Wednesday, October 17, 2012

REBUNG LEMAK PEDAS CILI API






























Hari ni Kjee masak rebung masak lemak cili api dengan daging. Biasa jer. Tapi selalu Kjee guna rebung jeruk yang dihiris nipis tu. Kekadang nasib tak baik dapat rebung tua yang keras. Kali ni Kjee beli rebung jenis batang yang tak jeruk kot sebab masih manis.

Masa Kjee dan Unclepali pergi Hero hari tu, Kjee tengah tolak trolley apabila ternampak Unclepali sengih2 tunjuk sepeket rebung. Rebung memang favorite kami bertiga. So Kjee pun letak dalam trolley. Susah nak dapat rebung jenis ni so kalau tak beli, rugilah.


Tadi Kjee masak masak lemak cili api biasa jer guna cili api sahaja. Ala macam orang Nogori Sembilan buat. Dalam fridge ada udang dan kira-kira 200 grams daging batang pinang. Nadia kata bubuh daging lagi manis.

So Kjee potong kecik2 daging tu dan rebus seketika walaupun memang dah confirm daging batang pinang, lembut. Unclepali tolong tumbuk 10 biji cili api warna merah yang pedas menyinga tu. Kemudian Kjee campakkan dalam periuk yang sedang merebus daging. Kjee juga rebus kat periuk lain rebung yang telah Kjee potong kecik2 sikit.






Perlu ke rebus? Tak kot tapi saja Kjee rebus. Tak de kerja cari kerja. Hehehe.

Kemudian Kjee masukkan rebung yang telah ditoskan air ke dalam periuk bersama cili api dan daging. Didih seketika. Kemudian masukkan santan pekat RM3. Masukkan juga dua batang serai, serbuk kunyit, sehelai daun kunyit dan garam serta sedikit pak aji.

Apabila sudah mendidih, Kjee campakkan dua keping asam gelugor dan perlahankan api. Apabila sudah cukup rasa, padam api dan hidang.

Sedapnya!!! Tadi lawannya ulam kacang botor (kecipir) dengan sambal belacan, ayam goreng dan ikan tenggiri masin jeruk. Of course makan dengan nasi putih yang masih berwap!!!






7 comments:

:|: TinTa Kibod :|: said...

ngences!
dh lah cuaca mendung ni...

NuR IzZaTi said...

wahhh...nampak sedap!!! ^____^

Mat Gebu said...

Pengggggggggsannnnnnnn >______<

mala said...

MIL selalu masak gulai rebung ni dengan ayam kampung. style kedah.

Bicara Kak Noor said...

nampak pun tau sedap sangat kak Jee tapi tak lah pengsan lagi hee

atievan said...

kak jee...saya suka mkn rebung kalu dibuat gulai darat daging style kelantan.....mmg perggghhh laa kak jee....perap daging dgn rempah kari+bwg merah yg dh blend+sedikit kerisik+sedikit budu bbrapa sblm di goreng dlm periuk...then baru msuk santan pastu letak rebung+daun kesum....perggghhhh mmg sedap x hengat kak jee....xtau laa plak kak jee pernah mkn gulai darat daging style kelantan nihh

enimoon said...

Adus... lapar saya Kak Jee. Sedapnya.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...