Friday, October 5, 2012

CHRISTINE KASI MALU LU ORANG PUNYA MUKA!!!





Christie - ehsan google


Nadia yang mula2 suka sangat tengok pertandingan memasak realiti TV. Sejak itu, Kjee dah ketagihan. Pantang tengok apa sahaja rancangan pertandingan memasak omputih kat Astro, mesti melekat Kjee depan TV.

Malangnya, Masterchef pertama Malaysia dulu Kjee tak tonton. Tak tahu kenapa. Tetapi apabila Masterchef Selebriti ditayangkan, barulah Kjee mula follow.

Christine bersama Gordon Ramsay


Tetapi maaf lah kalau Kjee ni bias (berat sebelah). Selepas tengok pertandingan memasak luar negara wiimah Junior Masterchef pun, yang hebat sangat2, Kjee agak kritikal sedikit apabila menonton  rancangan tempatan. Mereka terlalu hebat. Justru, maaf sekiranya Kjee kata, peserta masterchef Malaysia, tiada tandingannya walaupun dengan Junior Masterchef Australia!!

Sekarang Kjee cukup follow Masterchef US 3, di Ch 711 Astro. Ada sesuatu yang buat Kjee begitu teruja untuk menontonnya. Korang tahu kenapa? Sebab ada peserta luar biasa di kalangan mereka. 

Peserta itu, Christine Ha, hilang penglihatan beberapa tahun lalu. So dia pernah melihat semua di sekelilingnya. Tetapi dek kerana diserang penyakit (kalau tak silap Kjee demam panas), terus menjadi buta.




Dan Christine yang kini seorang pelajar, braved all odds dan masuk pertandingan Masterchef Amerika yang ke-3! Di hari pemilihan, ketiga2 chef (salah seorangnya Chef Gordon Ramsay yang dikenali garang!) dilihat mengalirkan airmata melihat kesungguhan wanita keturunan Vietnam dan kini menjadi penduduk tetap Amerika.

Wanita yang seringkali disisinya ketika pertandingan bukan membantunya memasak TETAPI membantunya mengangkat, menimbang atau memilih bahan2.

Ketika menyaksikan rancangan itu Ahad lepas, Kjee menahan sebak apabila ketua dua grup yang bertanding, tidak memilih Christine untuk menjadi ahli kumpulan mereka. Christine menjadi peserta terakhir yang kemudiannya memasuki kumpulan biru yang tidak cukup peserta.

Sampai hati mereka menyisihkan Christine. Kjee dapat lihat wajah ketiga2 hakim berubah apabila dua ketua kumpulan memilih calon untuk grup mereka.

Dan apabila kumpulan biru kalah dan menghadapi sessi penyingkiran, Chef Ramsay telah memberikan wild kad atau kad imuniti kepada Frank (ketua kumpulan biru) untuk memilih siapa yang harus dapat imuniti. Frank menyebut beberapa nama kecuali Christine.


Dua finalis - Josh peserta tertinggi


Nyata sekali...perasaan hasad dengki rupa2nya ada pada setiap manusia!!

Dan apabila selesai memasak apple pie yang diwajibkan untuk sessi penyingkiran, apple pie terbaik adalah dari Frank dan Christine!!! Peserta yang celik pun tidak dapat menghasilkan sesuatu sebaik Christine.

Ahad ini ada satu lagi pusingan Masterchef Amerika pada jam 8 malam. Nadia awal2 lagi dah beritahu dia nak tengok dan Mama kena beralah tak boleh nonton Buletin Utama. Okaylah mama pun teruja nak tengok Christine.

Kjee googlelah kat internet cari gambar Christine. Ada beberapa gambar dia pakai baju chef berwarna putih. Nadia intai dari bahu Kjee waktu Kjee tengok. Dia cepat2 capai handfon dia dan google. Tiba2 dia menjerit!!




"Mama!!! You wanna know something?!!! Christine is America's 3rd Masterchef!!!" Gelabah Kjee. Christine menang pertandingan itu pada 10 September lalu!!!! Beremang bulu roma Kjee!

So the moral of my entry, Don't ever judge a book by it's cover!! Christine made world history!!! She's so bloody positive!!

Kjee pun OKU jugak tapi tak pernah malas ke dapur. Sebab itu Kjee kekadang terkilan kalau ada yang kata: "Isyhhh rajinnya Kjee masak. Saya malaslah nak masak. Kalau tinggal sebelah umah Kjee, boleh tumpang makan hari2!!". 

Mana lu mau taruk lu punya muka!!!!


Ketika meraikan kemenangannya - SEMUA FOTO EHSAN GOOGLE





14 comments:

Eey said...

Salam KJee,

Saya pun follow American Masterchef ni & memang kagum dgn semangat Christie ni. Org yg buta mata selalunya celik hati KJee.
:p

Cho Zila said...

tak sempat nak tengok semuanya kak jee.. tapi sekali2 tertengok memang saluteler...

norliha said...

Salam,

Betul kak jee, Masterchecf M'sia kali ini tak nampak siapa yang best. Asyik dengki mendengki jer.

LugieAmir said...

my heart dropped. :') respect sgt confident level dia..sgt tinggi!!

elly norman said...

masa apple pie challenge tu.. kita pon nangis sama...
nampak sangat diiorang busuk hati... kesian masa christine ni terpinga pinga masa cabaran luar tu..

♥ Wina ♥ said...

baru je start tgk last week..mmg kagum dengan Christie nie..saya pun sebak sekali masa dia buat apple pie tu

p/s; alaaaa dah tau sape menang ;-)

Lynda Che Lah said...

owh kak jee..dah tak suspens..ahaha
tp salute to her :)

Mrs Hakim said...

Masa mule2 tgk audition for Masterchef3 hari tu, ingtkan Chistie xdpt..dh terpikir mesto Ramsey tak nk seb die buta..tak sangka...die yg berjaya.. Semanagt juangnye memang tinggi...

Anonymous said...

dlm kepala dia ada Remy yg control

Anonymous said...

Alaaaaaaaaaaaaaa..........kak jee ni potong stim larr....:(
nape awal sangat bgtau sape menang tu...?? ishk...ishk....

SweetSour said...

heheh... betul2 apa yg kak jee ckp ni.. entah apa2 masterchef msia..sy mmg 1st season pn tak tgk.. 2nd season ni lgla. masterchef us masuk 3rd season ni lg best.. yes mmg betul christine mmg.. final nnt dia akan lawan budak kulit hitam yg tinggi main netball tu.. josh kot tak silap namanya.. kalaula masterchef msia mcm masterchef us.. huhuhu tp tak mungkinla kot kan.. nnt baru juri masakan komen over skit mcm ramsay dah ada isu laks.. hehehe..

murnie sangat said...

waaa dah tau result.yey christine menang.bagus2 yang lain tu duk asik dengki je kat christine terutama si ryan tu.bila part christine je mesti kiter sedih.dah tgk masterchef mcm tgk citer bersamamu hihi

farahtaufik said...

salam...wow teruja nya...just wondering,macammana die prepare masakan..ade pembantu ke(farah tak tengok show ni tak tahu)...die ni half blind atau memamng full blind..series kagum

Jue Hussin said...

Assalamualaikum kak Jee, saya tengok masa pemilihan dia masuk Masterchef tu, meremang bulu roma saya masa tu.. setiap bahan yg dia nak guna, dia rasa (makan sikit) dulu, baru dia guna. dia betul2 menggunakan segala pancaindera yg dia ada.. masa juri2 mengomen dia, semua jadi sangat kagum. memang terharu & excited betul menontonnya. dia buta sebab penyakit. Dia memang totally tak nampak. kalau tak salah, masa tu dia masak ikan haruan (masak apa tak ingat), tp rasanya dia tak nak hidang nasinya, sebab tak berapa menjadi (kalau tak salah).. Agak2 videonya ada kat youtube tak..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...