Tuesday, January 15, 2013

YANG PAHIT TU LAH SEDAP























Ramai tak suka sayur peria. Baik yang biasa (orang Jawa panggil Kambes) atau peria katak. Mereka kata pahit. Yang pahit itulah ubat. Elok untuk orang perempuan tau. Adakah pernah korang makan jamu manis? Hah itulah ubat yang elok untuk kaum Hawa yang dikatakan ada dicampur peria.

Syukurlah sejak kecik arwah Bonda dah ajar Kjee makan ulam2an yang pahit dan segar. Tapi bila dah tua, jenuh pulak nak ngajor anak sendiri suruh makan. Hmmm banyak sangat songeh!

Kali ini Kjee buat sayur peria katak ala2 stir fry. Goreng kering. Masa tengah masak tadi, teringat yang arwah Bonda selalu masukkan sedikit santan apabila sayur tu dah nak masak. Golek2 dan hidang.

Tadi tangan gatal jer nak capai santan kotak. Tapi apabila fikirkan tanpa santan lebih sihat, maka Kjee tak jadi bubuh.





Kjee tumis simple jer. Hiris satu labu bawang besar kuning (bawang Holland) dan dua ulas bawang putih. Hiris jugak cili api Siam yang pedas tu. Kemudian tumis guna minyak jagung. Pastu apabila bawang dah agak kekuning2an, campakkan satu sudu udang kering yang telah dicuci dan tos. Guna udang segar pun boleh.

Apabila dah naik bau, masukkan sayur peria yang telah dihiris. Kali ini Kjee tak rendam dengan air garam sebab Kjee nak kekalkan rasa pahitnya. Kalau korang tak nak pahit sangat, rendamkan sayur yang telah dihiris dalam air garam kira-kira 10 minit dan bilas bersih.

Golek2 sayur itu selama kira-kira 10 minit atau ikut suka korang nak masak sepenuhnya atau separuh masak. Bubuh garam dan pak aji kalau guna. Kjee bubuh sos nampla atau kicap ikan ganti garam.

Sedap sangat. Kjee dah ratah sikit tadi sebaik keluar dari kuali. Pahit2 sedap!



7 comments:

Sitizan Citizen said...

Saya suka makan ulam peria katak mentah. Rangup dan berkhasiat!

Irfa said...

salam kak jee ;)
saya x memilih makan
semua jenis ulam saya makan petai jering kerdas semua saya balun//tap entah kenapa,x boleh telan peria.huhu.tp byk khasiatnya peria ni..kena belajar makan

Cik Ngah said...

alahaiii sedapnya...saya peminat peria,di ajar nenek makan ni dari kecil sebab banyak tanam sendiri tuk jual,sampai sekarang suka makan peria.

Nor Hapizah Abd Manan said...

Selalu mkn peria ni mentah2 mmg sedqp tp nl tgk Kak Jee goreng nampak sedap sgt ntn nk try la. tq Kak jee

NenetPenne (NP) said...

i selalu goreng taruk taucu yang kasar tu.... cubalah try...sedap!

elly norman said...

kak jee... anak elly yang 8 tahun suka makan peria goreng garing .. elly buat macam kerepek peria...

juju said...

sedap kan kjee sy pun da tryy tq bg resepi ...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...