Wednesday, August 29, 2012

LONTONG JAWA YANG SEDAP DAN MUDAH DIBUAT




Lontong Jawa suatu kemestian di rumah Kjee di Hari Raya. Sebenarnya, kalau tak Raya pun Kjee suka buat. Tapi Kjee hanya buat Lontong Jawa di rumah Kjee. Kalau balik kampung tak buat sebab my MIL kata tak payah buat sebab dia orang tak reti makan.

Ya ke tak reti makan? Bukak mulut ngapp jer lah kan? Dia orang tu belum tahu lagi sedap ke tidak Lontong Jawa ni. Apapun, Kjee tak minat nak ajar dia orang makan. Kalau dah ajar nanti, setiap tahun Kjee kena buat. betul tak? Hehehe.

Anyway, Lontong Jawa ni adalah suatu hidangan yang cukup mudah dibuat dan senang dimakan. Tak perlu ada lauk2 sampingan seperti serunding kelapa ataupun kuah kacang ataupun sambal kerang, misalnya serta telor rebus. Murah jer budjetnya.



It's a one dish meal. Curahkan saja atas nasi impit (samada yang dibuat guna daun pisang) Adabi ataupun Nona. Sedap2 sangat2. Kalau masak Lontong Jawa ni, Kjee mesti buat banyak2 sebab penghuni rumah Kjee suka makan berulang2 sampai lah sebelum tidur malam. Enak banget!

Hari ni Kjee bubuh potongan tempe. Selalunya tak bubuh tapi bubuh pun sodappp! Dan selalunya Kjee bubuh petola bersama pucuk belinjau tetapi hari ni tak bubuh. Sebab tak ada stok.

So Kjee puas hati bubuh terong panjang, kobis dan tempe. Dan rahsianya, Lontong Jawa MESTI dibuat pedas2. Kalau tak pedas, tak sedap!

Kalau korang nak try buat dan hidangkan kepada tetamu, resipi di sini. Tak banyak kerenah. Anak2 remaja pun boleh tolong masak.




12 comments:

norhidana said...

waahhhh bestnyer... selalu lontong biasa, ni lontong jawa tak penah try nih, walaupun dana org jawa

Lynn said...

kak jee..lyn memang suke sangat lontong jawa nie..maklumlah..lama lynn menetap kat s.alam dan klang..rugi la tak cuba makanan jawa yg sedap2 kan..heheehe

norinaomar said...

saya ingatkan soto madura tadi

Anonymous said...

Tak sedap la tu pd MIL... secara halus kata tak reti btw knp lontong jawa ni kaler dia mcm tu...

Kjee said...

Entahlah. Macam mana dia boleh kata tak sedap sedangkan Kjee tak pernah masakkah lontong jawa ini utk beliau. lagipun, MIL kjee ni jenis manusia yang tak boleh terima makanan lain daripada makanan orang Kedah. Sebab itu, di rumahnya hanya dia yang memasak. Anak2 masak semuanya baginya tidak boleh diterima tekaknya.

Anonymous said...

Kakjee.. saya tak berani nak memandai2 masak kat rumah mil..
saya tak pernah mengaku pandai masak.. ada byk experience yg tak best pasal masak memasak kat sana.. saya lebih rela diajar 1-1.. drps suruh saya masak.. tapi esoknya masak menu yg exactly sama without saying a word..terasa kita masak tak sedap.. tp raya tahun lepas saya masak rendang daging.. saya tak nampak mil makan n dia tak kata apa pun tapi dia sibuk suruh biras saya belajar dr saya.. tp mmg sepatah pun dia tak kata apa...

Nana

Nur Hazwani said...

raya baru2 ni pun saya masak lontong! hehe... bagi orang Kelantan belajar makan lontong.. hee... nasib baik family mertua saya memang makan lontong. kalau x, xdenya saya confident macam tu :)

Sky Before Pinky said...

kak saya ni baru je terjah sini..lontong ni kuah dia sama ke ngan masak lodeh??

Kjee said...

Ya sikit lebik kurang. Tapi yg ni bubuh buah keras dan belacan.

Anonymous said...

Kalau tgk rupa mcm Sambal Taun..Abah saya selalu masak ms raya..Jawa Tg Karang..Hehe..Tak tau la sama ke idak..

Wana

Nur Hazwani said...

ooo bubuh buah keras dan belacan ye? udang kering perlu bubuh juga x ek Kak Jee kalau dah ada belacan tu? TQ

Cool Lean said...

Saya menantu perempuan Mak yang paling bongsu.Since day 1, Mak minta saya masak. Katanya, dia nak saya masak sebab Ibu saya adalah pemilik restoran & anaknya @suami saya pernah beritahu pd dia yg masakan saya sedap (sedap pd tekak dia la tu..). Sampai sekarang, dah 19 tahun 4 bulan, Mak masih demand lagi.. Tapi saya ada 4 biras perempuan lagi atas saya.. & kami masak sama2 untuk kenduri & majlis2 di rumah Mak..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...