Wednesday, October 24, 2012

HARI RAYA HAJI DIJANGKA BASAH DAN DINGIN

ehsan google














Sejak dua tiga hari lepas, hujan sudah mula tidak kelihatan di Kampung Sungai Plong, Sungai Buloh. Itu tempat Kjee. Tempat korang Kjee tak pasti. Dah dua hari panas terik.

Tetapi Jabatan Kaji Cuaca meramalkan, it's gonna be a wet Aidil Adha. Banyak tempat akan berhujan di Hari Raya Haji. Jadi, buatlah persediaan secukupnya bagi mereka yang hendak menyembelih lembu Qorban.

Kjee ingat lagi 25 tahun lalu apabila kami, penduduk Au3 Taman keramat nak buat korban lembu pada Hari Raya Haji. Selepas subuh, seekor lembu terlepas dari ikatannya dan lari ke arah bukit di situ. 

Semua kaum Adam pakat lari mengejar lembu itu. Makin dikejar semakin jauh dia daki bukit. Akhirnya, setelah berjam2 mengejar, mereka berjaya menahan lembu itu dan lakukan upacara Korban di atas bukit.

Suatu pengalaman bagi semua penduduk Au3 Taman Keramat. Ketika itu, Kjee tengah sarat hamil dengan Nadia.

Mereka yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman, ingat pesanan ini...keluarga tersayang menanti kepulangan anda dengan selamat.. Salam Aidil Adha.

Dibawah ini, BERNAMA melaporkan ramalam Jabatan Kaji Cuaca.

Hujan Diramal Di Beberapa Negeri Semasa Aidiladha



KUALA LUMPUR: Hujan dan ribut petir dijangka berlaku di beberapa buah negeri semasa sambutan Aidiladha Jumaat ini, menurut Jabatan Meteorologi.

Jabatan itu dalam portal rasmi menyebut, Sarawak akan mengalami ribut petir di satu dua buah kawasan di sebelah pagi dan petang sementara malam dijangka hujan.

Sabah pula dijangka hujan di sebelah pagi dan mengalami ribut petir di satu dua buah tempat di sebelah petang.

Bagi Semenanjung, negeri-negeri seperti Terengganu, Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Pahang akan mengalami hujan pada sebelah pagi dan ribut petir di sebelah petang.

Cuaca di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Kelantan dijangka baik pada sebelah pagi namun hujan di beberapa buah tempat sebelah petang.

Melaka dan Johor pula diramal mengalami ribut petir pada sebelah petang. BERNAMA

1 comments:

KuNanGKuNanG said...

selamat hari raya aidiladha tuk akak sekeluarga..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...