Tuesday, January 15, 2013

YANG PAHIT TU LAH SEDAP























Ramai tak suka sayur peria. Baik yang biasa (orang Jawa panggil Kambes) atau peria katak. Mereka kata pahit. Yang pahit itulah ubat. Elok untuk orang perempuan tau. Adakah pernah korang makan jamu manis? Hah itulah ubat yang elok untuk kaum Hawa yang dikatakan ada dicampur peria.

Syukurlah sejak kecik arwah Bonda dah ajar Kjee makan ulam2an yang pahit dan segar. Tapi bila dah tua, jenuh pulak nak ngajor anak sendiri suruh makan. Hmmm banyak sangat songeh!

Kali ini Kjee buat sayur peria katak ala2 stir fry. Goreng kering. Masa tengah masak tadi, teringat yang arwah Bonda selalu masukkan sedikit santan apabila sayur tu dah nak masak. Golek2 dan hidang.

Tadi tangan gatal jer nak capai santan kotak. Tapi apabila fikirkan tanpa santan lebih sihat, maka Kjee tak jadi bubuh.





Kjee tumis simple jer. Hiris satu labu bawang besar kuning (bawang Holland) dan dua ulas bawang putih. Hiris jugak cili api Siam yang pedas tu. Kemudian tumis guna minyak jagung. Pastu apabila bawang dah agak kekuning2an, campakkan satu sudu udang kering yang telah dicuci dan tos. Guna udang segar pun boleh.

Apabila dah naik bau, masukkan sayur peria yang telah dihiris. Kali ini Kjee tak rendam dengan air garam sebab Kjee nak kekalkan rasa pahitnya. Kalau korang tak nak pahit sangat, rendamkan sayur yang telah dihiris dalam air garam kira-kira 10 minit dan bilas bersih.

Golek2 sayur itu selama kira-kira 10 minit atau ikut suka korang nak masak sepenuhnya atau separuh masak. Bubuh garam dan pak aji kalau guna. Kjee bubuh sos nampla atau kicap ikan ganti garam.

Sedap sangat. Kjee dah ratah sikit tadi sebaik keluar dari kuali. Pahit2 sedap!



Related Posts:

  • NASI GORENG CINA MUDAH Hari ni tinggal berdua je dengan Nadia. UnclePali pergi temankan anak sedaranya pergi interview scholarship Felda dan Uniten. So kalau tinggal berdua, memang malas nak masak, malas nak keluar makan di luar. Tapi kerana… Read More
  • CREAMY MACARONI CHEESE SEDAP BAGI YANG TAK JAGA BODY... Mac n cheese atau makaroni dan keju adalah antara fav Kjee kalau makan di bistro atau cafe yang menyediakan western food. Itu masa zaman Kjee muda2 lah. Bistro atau Cafe seringkali menjadi tempat kami lepak  kerj… Read More
  • STIR FRY SAYUR TAU MEU Tiap kali singgah di mana2 pasaraya, Kjee akan nampak sayur ni. Dan tiap kali Kjee hanya pandang jer sebab otak tak boleh register nak masak cara apa. Sebenarnya, Kjee pernah makan sayur ini masa pergi makan Bub… Read More
  • ASAM PEDAS DAGING ORANG MELAKA CAMPUR KL/SELANGOR Lauk Asam Pedas Daging dikatakan menu orang Melaka. Entahlah Kjee pun tak pasti. Nasib baik darah Kjee ni separuh Melaka separuh KL/Selangor. Tapi Asam Pedas yang Kjee masak tadi, tak ikut resipi mana2. Resipi Kjee yang… Read More
  • KARI AYAM DENGAN ULAM DAN IKAN KERING MASIN Kari ayam lagi!! Kjee ni kan kalau nak boring sangat tak tau nak masak apabila ada stok ayam dalam fridge, mesti nak masak kari ayam atau rendang ayam Kelantan. Tak taulah kenapa. Tapi pagi tadi Kjee plan nak buat … Read More

7 comments:

  1. Saya suka makan ulam peria katak mentah. Rangup dan berkhasiat!

    ReplyDelete
  2. salam kak jee ;)
    saya x memilih makan
    semua jenis ulam saya makan petai jering kerdas semua saya balun//tap entah kenapa,x boleh telan peria.huhu.tp byk khasiatnya peria ni..kena belajar makan

    ReplyDelete
  3. alahaiii sedapnya...saya peminat peria,di ajar nenek makan ni dari kecil sebab banyak tanam sendiri tuk jual,sampai sekarang suka makan peria.

    ReplyDelete
  4. Selalu mkn peria ni mentah2 mmg sedqp tp nl tgk Kak Jee goreng nampak sedap sgt ntn nk try la. tq Kak jee

    ReplyDelete
  5. i selalu goreng taruk taucu yang kasar tu.... cubalah try...sedap!

    ReplyDelete
  6. kak jee... anak elly yang 8 tahun suka makan peria goreng garing .. elly buat macam kerepek peria...

    ReplyDelete
  7. sedap kan kjee sy pun da tryy tq bg resepi ...

    ReplyDelete