Tuesday, September 27, 2011

SAMBAL SOTONG REX (INI BUKAN IKLAN BERBAYAR!)


Wah tetiba jer sotong jenama Rex dapat promo percuma kan? Tak per lah sesekali kasi dia orang can. Lain kali dia orang kena bayar. Hehehe.

Kalau Kjee beli sotong dalam tin, tak kisahlah jenama apapun, Kjee suka masak biase2 jer. Tumis bawang besar yang dipotong bulat2, bawang putih dan tumbuk cili api banyak2. Pastu curahkan satu tin sotong bersama kicap2 dia sekali. Rasanya manis sebab kuah dalam tin tu manis. Tu kena bubuh banyak2 cili api.

Kjee suka sangat jenama Rex tapi Unclepali tak suka. Dia suka ntah jenama apa ntah. Katanya Rex punya sotong besar2. Jenama lain sotong dia kecik2. Eh sotong besar2lah best kan? Tebal isinya! Whatever..tekak memasing kan!

Anyway, Kjee dapat idea buat sambal sotong Rex ni masa intai blog MamaFami. Lihat sini

Tetapi..isyhhh ada jer tetapi pulok!? Tetapi MamaFaMi tak curahkan kicap/sos yang didatangkan dalam tin tu. Kjee tuang semua sebab Kjee nak rasa sedap ke tidak. Hasilnya, Kjee tersedak apabila tengah makan nasi lemak dengan Unclepali tadi, dia kata sedapppp!!!

So terserahlah kepada korang nak buat cam Kjee atau MamaFami. Jangan takut. Polis tak tangkap punya!! Kita yang buat dia!!

Nak resipe ker? Ala tak payahlah kan? Kjee sibuk ni. Buat je sambal tumis cam biasa (Kjee tak bubuh belacan) pastu bila sambal dah siap, tuangkan sotong dalam tin tu ke dalam sambal. Jangan berani2 bubuh garam. Dah masukkan sotong barulah tambah kalau tak cukup.

Pssstttt amik jer MamaFaMi yer. Hehehe. Kjee sibuk ni sebab nak buat skrip.

7 comments:

MPP said...

Nampak sodap.. nanti gua try.. Gua pun ada sikit-sikit bakat memasak ni.. Hahahaha..

Yatie said...

uwaaaaa menyelerakan sungguh..rasa skrng gak nak beli sotong dlm tin jenama rex..terliurlah pulok..

mizzMuai said...

kak jee..nanti muai nak try!!!dh lama nk wat ns lemak tak buat2 pun..huhu

nur easy said...

baru buat semalam, tp kita buang air dlm tin tu.. ;)

coklat~vanilla said...

kak jee..hahahaha! mengimbas kenangan btoi laa..umh sy dulu mmg gila dok makan sambai tumis sotong rex ( dahla kilang dia ari2 dok tgk sbb sebelah highway je). tp bila dh kerap sgt mkn, mai 1 hari tu 1 umh pakat x lalu dah. rsnya dah 3 thn kami x penah masak resepi ni..bila tgk kak jee masak ni...haih, cam teringin plak dah...kena p beli stok la camni :D

MamaFaMi said...

Kjee pun dah buat sambal ni eh. Sebenarnya kan, kita tak tahu pun resepi cam ni wujud. Kita main belasah je... punca utama yang kita guna sotong tin ni, sebab kita nampak teksture dia macam sotong kering, except yang dalam tin punya, lembut, tak yah rendam rendam dah... bukan apa, takut nanti rendam, esok terlupa nak masak! Hahahaha..... Ooo kalau boh kicap dia sekali, sedap eh? Nanti leh cuba terai test. Thank you Kjee for the tips...

radiah hamdi said...

Dah try 2 kali resepi marrrrveloussss up thumb up both of you

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...