Thursday, October 18, 2012

ONDE ONDE aka BUAH MELAKA







Kuih Onde Onde untuk minum petang Kjee dan UnclePali hari ini. Ini satu2nya kuih tradisional Melayu yang sukar dicari di gerai2 kuih. Hanya banyak terdapat pada bulan Ramadhan. Ada jugak orang panggil Buah Melaka. Agaknya asalnya kuih ini dari sana.

Hari ini UnclePali tolong Kjee buat. Separuh jalan, pinggang Kjee sakit berdiri terlalu lama depan stove nak merebus onde onde ni. Dalam kesakitan, Kjee terlebih bubuh garam dalam kelapa. UnclePali buat Kjee happy apabila dia kata: "Walaupun masin sikit kelapa ni, tapi inti gula Melaka selamatkannya."











Ala bukan masin tahap gaban. Masin masin manja jer. Arwah mak kata kalau masakan termasin, maknanya nak dapat anak lelaki atau nak dapat rezeki. Amin...bab dapat rezeki tu lah. Anak lelaki? Oppps kilang dah expired! Hehehe.

Dulu kalau Kjee buat Onde Onde, Kjee tak guna apa2 resipi. Main ikut naluri jer. Tapi hari ini Kjee ikut resipi Che Ct Dari Dapur Ct Delima. Terima kasih Che Ct Delima.

Tak nak bebel banyak2. Hari ni mood merundum jatuh. It's raining outside as well as in my heart.

Nak resipi amik jer kat Dapur Ct Delima tu yer.








6 comments:

Kesuma Angsana said...

wah terbaik ni kjee

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ada lagi tak kak jee? kalau ada blk keje nnt nak singgah umah akak.. hehe... (gurau je...)

Kasmawati Jaafar said...

meleleh air liur..
dah masuk blog che ct tu. tapi onde-onde kak jee nampak lebih menggiurkan~~

Yatie said...

waduhhhhh hijau yg menawan, cantik gambar onde2 KJee ni....wat terliur je...

Anonymous said...

sedap tu kak jee..

memang betul kata uncle pali tu.. kalau untuk onde-onde ni.. lebih sedap kalau kelapanya lebih masin sikit.. so lebih terasa lemak.. masin.. manis.. balanced...

~nana~

Anonymous said...

saya mmg suka kalu buat onde2 yg berkeledek..sedap..tapi intinya kelapa parut masak bersama gula merah..

-yati-

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...