Wednesday, June 22, 2011

KACANG BUNCIS DAN CENDAWAN SHITAKE STIR FRY




Inilah sayur kegemaran isi rumah Kjee. Dulu Kjee dan Nadia jer yang suka makan. Tiba2 sekarang Unclepali pun suka jugak. Masa Unclepali belum wujud dalam hidup kami, sayur adalah satu kemestian dalam hidangan kami. Nasi tak ada pun tak apa tapi sayur mesti ada.

Apabila Unclepali dah register jadi penghuni dalam rumah Kjee pada 25 Oktober 2000 (ewah promo lagi), tetiba sayur bukan jadi lagi keutamaan. Sebab? Unclepali bukan species yang suka sayur. Sikit demi sikit, sayur pun terkeluar dari menu harian kami.

Apapun, satu hari, jeng jeng jeng (mesti ada muzik barulah dramatik sikit), Kjee pun buat keputusan drastik. Ini tidak boleh jadik!! So Kjee pun belilah balik sayur dan masak. Sapa nak makan dipersilakan, sapa tak nak, bagus juga sebab boleh Kjee makan portion dia.

Tetapi Unclepali tukar channel pulak. Tetiba jer suka makan sayur. Dan kami pun kembalilah hidup sebagai satu keluarga bahagia yang suka sayur! Fuyooo...best kan. Boleh buat skrip drama ni. Kahkahkah.

Banyak punya merapu walhal nak bagi resipi sayur kacang Buncis Goreng Bersama Cendawan Shitake jer kan? Kalau tak ada selingan cam ni nanti korang tak baca, so kenalah selalu kelentong cam ni. Hehehe.

Tadi masa masuk dapur, Kjee ternampak satu beg plastik besar kacang buncis. Tapi kacang buncis ni tak berapa molek dah. Dah tak muda belia. So cepat2lah Kjee keluarkan dan siang serta hiris. Kemudian ternampak pulak cendawan shitake. Ada satu peket. masa beli dulu harganya RM3.99 kat Sri Ternak. Kalau tunggu esok, mesti tak elok rupanya. So daripada cendawan tu rosak duduk dalam fridge, baiklah duduk dalam perut aku!

Bila dah dibersihkan cendawan tu, banyak pulak. Lebih banyak daripada buncis. Nanti orang kata nak tayang cendawan ker? Nak keluarkan lagi baki buncis dalam fridge malas. So nasiblah kau.

Korang nak resipi ker? Ala main campak2 jer. Selalunya Kjee bubuh udang ke ayam ker ataupun daging. Tapi hari ni nak buat cara simple dan malas. Bubuh jer beef cube Knorrs.

Tumis jer bawang putih empat lima ulas sampai wangi pastu masukkan sayur buncis. Goreng seketika. Pastu bubuh sikit air, dalam satu senduk kecik. Saja nak bagi sayur tu empuk. Kemudian masukkan satu kuib daging knorrs dan sedikit lada hitam. Bila sayur dah empuk, masukkan cendawan shitake dan golek2 sampai cendawan jadi lembut.

Sebelum padam api, Kjee campak dua tiga biji cili api. Cili api ni mai jauh, naik belon lagi. Dari Miri, Sarawak tau. Cabai Jarum...sebut betul2 Cabai Ja-Ghum. Itu cara orang Sarawak cakap.

8 comments:

AI said...

- x pernah lagi masak sendiri cendawan tu...x liat ke?

Kjee said...

tak liat pun. menu hari ni guna cendawan shitake yang fresh punya. kalau yang kering, kekadang liat kalau tak pandai rendam dan masak.

Mas said...

Kjee.. sedapnya tgk cendawan shitake ngan buncis tu :) masak campak2 tulah yg sedap kan?

Aina said...

resepi mesti cuba ni...biasa sy suka campur shitake dlm lauk masak merah,dlm spaghetti, sup dan dlm ns goreng je

MamaFaMi said...

Gamaknya kan Kjee, kalau kita tumpang tinggal kat rumah Kjee... samaada Kjee kena masak sayur lebih ataupun kena potonglah ration Kjee. Kita pun suka sayur! Hehehe....

Che Sue said...

hai kjee..baru semalam masak cendawan tu..tapi stir fry bodo je la sb tak campur apa2 except bawang n sos tiram..kacang buncis lak goreng ngan telo.. lepas ni bley try mix-up this two la pulak..menariks!

mizzMuai said...

kjee..muai selalu bace entry masak2 akak.simple..tp kan muai xpenah masak cendawan tu..teringin nak beli and masak. nmpk sedap..

DJ said...

Assalamualaikum KJee,
Terimakasih, tadi baru aje try resepi shitake KJee. Tak ada kacang buncis, bantai aje dgn batang broccoli dan celeri. Dah lama teringin nakmakan tapi tak reti masak cendawan ni, alhamdulillah, bila google cari resepi dapat pulak resepi KJee.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...