Pages

Friday, September 20, 2013

SIMPLE TAPI SEDAP







Kjee, sebenarnya, suka makan nasi kalau ada lauk yang berkuah. Kalau makan di Restoran Nasi Kandar, Kjee selalu beritahu mamak tu : "Kasi taruh semuaaa kuah, campur2, kasi banjir!". Hehehe baru terbuka selera nak makan.

Tapi sekali sekala sedap jugak makan lauk kering2. Tanpa kuah tapi stand by kicap.

Sayur buncis goreng antara favorite kami sekeluarga. Kjee dan Nadia memang suka. Kalau tanya UnclePali, dia kata okaylah. Tapi setiap kali Kjee goreng, tangan dia jugak tak henti2 capai masa makan. Sekejap jer licin. So kira dia sukalah tu kan?


Kacang Buncis dan fresh Shitake Mushrooms


Nampak mewah kan cendawan Shitake kat atas tu. Kjee letak dekat ¾ peket sebab nak bagi perabis. Sabtu lalu, Kjee guna ¼ peket untuk buat Chicken Pot Pie yang tak sempat amik gambar sebab habis disambar. Semalam, Kjee belek2 cendawan tu. Isyhh kalau tak cepat masak, mesti busuk. Sebab itulah mewah sangat Kjee letak tu. Tapi memang suka letak banyak2. Puas makan.

Kalau nak bubuh cendawan Shitake kering pun boleh. Kena rendam dulu dalam air panas kira-kira ½ jam. Pastu buang tangkai dan hiris. Kalau nak resipi, tengok SINI.






Ini antara sambal yang Kjee suka sangat. Sambal Sotong jenama Rex dalam tin. Kjee lebih suka sotong dalam tin daripada yang segar. Yang segar sedap dibakar dan cicah air asam. Adoiiii kecur lak.

Kali ni, Kjee masukkan sekali sos sotong tu sekali. Selama ini Kjee tos buangkan sos tu. Tapi kalau letak sekali, rupa-rupanya lagi sedap. Ada rasa pedas dan manis.

Kjee buat dua tin besar. Sekarang dah mahal sikit. Dua tin dekat RM12. Tahun lepas, satu tin tak sampai RM10.

Resipi, korang intailah SINI. Makan dengan nasi panas2. Gandingkan pula dengan sayur buncis goreng dengan cendawan Shitake. Yummy. Oppps jangan lupa curahkan kicap kat nasi.










7 comments:

Ayu azmir said...

sedapnya.....

imie fatiema said...

terliur kakak..adeii

roza said...

hari2 tengok resepi..kadang2 jadi bile mencube...rase seronok bile tengok anak2 makan.

Anonymous said...

salam.makan cendawan ni bagus kakjee. ia menguatkan kebolehan sistem imun bagi menentang jangkitan dan penyakit. gandingan sesuai masakan sayur tu dgn sotong. ramai yg suka tu😊

cikNor said...

hi,Kjee...sungguh menawan rupa cendawan tu.lawan pulak dgn merah sambal sotong (xpenah lg try yg dlm tin,lps ni blh try ler)

Anonymous said...

Nampak yummeh sgt sgt... suzi fauzi

shah_izan said...

sedapnye
sambal sotong dlm tin tu mmg favourite mak sya
dia masak sambal tumis, pastu makan dgn nasi lemak
terangkat...;)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...