Wednesday, October 3, 2012

KALAU KENA SAMAN NI SEKURANG2 RM300!!!




Actually kan Kjee tak nak tulis kesah ini. Tetapi pagi ini Kjee terpanggil pulak nak menulisnya setelah baca dalam mStar Online apa yang berlaku kepada deejay Sinfar fm, Tyzo.

Banyak dah Kjee dengar cerita dan yang terbaru, teman sekuliah Nadia, bernama Mun. Mun sanggup bayar saman setelah diusher beberapa kali oleh polis tu. Tapi bila tengok Mun sanggup bayar saman, dia terus berlalu. Cuma acah (kot) amik no kereta dan no roadtax kereta Mun. Malah, CH Nadia pun pernah kena. Kopak RM500 sebab polis tu kata ada 3 kesalahan. At least kena RM1000!

Kjee paling menyampah sekali dailog ini :"Kalau saman ni, mau kena RM300!! Macam mana?". Diucapkannya berulang2 sampai nak naik loya mendengar. Dulu Unclepali pun pernah kena. Apabila Kjee nampak Unclepali asyik merayu2, Kjee gamit kat dia suruh amik jer saman. Tak sukalah Kjee nak bagi rasuah.

Tapi herannya, bila Unclepali kata sanggup kena saman, abang polis tu terus berlalu. Macam kes deejay Tyzo semalam. Tapi Tyzo sempat amik no dan name tag polis tu. Dan dilaporkannya. Kjee tak sampai hati nak lapor walaupun Kjee tahu kalau tak lapor memang salah.

Anyway, korang bacalah kesah Tyzo dibawah.

Anggota Polis Minta Sogokan, Deejay Tyzo Buat Laporan

PETALING JAYA: Percubaan seorang anggota polis trafik yang ingin meminta sogokan daripada Tyzo bakal menerima padah apabila penyampai radio Suria FM itu telah melaporkan perbuatan tersebut kepada pihak atasan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zoqarnain Idris berkata, dia terpaksa melakukan tindakan tersebut semata-mata untuk menyokong usaha pihak PDRM bagi membanteras kegiatan tersebut khususnya melibatkan anggota mereka.

"Saya ditahan oleh salah seorang anggota polis trafik pada Isnin lalu dan dia meminta sogokan sehingga menyebabkan saya terpaksa melaporkan perbuatan buruk itu kepada pihak atasannya agar menjadi pengajaran kepada anggota terbabit serta polis-polis lain.

"Bukan setakat pihak PDRM sahaja, malah saya turut memaklumkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mereka telah memberikan respons terhadap laporan berkenaan," katanya kepada mStar Online, di sini, Selasa.

Tyzo diminta mengulas luahannya menerusi segmen 'Citra Muzik Di Suria FM' (8 malam hingga 11 malam) yang dikendalikannya pada malam Isnin lalu yang antara lain turut berkongsi pengalaman apabila seorang anggota polis cuba meminta sogokan ketika menahannya.

Bercerita mengenai kejadian itu Tyzo berkata, ia berlaku ketika dia dalam perjalanan untuk menghadiri sebuah mesyuarat dan ditahan dalam satu sekatan jalan raya di sekitar Jalan Sunway dekat sini, kira-kura pukul 12 tengah hari pada Isnin lalu.

Tyzo berkata dia ditahan kerana kesalahannya memandu kenderaan menggunakan cermin gelap dan anggota polis berkenaan memberi pilihan sama ada untuk menyelesaikan kes tersebut dengan memberi sogokan ataupun mengeluarkan saman.

Katanya, selepas memohon maaf kerana kesalahan itu, anggota polis tersebut tetap menyuruhnya membuat pilihan yang ditawarkan sehinggalah Tyzo terpaksa memberitahu dia adalah petugas media dan akan melaporkan perbuatan itu kepada pihak atasan PDRM.

“Mungkin kerana terkejut dengan penjelasan itu, anggota tersebut melepaskan saya dengan meninggalkan saya begitu sahaja tetapi saya sempat mencatat nama dan nombor badannya,” jelas Tyzo.

Katanya, selepas memikirkan beberapa perkara, dia telah menulis mengenai peristiwa itu lalu mengirimkannya kepada pihak atasan PDRM termasuklah Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menerusi e-mel serta pihak SPRM.

Ujar Tyzo lagi, dia mendapat respons yang positif apabila seorang pegawai kanan polis dari bahagian tatatertib, Bukit Aman telah menelefonnya untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian itu manakala pihak berkuasa SPRM turut mengambil langkah serupa.

“Saya berterima kasih kepada pihak berkenaan kerana memandang kes ini dengan serius demi kebaikan anggota polis. Ini menunjukkan pihak berkuasa benar-benar mahu membanteras kegiatan rasuah di negara ini," ujarnya.

Sehubungan itu Tyzo juga menyarankan kepada orang ramai agar tidak takut untuk melaporkan salah laku penjawat awam atau sesiapa sahaja agar perbuatan rasuah dapat dibanteras sepenuhnya. - mStar

9 comments:

  1. tahniah kak jee... Saya pun ada hati nak buat macam tyzo buat tapi polis tak nak tahan saya ni dan minta rasuah...

    http://jawaber6.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. 2-3 bulan lepas cik abg SA pun kena kak..tp memang terpaksa la bg sbb keta kami xde roadtax masa tu...bg la rm100 huh...SA marah giler ngan cik abg SA tu...dia siap ckp...dari kena 600 ...

    ReplyDelete
  3. setuju sgt2...mmg byk pihak2 yg mcm bt onar memalukan negara...klu kat sabah ni dat sy PATI belambak2 x dokumen....mcm tu la dia org bt...nak kna tngkp or sttle duit....jd PATI akn bt la collection sesama dia urg utk mnta d lps kn....tak takut la urg2 tu mkn duit haram bg anak bini mkn...tp isu2 mcm x bukti..tp bbrapa ex maid sy prna cerita...x bukti mcm mn nak bt repot...:(

    ReplyDelete
  4. part bagi polis duit sebab takde roadtax atau salah lalulintas boleh maafkan lagi tapi part lepaskan warga asing masuk msia dengan cara rasuah tu yang tak boleh maafkan sampai sesak negara ni jadinya.

    ReplyDelete
  5. rasuah ni...bila ada yang bagi ada yang menerima
    atau ada yang meminta ada yang memberi

    salah sorang buat takkan jadi...bertepuk sebelah tangan takan berbunyi...

    kalau kes dadah...yang mengedarmenjual hukuman mati mandatori
    yang hisap dadah habis-habis pusat serenti.

    kes rasuah yang menerima yang selalu dihadapkan ke mahkamah...yang dok bagi selalu terlepas bebas dan boleh bagi lagi....

    ReplyDelete
  6. kak jeeeee! :)
    nadia singgah sini lagi. ingat nadia x? kita kan geng ahchai. ;))
    kak jee, kalau dekat kepong, area jinjang, berlambakkkk kak jeee polis2 peronda spesis macam ni. ntah pape. geram pon ada. merosakkan nama baik polis yang betul2 baik.

    ReplyDelete
  7. kalau kat negara China, memang mati kena tembak sebab kes rasuah

    ReplyDelete
  8. Kecewa dengan anggota polis tersebut..Sepatutnya keluarkan saja saman tersebut kepada Tuah Zoqarnain Idris , dan sekiranya perlu, bawa kenderaan tersebut balik ke balai Polis untuk tindakan selanjutnay kerana mengunakan cermin gelap dari skla yg ditetapkan..
    Ini lah jadinya apabila POLIS TREAGAK@UNTUK MENYAMAN APABILA KESALAHAN TELAH JELAS Berlaku..

    ReplyDelete
  9. kek jee suami saya pernah bawak lori kayu masuk kl. Semasa di highway ditahan polis, dia mintak RM 100 dan disuruh keluar dari highway sebelum pukul sekian-sekian kerana katanya nanti shift lain masuk kerja kena tapau lagi.

    ReplyDelete