Monday, October 22, 2012

AIR MATA MEOW?






Korang suka tak minum air mata kucing? Masa kecik Nadia panggil Air Mata Meow. Kahkahkah. Kjee selalu heran kenapa mahal sangat orang jual air ni. Kat Group Base, Sri Damansara, satu gelas rm2.50.

And then satu hari Kjee tersinggah kat satu kedai sinseh kat PJ. Fullamak mahalnya mata kucing kering ni! Sekilo RM60. Patutlah dia orang jual mahal sangat kan?





So Kjee pun rembatlah sepeket. Harganya RM18 untuk 300 gram. First time Kjee beli. Tapi Kjee masih ingat ada pakcik tu dulu ajar Kjee camner nak masak air ni.

Cuci bersih2 pastu rebus guna air yang agak banyak. Anggaran dalam 1 cup mata kucing kering ni, air bubuhlah 4 cup. Rebus bubuh gula Melaka atau gula merah ikut suka korang.






Apabila mendidih, slowkan api, kemudian rendidih lagi sampai puas hati mata kucing tu dah lembut, Sejukkan, bubuh dalam gelas, bubuh ais dan tunggu apa lagi kan?

Sedap minum di hari panas. Macam cuaca sejuk sekarang, tak payahlah yer.

Boleh simpan lama selepas direbus dalam peti ais, selagi penghuni rumah korang tak habiskan. Hehehe.




4 comments:

  1. salam kak jee..

    masa gi hanoi aritu ada beli buah mata kucing kering, sy mkn gitu je..itupun x hbs2 lagi,balik nnti nak rebus buat air mata kucing la..tq kak jee utk idea ni...

    ReplyDelete
  2. dulu sy xsuka sbb bau air matakucing ni semacam je.tp skrg ni tekak dah leh terima..:)

    ReplyDelete
  3. Salam kak Jee, air mata kucing ni wajib ada setiap kali berbuka puasa di bulan Ramadhan dirumah saya. Hmmm terlior lagi tengok ni.Nasip baik sekrang musim hujan.Harap kak jee bole share resepi air lain pulak.

    ReplyDelete
  4. As salam k.jee, klu di JB ni memang famous lah..xkiralah bila2, kenduri kawin pn slalu ada..he2. klu nk sdp tambahkan lg daun pandan ya!

    ReplyDelete