Pages

Tuesday, November 19, 2013

RENDANG AYAM KELANTAN IN DA HOUSE LAGI







Kami sekeluarga tak pernah jemu makan Rendang Ayam Kelantan ni. Lauk yang cukup versatile. Boleh makan dengan nasi, dengan pulut kuning, dengan nasi impit, dengan lemang serta roti canai dan jugak capati. Makan dengan pau kosong pun sedap. Kira lauk masyarakat majmuk.

Kawan Kjee, Angel Wong dan anak-anak dia yang masih sekolah rendah, amat suka kalau Kjee masakkan rendang ni untuk keluarganya. Nanti Christmas nak masakkan untuk mereka. Kalau ada rendang ni, dia orang dah tak pandang lauk lain. Anaknya Daniel, siap suruh buat pedas-pedas! Diratah sampai merah padam mukanya. Hehehe.

Kjee buat rendang ni Ahad lepas. Tapi tak buat pedas sangat. Biasanya, Kjee campur dengan cili padi. Rendang ayam bukan sama macam rendang daging yang boleh dibuat banyak-banyak dan dibekukan. Daging ayam agak sensitif jangka hayatnya. Justru dinasihatkan makan bagi habis dalam masa sehari.

Kjee ingat lagi masa kecik-kecik dulu. Arwah mak boleh menitiskan airmata kalau rendang ayam yang dimasak petang Raya, tak sampai 24 jam dah basi walaupun sudah dipanaskan berulang kali.

Ada orang kata kalau ayam tu digoreng dulu baru direndangkan, lebih tahan lama. Tapi ayam kalau dah goreng, lain rasanya jika dibuat rendang.

Rendang Ayam Kelantan ni satu resipi yang sangat mudah dimasak. Pagi tadi Mat Gebu call Kjee. Dia kata hari ni dia buat Rendang Ayam Kelantan resipi Kjee ni tapi guna ayam tua.

"Mudahnya masak Kjee...Tak lama macam rendang biasa...sedap lak tu." Kjee menyampuk : "Kalau ada yang masih malas jugak nak buat, lebih baik gantung lesen jadi pompuan.." Berdekah-dekah Che Mat ketawa.

Cuti sekolah ni, ajar anak-anak pompuan dan yang lelaki ke dapur. Jangan lupa buat Rendang Ayam Kelantan sebab sedapppp. Hehehe.

Resipi KLIK SINI.






2 comments:

qaseh dalia said...

alahai lapar lagi sekali .. sobsss mcm sedap je , kelate pulok tu hehe

amelia ramli said...

assalamualaikum kak jee, sy dh try resipi kak jee ni...mmg sedap la kak....hubby sy pun suka dan ckp lain kali msk lg..kena seleranya la tu...hehehhe
terima kasih kak...resipi yg amat mudah tp sedap...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...