sebab itu kami panggil melatah remote control. Hehehe.

Bob Ismail

Kjee memang nak kenakan si Bob. Tapi Kjee tak tahu yang Rushdi ini cukup penggeli orangnya. Dia tak tahan ketawa! Apabila camera roll jer, Kjee pun mulalah bawak watak wartawan yang 'gila2 bahasa'.  Bob mula melatah dan Alamak!!! Rushdi tak boleh tahanlah. Dia mula ketawa tak henti2. Bila dia ketawa, pengarah kena cut!

Pengarah dah benggang. Muka dia masam. Kjee jadi takut. So lepas tu, next take, Kjee serius lah berlakon. Tapi kannn si Rushdi ni, dia dah kena sawan tawa. Walaupun Kjee berlakon serius, dia tengok jer muka Kjee, terus ketawa.

Pengarah dah hot. "Hoi korang ni!!! Taakkan satu scene nak ambik masa sampai 30 take!!!".

Hahaha akhirnya siap jugak adegan tu. Sampai ke hari ini, apabila Kjee terserempak dengan Rushdi, terus flashback adegan Kjee berlakon dengan dia tu. Nasib baik selepas itu, Kjee tak pernah ada peluang berlakon dengan dia. Tapi kalau ada orang offer pun, Kjee rasa tak sanggup kot. Hehehe.

Korang baca jer lah apa yang ditulis oleh mStar pasal Nora Danish dan Rushdi Ramli kat bawah ni.


Nora Danish Sukar Lakon Aksi Ranjang Kerana Rusdi Ramli

PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish berkongsi pengalaman sukar untuk melakonkan adegan romantik dan ranjang bersama pelakon Rusdi Ramli menerusi filem Mencari Cintadisebabkan sifat lelaki tersebut yang kelakar.
Nora, 30, berkata, ketika babak asmara melibatkan mereka dilakonkan dia tidak dapat menahan ketawa apabila melihat wajah Rusdi sehingga penggambaran terpaksa dilakukan berulang kali.
"Rusdi adalah seorang pelakon yang kelakar dan ceria ketika berada di set penggambaran. Apabila perlu melakonkan watak romantik dan ranjang bersamanya membuatkan saya ketawa.
"Bagaimanapun masalah itu hanya sementara kerana selepas beberapa hari penggambaran, kami mula menjiwai watak masing-masing," katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun kata Nora, dia gembira dapat bergandingan dengan pelakon pengalaman itu yang disifatkan sebagai individu yang hebat.
Nora memberitahu, bekerja dengan Rusdi memberikan dia banyak kelebihan disebabkan aktor berusia 42 tahun itu tidak lokek dengan ilmu.
"Bukan mudah untuk berlakon adegan romantik dan ranjang tetapi ia banyak dibantu oleh Rusdi yang lebih banyak pengalaman selain kesudiannya memberikan tip supaya tidak kelihatan kekok," ujarnya.
Dalam pada itu, Nora memberitahu dia tidak menyangka filem genre romantik sebenarnya sangat sukar dan mencabar walaupun ia kelihatan mudah.
Kata Nora, penghayatan mendalam sangat diperlukan bagi menjiwai watak dan mengakui banyak belajar daripada pengarahnya iaitu Shirin Khuzaimie.
"Saya lebih dikenali dalam watak sebagai gadis ceria atau pun komedi dan ini adalah kali pertama percubaan saya untuk membawakan watak romantik.
"Walaupun disangka mudah tetapi secara dasarnya ia sangat sukar dan memerlukan penghayatan yang teliti," katanya.
Mencari Cinta mengisahkan tentang Myra (Nora Danish) yang telah dipaksa oleh ayahnya untuk berkahwin dengan seorang pemuda kampung iaitu Razlan (Rusdi Ramli) yang ditinggalkan kekasihnya.
Selain dijayakan oleh Rusdi dan Nora, filem berkenaan juga turut dilakonkan oleh Fouziah Gous, Riezman Khuzaimi, Mahmod Ali Basha, Norlida Ahmad, Daphne Iking dan Natasha Hudson.
Ia akan ditayangkan pada Disember depan.

5 comments:

Nazz@Purple said...

oo dia seorang yg kelakar..patut la awet muda..muka tak berubah dr dulu smpai skrang..

Irfa said...

baru tahu :)

Rai said...

rasa cam boleh bayang je..

ieda said...

saya suka tgk cerita kelakar kalau ada rushdi ni...tengok muka dia ja dah rasa nak gelak walaupun scene tu sepatutnya serius...

lady scooter said...

cehh...wat suspen je...ingatkan sebab ape...rupanye sebab dia jenis mudah ketawa...alalalaaaaa....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...