Tuesday, August 7, 2012

TELOR ITIK MASAK LEMAK KUNING PODEH











Masak lemak telor itik. Biasa2 jer bagi orang yang duduk di luar bandar. Tapi kalau di bulan Puasa, semua lauk pauk biase2 jadi luar biasa untuk orang bandar. Betul tak?

Semalam atas permintaan Unclepali, Kjee buatlah lauk ini. Mulanya nak letak belimbing yang masam tu... belimbing buluh ke belimbing besi hah? Selongkar dalam fridge hasil pemberian jiran minggu lepas, rupa2nya dah kecut. Mangga pun tak ada. So tak bubuhlah apa2 yang masam.

Untuk lauk ni, tak payah resipi lah yer. Tumbuk jer cili api segenggam (ikut suka pedas mana) dengan kunyit hidup. Campur dengan santan dan didihkan. Bubuhlah serai dan daun kunyit.  Pastu masukkan telor itik sebiji demi sebiji.

Tapi semalam Kjee 'poach' dulu telor itik. Caranya Kjee didihkan air dan masukkan telor sehingga separuh masak. Pastu masukkan dalam santan dan cili yang dah didihkan. Camni kuning tak pecah. 

Tapi orang Negeri Sembilan kata cara Kjee ni tak sedap. Ya ker? Tak sedap pun, licin jugaklah seperiuk semalam. Hehehe.


6 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam kakjee.cantik hasilnya. tq atas perkongsian. LM ni kalau masak telur itik hancur bersepah kuningnya. nak2 telur yg dah tak brp nk fresh, lg la tak lawa jd nye

ummisara said...

sedapnya kak jee.
aduhhh petang nih kena cuba.

yang beli pie tee & botol roti jala frm kak jee ari tuh masih belum digunakan...entah bila tak tau kekekekek

Irfa said...

kalau ada gulai telur itik ni kat kafe,saya pasti ambik gulai ni..suka sgt dgn telur itik

Riri Yoorin said...

sedap yeee nk request kt mak nk buat masak laaa

:|: TinTa Kibod :|: said...

*ngences*
baru nak tnya cemana nak tau telo tu da masak ke belum (cam lain je bila telo itek half egg)
tp bila kak jee kata buat 'pouch' dulu..
maka terjawab sudah persoalan..hehehe...
dan yg penting kuning tak pecah...
tq kak je..

~mi + ny~ said...

sedap nya kak jee..selamat berbuka! :)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...