Pages

Monday, November 18, 2013

DOCU-FILEM HIGHLAND TOWERS DI ASTRO FIRST.. KJEE DAH TENGOK




Blok apartment Highland Towers yang rebah



Setelah berkali-kali UnclePali pujuk Kjee supaya langgan docu-filem Highland Towers, barulah Kjee bagi green light semalam. Bukanlah semua yang hendak dibuat harus dapat green light dari Kjee tetapi UnclePali tahu bini dia ni, penakut tahap gaban!

Kjee dah tengok The Making Of... docu-filem ini minggu lepas. Bangkit jugaklah rasa seram masa tengok tu. Terbayang jelas senario satu malam di Kampung Kemensah, Hulu Kelang (yang tak berapa jauh dari Highland Towers)...

Awal pagi... around 1am, 17 atau 18 tahun lalu. Kjee baru habis baca buku atau mengetuk... bahasa yang selalu Kjee guna kalau buat skrip.  Sebelum tidur, solat dulu. Nadia dah tidur nyenyak. Kjee ambil wuduk dan terus masuk bilik sebelah. Rumah hanya ada dua bilik. Cukuplah untuk kami berdua.

Sebaik sahaja Kjee mula solat, angkat kedua-dua belah tangan ke telinga, pandang depan... dan Kjee berdepan dengan lembaga yang memakai serba putih ala telekung dan turut melakukan apa yang Kjee sedang lakukan... tetapi giginya yang panjang, menyeringai!

Isyhhh seramlah nak sambung. Korang baca kat SINI jer lepas korang baca habis entri ni yer.

Berbalik kepada docu-filem Highland Towers. Masa kejadian apartmen tumbang tu, Kjee berada di Giant. Masa tu Giant kat Taman Melawati. Tengah shopping Kjee dengar orang bercerita ada eksiden kat Highland Towers. Masa Kjee nak balik rumah, masa tu Kjee menyewa di AU 3, sepelaung jer dari HT, jalan bukan main sesak. Kjee nampak banyak ambulans dan ada juga helikopter berlegar-legar.

Sampai rumah, Kjee bukak TV, terkejut beruk dengar HT tumbang! Ada live telecast. Kjee hangkut tv kecik 14 inci kami ke dapur. Sambil masak sambil tonton tv dan berastaghafar!

Esoknya baca paper, ada penduduk di blok berdepan dengan blok tumbang tu beritahu dia sedang santai di unit nya apabila dia ternampak satu lembaga hitam besarrrr sangat tolak blok HT berkenaan hingga tumbang !! Lelaki itu hanya sempat rakamkan insiden sebaik blok tu rebah ke bumi!

Kjee tak perasan berapa ramai yang mati dalam insiden tersebut. Yang pasti, Carlos, anak lelaki tunggal Musa Hitam antara yang korban.

Dan antara mangsa yang diselamatkan pasukan keselamatan adalah seorang baby dalam lingkungan setahun lebih. Ibunya dipercayai pembantu rumah salah satu unit aparment itu.

Turut terselamat, kawan Kjee, Nasir Abu Kassim yang keluar rumah bersama keluarganya, ke Mesjid India sebab nak beli Quran untuk anaknya. Kjee ingat lagi Nasir beritahu, kalau tidak tunaikan permintaan anaknya untuk beli Quran, mungkin mereka sekeluarga tidak keluar rumah hari tu dan...

Selepas peristiwa itu, dua blok bersebelahan telah dikosongkan. Bonda mintak Kjee bawak beliau ke tapak tu untuk tengok-tengok. Biasalah orang Malaysia kan. Suka menyibuk kat tempat-tempat popular. Tapi Kjee dan Bonda tidak dibenarkan masuk. Kami hanya sampai hingga kawasan tepi jalan yang dikawal ketat.

Macam-macam cerita Kjee dengar pasal 'kerasnya' kawasan tersebut selepas peristiwa menyayat hati itu. Ada drebar teksi ditahan penumpang depan jalan besar HT tu tengah-tengah malam buta. Bila dia berhenti, perempuan tu tak ada kepala!!

So, apabila Kjee tengok The Making Of... docu-filem Highland Towers, dalam hati adalah kira-kira 45% nak tengok. Bakinya, kecut perut. Hehehe.  Dan akhirnya semalam, Nadia tepuk tangan apabila Kjee tengok dari saat pertama sampai ke akhir!! Tapi atas kepala, belakang kepala dan muka Kjee bertemankan cushion lembut. Lol.

Seram ker? Real ker? Hah korang tengok sendiri. Kena langgan kat Astro First. RM15 untuk 3 hari. Seronok tengok kat rumah sebab boleh tengok sambil baring boleh jerit tanpa segan silu. Beremang bulu roma Kjee. Berlarutan sampai setengah jam selepas tonton. Nak ke tandas, Nadia jadi mangsa untuk teman. Satu rumah Kjee paksa Nadia pasang lampu!!

Selain kami tiga beranak, Nadia turut paksa Sham tonton sebab dia memang species sama cam Kjee. Penakut tahap gaban. Sham balik lebih kurang 8 malam tadi. Tak sampai sejam dia sms Nadia kata dalam perjalanan pulang dari rumah Kjee, dia drive melintasi kubur.

Sebaik sahaja dia slow down depan kubur, dia ternampak bebola api melintasi depan keretanya. Tak berapa lama dulu, ketika dia melintasi kawasan sama, dia nampak lembaga putih ala pocong mengintai dari celah pokok pisang!!

Tak payah pergi jauh-jauh ke kawasan Highland Towers. Mailah kawasan dekat rumah Kjee. Macam-macam ada. Hehehe.





Sekarang dua blok HT dibaluti hutan - FOTO EHSAN GOOGLE


14 comments:

anna hashim said...

salam kak jee, ana pun dah tgk HT ni..fuhhh mmg meremang bulu roma n mmg takut nak pi tandas sorg2...masa kejadian HT runtuh berlaku, ana masih kecik lagi..so mmg anatara-ingat-dan-lupa je kisahnya mcmana...anyway tahniah kak jee...sbb tgk smpai habis filem HT tu..hehehheeee

careno said...

bile baca review ada yg kate mengarut sgt dan ada yg seram giler... huhuhu... tak tahu mana 1... nak tahu kena tgk sendiri la gamaknya ni...

Tentang Kita said...

Terasa lucu bila baca part nie "Tapi atas kepala, belakang kepala dan muka Kjee bertemankan cushion lembut" . Syaa pun mcm kak jie jugak..saya mmg penakut....kalau tgk cerita seram mmg gitu lah jadinyer..nak ke tandas mintak suami temankan tp suami x layan...huhuhu

norhidana miswan said...

huhuhui berani nyer kak Jee, dana nk tgk dia nyer preview boleh la... nk tgk the making pun takut ni kan pulak filemnyer... dr langgan cite highlang tower tu baik langgan cite ikal mayang kak...huhuhui dsr penakut kan...

nana said...

sja nk tau masa kak jee sewa rumah kt kg kemensah tu rumah yg mana 1.kt simpang 4 tu ke?sbb skrg saya tinggal kt kg kemensah

Kjee said...

Ya betul kat simpang 4 tu menghala ke kubur. Jalan bunga tanjung ke camtulah... tak patsi. dah lama dah. masa nadia darjah dua kot.

ana said...

Assalam kjee.
Sya ingt lg HT ni collep masa besday ank sya yg ke2 thn. 11.12.1993 hri sabtu. Sya blk bwk kek nk smbut besday mlm tu. Dulu sabtu kan kita keje. Tghari smpi rmh tv3 siar berita HT runtuh. Tkejut sgt2 sbb blaku kat mesia. Kesian kat mangsa2.

Umi Ain said...

Salam Kak Jee... aduihlaa saya baca ni pun dah berdiri bulu roma.. dok teringat plak masa terjadinya runtuhan highland tower ni saya form 5 pastu cikgu soh gunting semua artikel pasal highland tower ni utk discuss dalam kelas... sampai skang ni bila lalu kat MRR2 nampak 2 blok tinggalan tu pun terasa keseramannya kan.. teringin gak nak tgk cuma confirm hubby tak bagi sebab saya ni penakut.. kang tak pasal2 nak bangun g toilet pun kena kejutkan dia.. heehehehee.. anyway bravo kak sebab berjaya tonton sampai habih..

Anonymous said...

assalam kakjee.....d brunei..ada kes histeria lh tengok ht movies kat cinema....haru biru ..huru hara jadinya....lepas kejadian tu....pihak cinema tak tayang g.....serammmmmm....

dayang Citra said...

taknak tengok...

Mat Gebu said...

Kak jee..entri pasal 'menyeringai' tu memang saya ingat...siap cerita dengan mak yah lagi...

Kjee said...

Bila ingat balik memang serem Che Mat. Sekarang ni pun kekadang Kjee ajak UnclePali ronda-ronda kawasan Kjee kerana 'serang' dulu... jalan2 cari penyakit! lol.

Azian Nd said...

Dah nak masuk tahun ke 20 ..Saya akan ingat peristiwa HT ni Kjee kerana waktu tu saya sedang mengandung anak kedua. Highland Tower yg selalunya nampak 3 dah tinggal 2. Mungkin jg 24 jam asyik dengar siren polis dan ambulan dan mcm-mcm siren lg...saya dah bersalin awal 28 hari, 3 hari selepas HT tu runtuh!...Memang takut dan trauma waktu tu sbb saya pun ketika tu duk apartment...

Cik Eka said...

Eka belum tengok filem dia lagi. docu dia dekat astro dah tengok. Tapi masa HT runtuh, eka kecik lagi. Ade taun lepas ke dua taun lepas, eka google balik benda ni, eka tgok youtube semua. Memang menyayat hati sungguh.

Filem HT, errrr tak berani nak tengok. Eka penakut!!! hahahah

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...