Pages

Tuesday, August 19, 2014

MENU MUDAH JAMU TETAMU TIKA SYAWAL





Rendang Ayam Kelantan ni Kjee buat semalam. Nadia nak makan Sambal Ayam. Masa Kjee tengah sibuk-sibuk buat persiapan dalam keadaan badan tak berapa nak sihat sebab kena food poisoning. Tetiba UnclePali kata rencah untuk buat rendang ada dalam freezer.

Baru Kjee teringat minggu lepas masa Kjee undang kengkawan datang makan-makan di rumah, Kjee plan nak buat Rendang Kelantan. Ntah kenapa tetiba masa tu Nadia kata buat Ayam Masak Negro pun sedap. UnclePali terus simpan rencah rendang ke dalam freezer. Kjee dah terlupa kewujudan rencah tu.



Ini rupanya ayam masak hitam atau Ayam Masak Negr0





Maka terjadilah Rendang Kelantan semalam. And then dalam freezer ada pulak dua bekas Nasi Tomato yang Kjee buat minggu lepas. UnclePali terus kukus dan Kjee tambah buat jelantah.

Nasi Tomato kalau berbaki, elok terus simpan dalam freezer. Bila nak makan kukus balik. Sikit pun rasa dia tak lari.

Kalo nak resipi Nasi Tomato yang Kjee buat guna Sup Tomato dalam tin, KLIK SINI. Resipi Rendang Ayam Kelantan pulak, INTAI SINI.

Untuk Jelantah, korang hiris timun, nenas, bawang besar dan cili. Pastu letaklah sikit gula dan garam. P
astu gaul. Itu jer.

Nasi Tomato, Rendang Ayam Kelantan dan Jelantah ni Kjee anggap meu paling mudah nak jamu tetamu di musim perayaan.








3 comments:

JunAina said...

Kadang2 bila tetamu datang rumah jenuh juga memikirkan menunya Kak Jee...kalau boleh biarlah dihidangkan dengan makanan berat.

:|: TinTa Kibod :|: said...

ce tunjuk skit Ayam Negro tu kak jee :)

Mardiah Diana said...

Semua menu yg di sediakn tu amat menyelerakan sangat...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...