Friday, October 5, 2012

IZARA MENGAKU DAH...SO OKAY KER?




DULU kata Izara Aisyah


Hari tu apabila tersebar gambar2 dan video pasal pelakon baru Izara Aishah berpakaian dan menari seksi, Kjee malaslah nak update. Lagipun, Kjee tak berapa gemor pelakon ni. Ramai kengkawan media komplen pasal dia ni.

Apapun, okaylah jugak apabila Izara mengaku gambar2 dan perlakuan  orang dalam video tu tak sempat nak tonton kat you tube dah kena remove itu adalah dia. Orang tak perlu berteka teki lagi. Gambar lama, katanya. masa dia belajar 3 tahun lalu. Isyhhh masa belajar lagi dah pandai buat keje2 cam ni kan?

Apa yang terjadi pada Izara dan ramai lagi pendatang baru maleh nak sebut pelakon sebab bukan semua yang punya bakat tulen untuk jadi pelakon dalam industri ini, harus dijadikan ikhtibar kepada mereka yang nak terjun terjun janganlah sampai lemas ke dalam bidang ini.

Manusia memang tidak sunyi dari melakukan kesilapan. Walaupun Izara kata masa dia buat kesilapan itu, dia masih muda, tetapi janganlah jadikan usia yang mentah untuk buat kerja bodoh! Tak payahlah dirakamkan adegan2 intim lebih baik jangan buat langsung adegan intim kalau belum sah nikah. Eh kalau dah nikah pun, jangannnnn!. 



KINI 


Nak buat apa rakam? Nak buat kenangan atau nak dijadikan bahan bukti bagi mereka yang pernah rapat dengan awak satu ketika dulu? Kawan baik mana pun, sekiranya menjadi musuh, tidak akan teragak2 nak bongkarkan kesilapan lalu kita. Lebih elok lagi kalau dia ada bahan bukti dalam bentuk gambar ataupun video!

Janganlah nak salahkan tukang baiki komputer awak yang mendedahkan setiap rakaman yang awak simpan dalam folder komputer peribadi awak! Ingat tak dulu ada sepasangan artis (penyanyi) yang menjadi kekasih?  Siap rakam apa yang mereka suka rakam tanpa seurat benang.

Kemudian rakaman itu tersebar seantera Malaya. Terus tuduh orang itu dan orang ini yang buat aib. Tak cukup ngan itu, tuduh orang buat kaedah superimpose. Tapi pasangan ini tak berani pergi buat report polis!!! Korang fikirlah sendiri kenapa kan? Hahaha.

Jadi kepada semua budak2 hingusan yang plan nak jadi pelakon atau anak seni bidang yang korang pilih, hati2 lah. Jangan nanti, bakat ke laut, kisah2 dalam kain pulak yang jadi tontonan semua.


Akan Datang - Insya Allah



8 comments:

Irfa said...

EMM ENTAHLAH BILA DAH GLAMER SEGALA KISAH SILAM AKAN DI KOREK BALIK..JD JAGA2 LAH

elly norman said...

sendiri kena fikirla... bukan umo tu 18 bulan.. tapi 18 tahun (masa video dirakamkan) .. dah lama mumayyiz dah pon... takkan la tak boleh fikir mana satu betul .. mana satu tak betul..

NenetPenne (NP) said...

superimpose?? ha ha ha... superimpose menda kalau mulut tengah nganga nak sumbat menda tutttt....

ramai orang seksi tapi sebab depa bukan artis, so who cares??? yang artis jer depa cares... so pandai2lah jaga diri ..kan kakjee kan...

Anonymous said...

mcm mana la anak2 kita x buat bende2 camni kalo dah selalu tgk video music rihanna, nicki minaj, beyonce etc.. nk suruh govt ban video2 camni from local tv boleh x? angelina jolie pn x bg anak2 dia tgk+dgr lagu2 rihanna..ini kn lak kita yg muslim ni

Anonymous said...

Salam kak jee, Izara hanya menari di pentas performing arts sunway college. Saya ex student sunway college. Tarian tu hanya tango, tapi mmg dia pakai agak seksi.. Persembahan tu pun ramai2 & arts lecturer and students yang menonton.

Anonymous said...

Tu untuk projek kolej, persembahan pada hari akhir kat kolej di depan semua lecturer dan student.

Anonymous said...

Nauzubillah, x masuk kolej pun x apa kalo yg benarkn perkara2 mcm ni

Anonymous said...

sedihnya kalau anak saya terpaksa beraksi sedemikian untuk mndptkan markh assigmt. adakh tenaga pengajar brkenaan bersetuju aksi sedemikian pnting untk markah . jika pensyarah itu seorg muslim tidakh ada rasa bersalah.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...