Wednesday, October 24, 2012

KAU ORANG INGAT AKU TAK ADA DUIT NAK BELI KER?




Ini ke rupa cctv? - ehsan google


Tadi Kjee ke farmasi Health Lane di Taman Melawati bersama Nadia. Dia lebih suka ke Melawati walaupun kat Bandar Rahman Putra ada jugak cawangan farmasi itu. Alasan Nadia, kat cawangan Bandar Rahman Putra tak dapat discount. Kat Taman Melawati tak payah mintak dia orang bagi.

Contohnya tadi, satu tiub kecik cream bibir (bibir Nadia pecah2 sebab demam terlalu panas), harganya RM12++ tapi budak di kaunter beri dia RM10 jer. Okaylah tu. Itu baru satu barang. Tadi Kjee borong macam2 product. So kalau ada discount, kan berbaloi.

Anyway, Kjee bukan nak cerita promokan farmasi ini. Tetapi semenjak dua menjak ni, Kjee cukup panas darah kalau masuk kedai, becoz I will be watched over like a hawk! Maknanya, masuk jer kedai (tak kisahlah farmasi ke kedai serba guna atau yang sewaktu dengannya), salah seorang sales assistant akan perhatikan 'bagai nak telan' dari jauh.

Nak salahkan dia orang pun tak boleh jugak kan sebab akhir2 ni, ramai mokcik2 seusia Kjee yang 'kaki cilok'. Tak paham? Well, biasanya kalau tukang cilok kan budak2 remaja dan muda belia bukan orang tua macam kita. TETAPI inilah trend baru di mana kaki cilok adalah mokcik2 dan juga wanita2 termasuk yang sarat mengandung!




Ini dia akak yang cilok satu karton beer!


Kjee pernah tonton satu video di You Tube satu ketika dulu. Seorang wanita mengandung masuk sebuah kedai (supermarket tak berapa super). Dia tidak tahu tempat itu ada CCTV. Rupa2nya dia bukannya mengandung tetapi dalam baju maxi yang dipakainya ada beg khas hingga menampakkan dia nampak mengandung.

Dia cilok macam2 dan bila orang tak nampak, dia masukkan ke dalam beg khas itu. Kemudian selamba jer keluar. Tapi yang paling kelakar ialah video seorang wanita (bukan Islam pastinya) yang cilok satu carton beer dan bubuh celah kelangkangnya dan dia keluar tanpa sesiapa perasan! Dia buat sebanyak 5 kali dalam masa tak sampai ½ jam, kalau Kjee tak silap! Akhirnya dia ditangkap menerusi kawalan CCTV.

Hah berbalik kepada Kjee tadi dan masa2 lain sebelum ini. Selalunya mereka akan awasi Kjee kalau Kjee masuk kedai itu sorang2. Kekadang Unclepali tak ikut sama sebab tak ada parking. Aisey man, Kjee ni bukan boleh lari pun. Jalan pun pelan jer masuk kedai cam kura2, macam mana lah nak gi cilok barang.

Mula2 dulu Kjee hot jugak tau. Belum sempat kita nak pegang barang, boleh rasa someone breathing down my neck. Korang ingat aku tak ada duit nak beli ker?

Tapi bila dah lama tu, Kjee faham dan taklah naik darah sangat. Kalau tak ada orang ikut, maknanya adalah CCTV yang memerhati.

Kekadang teringin jugak mata ni nak cari kat mana dia orang letak CCTV tu. Kenapa? Hah sebab Kjee nak berdiri depan CCTV tu and blow a kiss. Hehehe

8 comments:

*hani sayang* said...

hi..hi....sempat jugak buat kelakar kak jee ni...siap nk blow a kiss lagi...tapi tu la kan...apa lah perasaan mereka2 yg buat keje mencilok ni...kering betul hati...yang ada satu video tu makcik ni boleh sorok hard disk dalam kain dia....adesss....

Fiza Nordin said...

k jee,nak tgk video tu...manelah ropernye yek dia bjalan dgn barang selit celah kangkang aishhhh buruk btui mmbayangkan keadaannye hahaha

Irfa said...

mmg pun..terutamanya farmasi mmg ada cctv
saya paling rimas kalau ada org follow belakang
silap haribulan kuar tgn kosong x beli apa

THE LEKAT LEKIT STORY said...

kdg2 rimas jugak sbb kita kdg2 nk pilih brg peribadi ni x suka jugak org asyik ikut & tgk.. tp tu lah nk marah x blh sbb tu dh keja dorang kan..

Mat Gebu said...

Betul2...rimas sangat...saya dulu pernah kena, siap dia mengekor mcm nak hapa, bila tanya nama barang yang kita nak...dia tatau, kena pulak panggil tauke...nasib baik lah kira tu hari baik aku, kalau tak, nak jee kasi suara hulk!!...mcm lah kita ni takda duit nak beli barang...Kalau nak berhemah sangat pun tak perlulah ngikut serata alam....

makcikkantin said...

tiap kali buka bertandang, pasti kak jee ada cerita baru....best lah (dua dua ibu jari naik)

Anonymous said...

Buka la famasi sendiri...baru tau bro......

saniah said...

Healthlane tmn melawati mmg terbaik..i suka ke situ..farmacist kat situ amat mmbantu..sampaikan yg jd cashier pun baik sgt...:-)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...