Monday, October 29, 2012

AARON DAH KELUAR HOSPITAL KER?




ehsan google


Tadi UnclePali tanya samada Kjee tahu Aaron Aziz masuk hospital. Tahu, kata Kjee. Dapat tahu a few days ago. Naper tak tulis, tanya UnclePali. Hah? Kjee garu kepala yang tak gatal. Dah keluar kat paper dah, kata Kjee. Mungkin ada yang tak tahu, tambah UnclePali lagi.

Ya ke ada yang tak tahu? Aaron kan tengah top sekarang. Apa dia buat semua orang dah tahu. Anyway kalau ada yang tak tahu, Encik Adam Mukhriz aka Am memang betul2 sakit. Bukan lakonan dalam drama atau filem terbaru.

Sekarang ni kan musim orang demam. Aaron pun manusia biasa. Silap haribulan boleh terkena tempias demam yang melanda tanahair sekarang ini. Nadia pun baru saja menampakkan tanda2 nak kebah selepas 2 minggu.

Anak2 seni yang kerja tak tentu masa memang senang di jangkitan kuman demam panas ini. Kalau dah bekerja siang malam tanpa rehat yang cukup, dia orang bukan sahaja boleh demam tetapi turut dijangkiti penyakit lain.

Isterinya Diyana Halik memberitahu, Aaron ni 'ketegak' sikit. Kalau badan rasa tak sihat, memang susah nak dipujuk jumpa doktor.

"Sebelum ke Cape Town, memang dia dah batuk dan sakit sikit, mungkin waktu filming Promo basah for the whole day. Him being him tidak akan ke doktor!" katanya kira-kira 30 minit lalu di laman Twitter miliknya.

Khabarnya sekarang dia sudah beransur pulih. Tak tau lah pulak samada sudah kelaur dari spital. Apa2pun, kerja2 yang banyak tertangguh pasti membuat Aaron tak senang tinggal lama di hospital. Dan Kjee pasti ramai yang meminatinya, mendoakan agar dia segera sembuh.


5 comments:

  1. Mmg betul kata UnclePali... Ada yg tak tahu.

    ReplyDelete
  2. rindu laksa johor akak kt tmn melawati tu.... msh ada lg ker?

    ReplyDelete
  3. Tulis ajer k gee kalau dpt info, sbb saya pun baru tau kalau tak baca blog kak gee

    ReplyDelete
  4. doakan yang baik2 ajelah kjee ye

    ReplyDelete
  5. SA punbaru jer elok demam..tp tekak plak x elok2 lagi..asyik pahit jer..

    ReplyDelete