Friday, October 19, 2012

PELAWAK LELAKI BAWAK WATAK WANITA LAGI BEST!




Saiful Apek - ehsan mStar Online


Sejak akhir2 ini, semakin banyak rancangan lawak di TV especially di Astro yang mengenengahkan pelawak lelaki membawa watak wanita. Satu ketika dulu, bukan main kecuh lagi apabila ada pihak yang tak suka pihak media elektronik mengangkat budaya 'Mak Nyah'.

Alasan yang diberikan Astro baru2 ini ialah, kekurangan pelawak wanita menyebabkan, pelawak lelaki terpaksa mengambil alih tugasan menjadi wanita.

Pada Kjee, ada pro dan kontranya. Ada bagus dan ada jugak tak bagus. Kjee telah berbual dengan beberapa kawan. Mereka rata2 lebih gemar pelawak lelaki berlakon jadi pelawak wanita.

"Pelawak wanita tak lawak. Cakap suka jerit2. Menyampah lah. Aku suka kalau pelawak lelaki jadi perempuan. Tengok muka dia orang jer dah terbahak2 ketawa. Itu belum lagi dia orang bukak mulut, siap dengan lenggang Mak Limah," kata kawan Kjee yang mohon nama dia tidak disiarkan.


Jep - makin diminati ramai

Dia kemudian ketawa terbahak2 apabila bercerita mengenai Ebby Yus, Yus Maharaja Lawak, Johan mahupun Jep yang seringkali berpakaian wanita dalam Karoot Komedia X.

"Sempoi jer dia orang muncul depan TV pakai baju perempuan tapi janggut dan misai tak cukur. Kita tak boleh tuduh dia orang ni Mak Nyah! Dia orang hanya berlakon.

"Yang buat aku menyampah, yang lembut cam Azwan Ali. Hah itu budaya Mak Nyah!" katanya lagi.

Kjee garu2 jugak kepala yang gatal dan penuh uban ni. Betul apa kata teman Kjee tu. Harap2 nanti tak ada pihak lah yang menyibuk suruh stop rancangan2 hiburan yang tampil pelawak lelaki berpakaian wanita.

Memang betul sebilangan besar pelawak wanita yang ada, bukan pelawak dalam erti kata sebenarnya! Asyik menjerit dan buat lawak slapstick yang cukup2 jelik. Pelawak lelaki pun buat lawak slapstick tapi lawak mereka kena dengan keadaan.


Betul ke Bohong makin mantap!



Tapi yang tak bagusnya apabila pelawak lelaki bawak watak wanita, kita takut satu hari nanti pelawak wanita tak boleh cari makan. Hmmm.

Sekarang ini apabila Karoot Komedia X sudah tiada (mungkin sedang buat persiapan untuk musim baru), rancangan lawak yang Kjee dan UnclePali paling minat ialah Betul ke Bohong, jugak salah rancangan rancangan Astro.

Ketika rancang itu mula2 keluar dulu, Kjee tak berapa minat. Tapi lama kelamaan dan setelah masuk Musim Kedua, jadi syok pulak. Walaupun lawaknya 'agak ganas' tetapi Kjee rasa itu anatara tarikan rancangan itu.

Kjee rasa ramai tertunggu2 musim baru Karoot Komedia X, yang dikatakan mendapat rating paling tinggi antara rancangan lawak Astro. Tahniah.


Karoot Komedia paling best. Johan (baju pink)  kelakar sangat.





2 comments:

  1. kan? dulu memang di-ban perkara2 cm lawak lelaki jadi perempuan ni, nak2 dulu masa Apek jadi NorMalas Samsudin kan? kecoh seMalaysia.. nama apek jugak naik.. hahah.. tapi sekarang.. okay je.. dah diterima ramai agaknya... tapi pokok pangkal, mereka mencari rezeki sambil menghiburkan penonton.. penonton ramai... kan?

    ReplyDelete
  2. dulu masa kumpulan senario mula mula buat ni.. habes kena tembak... tapi sempoi je jawapan dier... lebih baik lelaki pakai baju pompuan untuk lakon watak pompuan... sentuh sentuh pon takde masalah... berbanding lelaki dan pompuan berlakon pegang pegang ... baring sama2 ataas katil...

    ReplyDelete