Saturday, October 20, 2012

20 OKTOBER 2012 CHEETAM UDAH MANDUL

Tuan punya kucing tunggu penuh cemas 

UnclePali hati2 bawak Cheetam ke kereta selepas pembedahan

























Kjee memang tak suka melakukannya...tetapi apakan daya. Kalau tidak, dia akan pancut sana sini. So sekali lagi dengan hati yang berat, Kjee bawak anak kucing bongsu Kjee, si Cheetam melalui apa yang telah dilalui oleh 'abang2' dia sebelum ini. Dikembiri/kasi/mandulkan.

Semua kucing yang Kjee bela, telah melalui proses ini, baik yang jantan mahupun betina. Yang betina dimandulkan untuk mengelakkan pembiakan stray cats. 

Dulu masa Kjee meniaga di Anjung Melawati, ada seekor kucing liar atau stray cat yang bunting dua atau tiga kali setahun! Kjee hampir2 hendak menangkapnya dan hantar ke klinik kembiri untuk dimandulkan. Tetapi susah nak mendekatinya sebab kucing tu garang sangat.

Macam2 ceritalah yang Kjee dengar pasal memandulkan kucing. Ada yang kata kena mandulkan kucing betina setelah dia beranak kali pertama. Kalau sudah dimandulkan kena bayar zakat fitrah, kalau tidak kucing itu akan hilang.










Masa tu, Kjee ibu tunggal, Nadia sekitar usia 7 tahun. Kucing pun seekor jer. Kjee dan Nadia pun pergilah jumpa seorang Amil nak bayar zakat. Kjee bayar untuk 3. Satu untuk kucing Kjee yang nama Cici. Itu kucing pertama kami dan telahpun dimandulkan.

Amil tu ketawakan Kjee. Dia kata permintaan Kjee tak masuk dek akal. So Kjee tak bayar. Tak lama selepas itu, Cici hilang. Kjee dan Nadia terserempak dengan Amil tu satu hari. Nadia mengaruk marahkan Amil tu. Dia tak dapat menjawab.

Okay berbalik kepada Cheetam. Kesian dia. Malam tadi dia dikurungkan kerana  kena berpuasa sebab nak menjalani pembedahan pukul 9 pagi. Dalam perjalanan ke Klinik Kembiri DBKL/SPCA di Air Panas, Setapak, Cheetam punyalah bising. Mungkin dia lapar. Kjee tak berani keluarkan dia dari carriernya sebab dia akan ganggu UnclePali memandu.

Pagi ini, jumlah kucing yang menunggu giliran cukup panjang. Giliran Cheetam No 13. Kjee tinggalkan Cheetam di situ tepat pukul 9 pagi dan kami pergi breakfast di Bukit Antarabangsa dan kemudian singgah di Hero Market.

Cheetam pengsan


Kami tergesa2 sebab sudah pukul 11 pagi. Risau kalau Cheetam sudah keluar dari bilik pembedahan. Tetapi apabila sampai di sana, Cheetam belum lagi dibedah. Kami menunggu hingga jam 1.30 tengah hari! Pukul 1.30 baru seekor demi seekor keluar dan akhirnya Cheetam.

Sampai di rumah, Cheetam 'stone' sampai Maghrib. Agaknya ubat bius terlalu kuat. Lepas maghrib, barulah dengar suara kecik keluar dan UnclePali beri dia makan dan minum sambil mengawasi dia takut dia muntah. Now dia dah loncat2 satu rumah.

Penjagaan kucing setelah menjalani pembedahan kritikal di hari pertama iaitu ketika dia masih 'stone'. Ketika itu, dia boleh lemas walaupun dalam besen air yang kecil. Kucing2 itu juga kena diberikan makanan lembut iaitu makanan dalam tin untuk satu atau dua hari selepas pembedahan.

UnclePali bayar RM50 untuk pembedahan Cheetam. Harga ini lebih tiga kali ganda murah daripada menghantarnya ke klinik swasta. Bayaran untuk memandulkan kucing terserah kepada budi bicara Pengurus Klinik tersebut.

Kalau korang tengok carta,pembedahan memandulkan kucing betina lebih mahal sebab kerjanya rumit. Kalau kucing itu belum mengawan atau bunting, harganya lebih murah. Selain itu, berat kucing juga diambilkira sebab lagi berat kucing itu, lagi banyak ubat bius yang terpaksa digunakan.


Risaunya adik ini apabila kucingnya "Marc' belum sedarkan diri

Sebab itulah Kjee akan hantar kucing untuk dimandulkan apabila usianya masuk ke bulan ke-3. Untuk mandulkan kucing yang sudah beranak, kena tunggu sehingga dia tamat menyusukan anak2nya.

Kucing yang telah dimandulkan, akan melalui banyak perubahan dari segi kerektor. Dia akan bertambah manja, tabiat membuang air dan najis lebih terkawal serta akan mengalami kenaikan badan. Selera makan mungkin juga akan bertambah.

Sesiapa yang ingin menghantar kucing mereka ke Klinik Kembiri DBKL/SPCA ini, haruslah menelefon untuk temujanji. Mereka tidak akan melayan walk in customers. Klinik ini hanya untuk memandulkan binatang peliharaan bukan untuk merawat haiwan sakit.









13 comments:

Anonymous said...

seronoknya baca n3 ni...sy pun bela kucing kampung di kampung...hangin sbb dia selalu beranak. tapi di sini tak tahu di mana nak mandulkan..hehehe... bestnya kjee byk tahu pasal kucing. memang betul2 pencinta kucing kjee ni...baik hati org hargai kecing

intandayani said...

sy ade 4 stray cats kt rmh yg blom dimandulkan...mmg kesian tgk stray cats yg asik la beranak smpi 2 3 kali sthn...tp apekan daya sy hanya mampu membantu setakat yg termampu

CLEO said...

kak jee betul ke ada org cakap walau kita dah mandulkan kucing jantan ni dia still pancut sana sini & still mengawan cuma dia tak bole ada waris je. tak tau betul ke tak hehe..

Kjee said...

Itu sebabnya kena mandulkan kucing jantan seawal tiga bulan. Once dia dh mula pancut, tak guna mandulkan. Pasal kucing mengawan lepas dimandulkan, rasanya tak betul.

Anonymous said...

Kami pernah membelanjakan lebih kurang rm1k keatas kucing terbuang. Kisahnya dia tak bole teran dlm proses melahirkan anaknya. Jadi kami hantar ke vet swasta. Semua ank dlm kandungan tu mati. Rahim dia rosak n kena buang. Pas tu dia jd kucing. Tp skrg dia dah mati. Beyonce nama dia.

Anonymous said...

Sori, pemtulan ayat. Pas tu dia jd kucing keluarga kami.

Nota Cikgu Anum said...

saya pun hantar jusoh dgn esah utuk kembiri. kt swasta jer. sy dgr jugak pasal SPCA tapi call tak angkat2. lepas mandul kemain bdk berdua tu. makan jer keje :)

una said...

salam kak gee.. frst time tau dan dgr.. bunyinya mcm menakutkan je.. huhu..

muhammad firdaus said...

Tolong beri alamat SPCA ni kat mane.. Plezzz

Kjee said...

Di Air Panas Setapak. Lihat nombor telefon dalam gambar diatas.

Anonymous said...

sy baru je castration 2 ekor kucing jantan pg td,agak 'penat' jugak nak jaga sekali 2 ekor sebab diorang akan kerap buang air dan tak mampu bangun sendri,so kena rajin ganti dan ganti lagi kertas diorang nak bg selesa...hari pertama hampir selesai,hope hari2 berikutnye lg mudah..phueww @__@

Anonymous said...

salam..sya try call, tpi xdpt..tmpt ni masih ade ke?

Kjee said...

Ada lagi.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...