Thursday, October 18, 2012

KES ARTIS MENCURI - KENAPA TUDUH SCHA DAN AWAL?




ehsan mStar Online


Ingat tak hari tu Kjee buat entry pasal gossip artis baru kahwin dikatakan mencuri di sebuah shopping mall baru dibuka, bulan lepas. Hah lihat entry ini.. Kjee tak pun bagi clue siapa artis tu kan?

Ramai jugak yang komen bubuh nama artis itu dan ini. Kjee kemudiannya terpaksa pulak tulis kat komen dibawah entry itu seperti berikut..






Kjee seriously tak tahu siapa pasangan artis yang baru kahwin itu. Korang nak tahu, tanyalah Marsha Londoh yang 'mungkin terlepas cakap' dalam rancangan Propaganza tempoh hari. Sebagai bekas wartawan, I have a nose for news. Dan Kjee tahu berita2 seperti itu selalunya menjadi bahan untuk dijadikan cerita.

Anyway, hari ini Kjee lihat ada komen Scha Al Yahya dalam mStar Online, yang mendakwa dirinya amat tertekan dengan cerita2 kononya dia atau suaminya Awal, 'artis baru kahwin yang panjang tangan' itu.

Kjee copy paste berita itu dibawah.



Reputasi Scha & Awal Terjejas Dituduh Jadi Pencuri

PETALING JAYA: Pelakon Scha Al Yahya tertekan apabila namanya dan suami, Awal Ashaari menjadi bualan selepas dituduh mencuri pakaian yang bernilai RM2,000 di sebuah gedung pakaian jenama terkenal.

Scha atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 29, berkata, hal tersebut benar-benar menjejaskan reputasinya dan Awal walaupun mereka tidak melakukan perkara terkutuk itu.

"Saya pening sebenarnya. Ada yang mengatakan saya yang mencuri pakaian jenama itu dan ada yang kata Awal yang melakukan perbuatan itu.

"Walaupun saya tahu untuk orang mempercayai penjelasan saya sangat sedikit, tetapi saya mahu katakan bahawa saya tidak melakukan perkara terkutuk itu, tidak mungkin.

"Perkara ini benar-benar membuatkan saya tertekan kerana nama saya sudah tercalar," katanya.

Scha ditemui pada majlis pelancaran treler filem Awan Dania The Movie di Kafe Barbara, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dekat sini, Khamis.

Pada September lalu, timbul gosip mengenai seorang pelakon terkenal yang dijemput menghadiri majlis pembukaan sebuah gedung pakaian telah mencuri beberapa helai pakaian yang bernilai RM2,000.

Selepas pelbagai spekulasi timbul, pasangan suami isteri itu dituduh mempunyai kaitan dengan gosip tersebut. Mereka dikatakan telah menjual semula pakaian tersebut di kedai milik mereka.

Tambah Scha dia telah berjumpa dengan pengurusan gedung pakaian itu dan meminta pihak terbabit untuk membuat satu kenyataan khas bagi menjelaskan situasi sebenar.

"Saya siap tanya kepada mereka adakah benar kes kecurian itu berlaku? Tetapi mereka kata, tidak ada.

"Kemudian saya meminta pihak gedung berkenaan untuk melakukan sesuatu kerana nama kami sudah tercalar, namun mereka enggan membuat sebarang penjelasan secara formal kerana menganggap tiada sebab untuk mereka berbuat demikian.

“Nak buat macam mana, saya hormat keputusan mereka," tuturnya.

3 comments:

juju said...

pendapat sy la kak jee..scha n awal..boleh beli baju lebih mahal lg dari rm 2 ribu tuuu.....diorg ni wat cite xpakai otak...suka hati tuduh orang....n yg bwk cerita tu pun satu...koyak mulot baru tauu....

Anonymous said...

Ye betul...Awal n Scha bukan tak berduit.Kesian diaorang kena tuduh...

amyliena said...

Bodo tool sape yg kate awal n scha cm gto . Pdhal dorang to yng tak de duit na beli baju to ,

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...