Monday, October 15, 2012

SATU NAK KAHWIN, SATU LAGI 'ADA TAMAN DALAM HATI'






Farid dan Diana dah nak kahwin!!


Hari ini ada dua berita gembira mengenai dua pasangan artis tanahair. Satu yang sudah bertunang akan melangsungkan perkahwinan awal bulan depan. Dan satu lagi pasangan sudah umumkan 'Ada tTaman Dalam Hati". Ewah.

Aktor Farid Kami dan Aktres Diana Danielle yang bertunang baru2 ini, dilaporkan akan bernikah pada 3 November. Wah maknanya lepas Hari Raya Haji lah. Agaknya, mereka akan buat press conference perkahwinan itu dalam masa terdekat.

Hans dan Neelofa confim 'gitu-gitu' - foto2 ehsan google


Dan satu lagi pasangan yang sama cantik, sama lawa iaitu Neelofa dan Hans Issac, khabarnya juga sepasang kekasih yang mungkin akan menuju ke jalan sama yang dipilih Farid dan Diana.

Walaupun Neelofa malu2 hendak mendedahkan kisah sebenar maklumlah takkan orang pompuan nak gedik2 hebuh satu dunia kan tapi Hans Issac pulak dah buat pengakuan!

Yang bestnya, Hans Issac cakap berlapik. Maklumlah sebelum ini dia pernah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang aktres top tapi jodoh mereka hanya setakat berkawan.

Tahniah Farid dan Diana. 

Buat Hans dan Neelofa, tak payahlah tunggu lama2 yer. Hehehe.

3 comments:

Anonymous said...

dalam hati ada taman la kak jee..terbalik tu..

LydSunshine said...

Nak ke Lofa tu kawen awal2? Kang ada plak alasan nak berjaya kejar cita2 ke, nak tumpukan pada kerjaya ke.

Dunia familyku said...

Kalau nak kawin dgn org islam Hans tu kena persiapkan diri dgn ilmu agama yang cukup..bole ke Lofa bimbing Hans

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...