Friday, October 19, 2012

SAMBAL IKAN KEMBUNG DAN LABU MASAK LEMAK PUTIH




Hari kurang rajin. So ini jer lah for lunch. Janji my asben suka makan. Lepas bekfas roti canai bawah pokok rambutan kat Paya Jaras, Kjee ajak UnclePali pergi beli ikan. Nak cari ikan talapia warna pink. Kononnya nak ulang balik menu Ikan Tiga Rasa Thai.

Apabila hanya ada Talapia warna hitam oppsss tak lalu nak makan sebab dengar macam2 citer pasal Talapia Hitam Kjee pun capailah 6 ekor ikan mabong adik beradik ikan kembung.























Sampai rumah, terus dapat idea buat sambal ikan biasa jer. Kemudian nampak pulak sebiji buah labu saiz kecik yang Kjee beli kat Hero. Selepas kupas, sikit jer dapat so plan nak buat Pengat Labu style puree tak jadi. Lain kalilah.

Anyway, ini sahajalah rezeki kami suami isteri di hari Jumaat yang mulia ini. Alhamdullilah syukur. Jap lagi UnclePali balik mesjid, kami makan. Kalau ada ikan masih jeruk goreng garing sedap gak. Tapi tadi Kjee panaskan jugak baki masak lemak rebung madu hari tu. Cukuplah kan?

Resipi tak payahlah kan?

Mood masih 1/10. Nasib baik tak below zero.



12 comments:

Norasiah Nasir said...

kak jee, sambal tu menarik hati..nnt free kongsi lah..saya selalu fail buat sambal...:)

Kesuma Angsana said...

ni pown dh cukup sedap kjee

susumanis said...

tetap nampak sedap k jee :))

norzila said...

kak jee ape lauk kak jee mcm sama dgn che mat gebu nih..heheehe skodeng eh ke ngidam...

zinnur'ain the love of my life said...

kak jee, memang kena sangat lah sambal dengan masak lemak labu tu ... telan air liur saya tengok ... mesti sedap ! ...

Chekgu Azrine said...

Kompem bertmbh2..hehe

ieda79 said...

kakjee..berjanji ngan che mat ke? :)...hari ini entri che mat pun masakan lebih kurang dgn kakjee..pastinya, dua2 memang best!

nadia said...

salam kak jee, sedapnya sambal ikan dgn labu masak lemak. Memang ngam sgt lauk tu. Terus lapar bila saya baca entry kak jee.

Nina Mirza said...

As'salamualaikum Kak Jee,

Alahai .... Sedappnyer kombinasi lauk tuu..
FAv Nina nie... nak nak pula ikan tuu goreng garing-garing! Perghhh! boleh tambah nasi pun tak perasan uu~~
HEHEE . . .

Anonymous said...

Kak Jee, macam mana nak buat sambal tu jadi warna hitam? Kena tumis lama sikit ker?

Kjee said...

Kena masak hingga garing. api jangan besar nanti hangus.

Anonymous said...

sedap tul

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...