Tuesday, February 15, 2011

70. rendang kelantan orang kl

Rendang ayam ni arwah mak kata resipi dia baca dalam MAS in-flight Magazine. Masa tu dia pergi holiday ntah mana. Dia suka sangat resipi tu tapi tak der pen dan kertas nak salin so dia cilok magazine tu. (actually tak yah cilok pun tak per. memang dia nak bagi passenger amik. hehehe).

balik dia try ler masak. first time dia kata manis so second time dia ubah ikut tekak kami semua. Memang sedap dan tak leceh buat. Kjee try dah banyak kali dan pernah beri orang makan dan semua kata sedap. tak sedap buat apa nk bagi org kan. sendiri pun tak lalu nak makan nak bagi try test kat orang konon. kekadang manusia ni ada macam2 jenis. ader ke tanya sedap ker? hmmmmm

ini yang masak hari ni guna ayam pencen

apapun, rendang ni jadi hidangan kjee dan keluarga bila time raya atau hari2 lain yang sewaktu dengannya. hari ni kjee try guna ayam tua. ayam gostan kata sesetengah orang. ayam yang dah pencen tak bertelor lagi. tapi tadi jumpa gak telor2nya dalam perut masa bersihkan ayam tadi.

tapi korang tak payahlah guna ayam pencen. guna jer ayam biasa ikut resipi kat bawah ni yer.

bahan2nya:

1 ekor ayam kira 1.5 kg
 15 biji bawang merah kecik or about 5 biji bawang besar yg tak besar sgt.
4 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari. (tgklah ibu jari sapa. kalo ibu jari king kong, buhlah suku inci jer)
10 biji cili merah (tapi kjee tambah about 5 biji cili api and maybe 5 biji cili kering utk pedas. resipi ori hanya cili merah)
2 helai daun kunyit diracik halus cam bunga rampai.
3 helai daun limau purut
2 batang serai
2 cawan pati santan
garam
sedikit gula

cara2nya:
potong le ayam tu sesuka hati kita. blend semua bahan2 tadi. tumis sampai garing semua kecuali daun kunyit dan daun limau purut. jangan lupa serai ketuk2kan. masukkan ayam. gaul sampai sebati ngan rempah dan biarkan ia sampai keluar air ayam. make sure air ayam mesti keluar kalo tak mak kata tak sedap. in other words, kecutkan ayam tu. lepas air ayam keluar, masukkan santan, daun limau purut, garam dan sikit jer gula tau. terus masak sampai ikut suka. kalo suka berkuah, masak sampai ayam empok cukup. kalau nak kering lama ler sikit. tapi memang sedap kalau ada kuah sikit.

ini yang guna ayam biasa
itulah rendang ala kelantan arwah cik pon (nama manja mak saya). tapi bila pikir balik, cam Thai Red Curry chicken lak kan. Oh ya bila nak tutup api, taburkan daun kunyit. Sedap sangat makan dengan nasi/nasi impit/ lemang/pulut/pulut kuning/roti. selamat mencuba.

24 comments:

Kak Ezza@makcik blogger said...

tak pakai kerisik ke kjee?

Kjee said...

tak. apa yang ada dalam resipi itu jer lah. kalau nak bubuh asam keping ikut suka. tapi dlm resipi tak der.

sya omar said...

kak jee, ada masuk kan rempah ker?rempah apa?saya ni bkn pandai masak,tp sejak jadi kwn facebook and blog kjee ni asyik mencuba jer..besh sgt.thx kjee

kayteeze said...

Lama tak masak rendang. Sedap pulak kita nampak Kak Jee punya.

Kjee said...

sya omar: rendang mana ada bubuh rempah. ikut jer resipi yang kjee berikan tu.

norizah ahamad said...

k.jee,sy da 2 kali buat ayam rendang kelantan k.jee ni...mmg sedap...bhn2 pun senang jek...tq k.jee

Nin said...

Kjee,tak ada lengkuas ye. Cam senang je..

Kjee said...

nin: memang tak der lengkuas. pelik kan. tapi sedap tau especially kalau buat pedas sikit.

sharifah rosidah said...

jee nasib baik kau taruh resepi rendang ni, boleh aku cuba. kau tahu lah aku ni masak lain semua boleh tapi bila bab rendang merendang memang fail.

Anonymous said...

selalu buat rendang perak nanti cuba lak le rendang ni...

ilhamhadir said...

sedaptu.................

Anonymous said...

look nice .... dan bahan2 mudah... tks kjee

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Kak Jee :)
Kak jee yg pelakon ruper nyer :) Salam perkenalan dari saya...
Nmpk kat dapur Sheila & Sari terus dtg kat dapur sini..hehehe mmg nmpk best rendang kelantan :P

jie said...

ni kak monaliza dalam sitcom meletup santan berlada tu kan. tak cuba lagi. tapi baru survey resepi2 kak jie. semua nampak sodap. salin no satu masaknya tak tau la bila he he. apa2 tq kak jee.

Nur Hazwani said...

Kak Jee, hee saya dah cuba buat petang tadi. Tapi entah macam mana silapnya, jadi berkuah sangat pulak rendang saya. Nampak sangat amatur kan ;) Last2 saya buat ayam percik je. Hehe. Anyway, best resepi ni sebab ringkas dan bahan2 yang mudah diperolehi. TQ ye Kak Jee :)

UniMeOw said...

slama ni uni malas nak wat rendang sebab malas nak cari lengkuas..bila dah ada resipi ni,pasni nak rajin la wat rendang..hehe

ADRA BY NADZ said...

Akak kite dh msk rendang ni...sgttt sedap..thanks 4 d resipi..

Jiwa Diana said...

Salam auntie.suka tgok auntie n uncle Os dlm flem Balik Kampung...rsipi yg rgkas sdp.msti cuba.tksih.... ;)

Anonymous said...

Dalam cara2 mbuat tu ada kak jee sbut gaul ayam dgn rempah hingga sebati...dlm resepi takda rempah...ada pmbaca tnya nk bubuh rempah apa , kakjee ckp takda rempah plak...mana satu btui nih??

Kjee said...

Jawapannya senang saja. Kalau tak ada bahan tu dalam resipi maknanya tak adalah. Ikut saja resipi. Insya Allah selama ini Kjee tak pernah tipu.

Anonymous said...

Anonymous 8:11
Maksud k.jee rempah dlm ayat tu adalh bhn2 tumis tu la (bwg, lada, halia etc yg diblend tu), bukan rempah cam ketumbar jintan dsb. Maaf ye k.jee sy tolong explain ayat dlm cara2 nk buat tu. Kalu slh hrp k.jee betulkan. Tq utk resepi ni

Irfa said...

MAGAZINE TU MMG PASSENGER COPY :)
TAPI RAMAI SEGAN NAK AMBIK
SY KELANTAN TAPI X PENAH TRY
TQ KAK JEE FR RESEPI

Umi Ain said...

Salam kak Jee, resipi rendang ni sama cam yang mak saya ajar cuma mak saya letakkan kerisik.. yang bestnye rendang ni tahan lama sket maybe sebab ayam tu dikecutkan dengan awas-awasnya (bawang+halia+cili) tu yang menyebabkan ianya tahan lama dan tak muak.. kalau buat dengan ayam kampung lagi power..

aida said...

Salam kak jee,
sy mintk izin nk cuba resepi nie yek.
Pg2 ni nk try buat la..tq k.jee

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...