Thursday, January 24, 2013

POLIS MALAYSIA MEMANG HEBAT!!

Lisa - ehsan mStar


Tahniah PDRM! Polis Malaysia memang hebat! Sekejap saja kes kehilangan wang yang dilaporkan Lisa Surihani berjaya diselesaikan. Yang tak bestnya, orang yang terbabit dalam kes tu adalah seorang wanita dan kakitangan bank berkenaan.

Kan Kjee dah story sebelum ini yang kes membabitkan kehilangan/kecurian wang dari mesin ATM tidak sukar diselesaikan. Baca sini.

Korang bacalah sendiri ya apa yang Kjee baca di mStar tadi yer.



PETALING JAYA: Pelakon Lisa Surihani, 26, bersyukur apabila pihak pihak polis berjaya menahan individu yang menceroboh akaunnya pada 11 Januari lalu sehingga mengakibatkan kehilangan wang berjumlah RM50,000.

Akhbar Harian Metro melaporkan, Lisa telah dimaklumkan mengenai tahanan tersebut dan diminta menunggu tindakan susulan daripada pihak polis.

"Saya sangat menghargai kerjasam diberikan polis dan bank sehingga tertangkapnya individu itu dan syukur keadilan yang dimahukan hampir tertunai," katanya.

Pada Selasa, rahsia kehilangan wang simpanan pelakon itu terbongkar selepas siasatan polis mendapati ia dilakukan kakitangan bank sebelum menahannya.

Kakitangan bank wanita itu dikatakan membatalkan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik Lisa sebelum membuat salinan baru dan melakukan pengeluaran RM50,000 yang direkodkan pengeluarannya di Kuantan, Pahang sejak awal bulan ini.

Wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata itu ditahan jam 10 pagi, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan wanita terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK).

Katanya, hasil siasatan awal, wanita terbabit memang berkeupayaan untuk melakukan pemalsuan dokumen artis itu kerana sememangnya bekerja dengan bank berkenaan sebelum membuat kad ATM baru untuk mendapatkan wang dengan jalan mudah.

Dalam pada itu, Lisa berkata, insiden terburuk sejak bergelar artis itu turut memberi pengajaran untuknya lebih berhati-hati pada masa depan.

Lisa sebelum ini dilaporkan kehilangan RM50,000 sejurus kehilangan kad pengeluaran wang automatik (ATM), namun hanya disedarinya ibunya, Siti Amira Ahmad, 62, ketika ingin membuat pengeluaran di sebuah bank di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, ibu pelakon berkenaan membuat semakan baki dan mendapati wang simpanan berkurangan.

5 comments:

Sukma Haron said...

alaa...public figure cepat ler bertindak...kalau kita org biasa lembab @ kes ditutup...
saya pernah kena ada orang lain buka ac gunakan nama saya macam mana tu...
nak tgk cctv pun tak boleh..pihak bank ckp dah clear...damn it...

Amanda Suria said...

Alhamdulillah...sepandai2 tupai melompat kan...

joijoi80 said...

ha ah kalau retis laju jr

ieda said...

lisa kan comel...ramai ja nak menolong..hehe
anyway...tahniah PDRM...harap kes2 lain dapat diselesaikan dgn segera.org2 yg buat kerja tak baik macam ni patut kena hukuman yg berat....sgt tidak amanah.

Dayang Citra said...

kalau orang biasa sampai sekarang tak selesai2..dah berapa kali kena dah..rasa lebih baik simpan duit bawah bantal tapi risau pula perompak datang..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...