Friday, October 12, 2012

OMELETTE CENDAWAN DAN CHEESE











Kjee memang suka buat omelette atau telor dadar. Kjee variasikan guna apa sahaja bahan yang ada dalam fridge. Daging burger, sosej, tuna, sardin, cheese, kacang panjang, cendawan, crab sticks... ala apa sahajalah. Kita yang buat dia kannnn!

Sekeping omelette yang menggunakan dua biji sahaja telor boleh buat Kjee kenyang sampai ke petang!

Buat telor dadar atau omelette ni tak susah. Anak2 pun boleh diajar membuatnya. Gunalah kreativiti dan letak apa sahaja yang kita suka makan. Tapi omelette ni tak boleh dimakan dengan nasi. Ehhh tak boleh ker? Maksud Kjee, it's to be eaten on it's own. Kalau dah kenyang makan omelette jer, tak perlulah ada side dish tambahan kan?



Untuk omelette yang Kjee buat ni, Kjee guna 2 biji telor yang dibubuh 1 sudu besar mayonaise. Pastu dicampur hingga sebati. Bahan intinya, Kjee guna bawang besar yang didadu. Kalau tak suka, tak perlu bubuh. Kemudian Kjee hiris cendawan shitake segar. Kalau tak ada yang segar, boleh jugak guna canned button mushrooms. Atau apa sahaja cendawan yang ada. Yang kering pun boleh tapi kena rendam kasi lembut.

Kjee guna taburkan hirisan bawang besar dan cheese. Suka hatilah nak guna slice cheese atau cheese serbuk lain. Blue Cheese pun sedap. Naperlah Kjee lupa bubuh tadi. Huhuhu.

Tadi, ketika nak buat omelette ni, Kjee ter 'bersilat' dengan pisau. And it gigit my cute little jari tunjuk. And it berdarah and it is very painful. So dalam panik, terlupa nak letak slice cheese di dalam omelette. So that's why my slice cheese tertengek atas omelette yang sudah siap masak.

Bahan2 nak buat omelette

Susun sebelah jer bahan2 hirisan kat omelette

Pastu diterbalikkan cam ni



Kalau nak buat omelette, elok guna non stick pan. Pan atau kuali biasa yang dah season dan tak melekat pun okay.

Panaskan pan, buh sikit jer minyak atau majerin (bukan butter tau). Bila dah cair marjerin atau minyak dah panas, tuangkan telor bersama mayo tadi. Perlahankan api. Season sikit dengan garam dan lada hitam. Jangan bubuh banyak garam sebab cheese dah masin. Lagipun nanti nak makan dengan cili sos kan?

Apabila sudah setengah masak, curahkan bawang dadu, cendawan dan daun bawang ke sebelah jer bahagian omelette. Sebelah lagi tinggal kosong supaya senang nak terbalikkan.




Kemudian terbalikkan portion yang kosong itu agar bertemu dengan yang ada cendawan. Opppps slice cheese atau cheese serbuk kena letak sebelum diterbalikkan omelette kosong tu tau.

And the biarkan dua tiga minit. Pastu guna sudip plastik (kalau besi nak rosak permukaan non stick pan) untuk terbalikkan pelan2 bahagian bawah omelette. Kjee guna dua sudip supaya omelette tak pecah.

Bila dah puas hati kedua2 belah dah cantik brown, padam api dan alihkan ke pinggan. Garnish dengan daun parsley kalau ada. Kalau tak, ngappp jer ngan cili sos bersama sos thousand island, kalau suka.


Ini yang buat hari tu. Cheesenya dah dimasukkan masa terbalikkan omelette

3 comments:

  1. nampak sedap sgt tu kak jee. fuhhh .. terliur.

    ReplyDelete
  2. Boleh buatkan untuk husben ni, dia tengah diet atkins

    ReplyDelete
  3. sedapnya kak jee...ada lgi x? nk mintk ckit..kihkih

    ReplyDelete