Wednesday, October 17, 2012

PRAMUGARI JEPUN BADAN BERBAU?!!









Hari ni nak story sikit jer pasal something yang kaum wanita mesti sensitif. Pasal badan mereka. Nope bukan obesity. Kita tak suka citer hal tu lah. Ini pasal BO. Body odor atau bau badan.

Dulu2 rasanya masalah bau badan atau BO ini tidaklah menyusahkan sangat kaum wanita. Yang memeritkan hidung kita ialah BO kaum lelaki. Eee nasib baik my asben got no BO. He's always smelling biasa2. Serius ni! hehehe

Tadi masa Nadia balik dari main badminton, dia masuk ke dapur dan bebel sambil tolong Kjee memasak. "Malulah Mama. Orang lelaki lepas berhempas pulas main badminton, tak pun berbau badan dia orang. Tapi yang gurls tadi..."

Tak payahlah dia nak terus bebel sebab Kjee faham sangat2. Kjee tanya gurls tu overweight ker? Nadia kata taklah. Badan cam Nadia jer. Hmmm.

BO atau badan berbau (bukan bau wangi) selalunya terjadi kepada mereka yang badan overweight. Sorry ye, kita tidak!!

Mungkin orang berbadan berat seringkali berpeluh. Dan itu menyebabkan BO. Arwah bonda kata ada berkaitan jugak dengan pemakanan. Especially kalau banyak makan bawang putih! Itu Kjee tak pasti.


Gambar hiasan jer



Anyway, cerita pasal BO ni, masa Kjee muda2 dulu, Abang Fauzee kerja sebagai Pramugara MAS. Kalau balik, dia suka bercerita pasal pengalaman dalam plane. Dia jugak ada cerita pasal BO. Bukan BO passenger tetapi BO stewardess!!!

Ini kisah benar. Masa itu, Abang Fauzee fly dengan stewardess berbangsa Jepun yang bekerja secara kontrak. Abang Fauzee kata, bau badan stewardess tu boleh pengsan dibuatnya. So Abang buat camner?

"Abang beli deodorant. Pastu Abang bungkus cantik2 dan letakkan dalam beg tangan dia masa dia tak sedar. Tak lama lepas tu, terus abang tak ada masalah lagi dengan dia!!" kata Abang Fauzee sambil ketawa berderai2.

Kjee punya maid bernama Lely dulu pun ada masalah sama. Kjee punyalah risau takut customer complain. So Kjee cubalah kaedah yang abang Fauzee buat. Kjee belikan deodarant dan kata itu 'pewangi badan' sama cam Nadia punya!

Budak Lely ni, suka ikut apa Nadia pakai. So apabila dia dengar Kjee kata cam Nadia punya, dia pun happy sakan. Lepas tu, dah tak ada masalah lagi.

So kalau korang ada masalah dengan office mate, adik atau mereka yang sewaktu dengannya, cubalah keadah abang Fauzee tu. Hehehe.

15 comments:

SURIA AMANDA said...

SA pernah buat mcm tu...tak tahan bau kawan sekerja..bungkus elok2..tp until today badan dia masib berbau...

Kjee said...

Hehehe jangan2 dia simpan jer Suria. Long time no hear. Sihat ker?

Anonymous said...

Menurut kajian saintifik..mmg bo pompuan lg kuat dr bo laki..sbb tu byk produk pewangian khas utk pompuan berbanding laki..laki just pkai deodoran pun dh ckup utk sharian tp lain utk pompuan.

norinaomar said...

sebab tu kapan perempuan lebih berlapis lapis dari lelaki..

eh bolehla praktikkan..nak tiru sebab ada anak murid BO dia hadoi..nak bagi direct kang jadi rendah diri pula.

DaiADellas said...

Bagusla tips nie... TQ kak..

Anonymous said...

hi k. jee,

dulu ada one of my staff BO dia pun begitu, so masa hari lahir dia, saya bagi hadiah lotion badan, deodorant, talcum and gel mandian,lepas tu wahh staff saya tu berbau buah peach sesaja..haha..

p.s the girl tu badan tak overweight tau.. kurus je..so teori org overweight, obese or gebus ada masalah BO --> x boleh pakai..hehe

zaph

Kjee said...

Hehehe Zaph. Me very the obese tapi tak der pun BO. so salah lah teori tu kan!

Anonymous said...

Betul tu Kjee masaalahnya bukan obese. Saya ni bukan obese, height= 1.8; weight 66kg, pernah ada masaalah BO, tapi sekarang setelah gunakan "Anti-Perspirant" jenama "Keihl's" dah tak ada lagi BO... harganya mahal sedikit tapi selamat digunakan. Diperbuat dari bahan asli seperti extract orange, lemon dan linseed. Satu tube 2.5 flz oz. boleh digunakan sampai dua bulan. Jimat dan berkesan. Tanpa alcohol.

Sukma Haron said...

Kak jee deodorant jenis apa yg sesuai untuk BO? Kat opis sy kawan girl (Tionghua) ada BO ler...ingat nak present kat dia deodorant...tapi tak tahu jenis @ brand mcm mana?

Sukma Haron said...

Kak jee deodorant jenis apa yg sesuai untuk BO? Kat opis sy kawan girl (Tionghua) ada BO ler...ingat nak present kat dia deodorant...tapi tak tahu jenis @ brand mcm mana?

atievan said...

kak jee...dulu2 saya mmg hadapi BO mmg teruk gak laa...sbb setiap kali berpeluh atau tidak mesti berbau....pdhal saya bkn obese pun...bdn saya masa tu cekeding cam lidi....kih3.....dh brbagai usaha saya buat nk hilangkn bau...dh byk jenama deodorant saya try tapi masih tetap brbau...last2 saya tukar cara pemakanan seharian saya....bila trbaca dr satu artikel dlm majalah remaja yg saya minat dulu2...dr saat itu saya amalkn mkn ulaman....saya kurangkn mknan berempah then saya pastikan baju saya pakai jenis kain yg boleh menyerap peluh....lepas bbrapa bln BO yg saya hadapi sedikit demi sedikit hilang smpai laa skang saya dh xder maslah lg ngan BO...saya dh bleh pakai jenama deodoran yg saya suka

enimoon said...

Sukma mungkin blh try jenama kiehls (sb terbukti dah berkesan).

Si BuBub said...

aunty, sy dulu ada masalah BO ni ngan kawan jgak...sy dia anak orang kaya jugak, jenis beli mcam2 produk pnjagaan diri ni... sy tatau kenapa kuat sgt baunya sampai satu hari sy gi ke bilik dia...sy nampak dia amik balik baju yang ada dlm tmpat kain busuk...dia pakai balik...rupanya itu puncanya... amalan seharian dan pemakanan pun salah satu punca... dulu kecik2 mak slalu ckp org badan bsar ni mdah bebau... sy slalu tamau org pk sy busuk so sy amalkan mandi n jaga kebersihan sebaik mungkin... mmg fakta org bdn besar tu busuk boleh disangkalh kan aunty =)

susumanis said...

kalau de masalah BO, bole amal minum juice limau kasturi, blend limau kasturi without biji, nk sedap taruk honey sikit, insyaAllah BO ilang :))

dayang Citra said...

saya pun overweight juga tapi takde masalah BO..cuma anak lelaki saya ni memang saya perasan sejak lahir lagi dia ada masalah bau badan sebab air liur dia berbau.Sekarang umur dia 5 tahun,saya bekalkan minyak wangi untuk dia bawa ke sekolah.Tak tau camna nak hilangkan bau badan dia sb kanak2 ni aktif dan bila berpeluh,saya memang tak sanggup nak peluk..malam2 sbm tido pun saya suruh dia mandi....kesian dia..huhuhu

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...