Friday, October 12, 2012

JOM SEJUKKAN TEKAK DENGAN JELI KELAPA MUDA





Walaupun banjir besar sudah nak melanda, tetapi kat Selangor tetap panas!!! So kalau panas, eloklah makan jeli kelapa muda. Hehehe Kjee promo macam Kjee jual lak Jeli Kelapa Muda kan?

Actually malu, asyik ulang tayang bende yang sama. Tapi ko ader ker?

Sedap betullah Jeli kelapa Muda yang Kjee buat kali ini. Sama kelembutannya macam yang Kjee beli di tepi jalan masa nak ke Terengganu dulu. Lembut dan slurpppp. Hmmm terus sejuk tekak. Tak perlu nak kunyah2 lagi. Tapi hirisan kelapa tu kenalah kunyah yer. Bukan semua isi kelapa muda tu lembut tau.






Anyway, kali ni Kjee tambah air. Resipi asal 8 mug air (termasuk air kelapa muda). Tapi Kjee buat 9½ mug! My asben kata, perfecttttt walaupun Kjee gusar sikit. Kalau 9¼ mug air lagi elok. Tekak Kjee lah.

Terserahlah samada korang nak yang lembut atau yang keras sikit. Kalau keras sikit (makan guna sudu) elok guna 9 mug. Kalau 8 mug agak keras.

Resipinya korang intailah kat sini yer. Kureng bertenaga sikit nak menaip balik sebab jari tunjuk mokcik luka kena pisau. Pepaham jer lah...wartawan zaman dulu menaip guna dua jari jer tau! Hehehe



2 comments:

adda syuhada said...

sedapnya klu dpt semangkuk tuh..

deena said...

sedapnya k jee.... febret ni...tp xleh mkn sbb batuk skrg ni

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...