Saturday, September 17, 2011

NASI TOMATO SPECIAL VERSI KJEE


 Hehehe special untuk Kjee. Mungkin tak special untuk orang yang dah pandai buat. Sebabnya ini kali pertama Kjee cuba buat guna soup tomato Kimballs! Dah lama dah Kjee dengar kalau masak nasi tomato guna soup dalam tin, rasanya cukup enak!

Ada seorang teman Kjee yang menjadi pelanggan tetap Kjee masa Kjee meniaga. Nama dia Roshan (bukan Rosyam), anak mami Pulau Pinang. Satu hari, kami story pasal nasi tomato sebab masa tu ada orang Masjid order nasi tomato untuk majlis tahlil. Dia kata famili dia kat Penang kalau buat nasi tomato, mesti guna soup tomato dalam tin. Tapi Kjee tak beranilah bubuh soup tomato seperti yang disarankan oleh Roshan. Tak pernah try so kalau buat untuk 100 orang makan kan cari nahas!

Tiap kali Kjee nak buat (guna soup tomato tin), Kjee tanya kengkawan kalau ada resipi. Semuanya tak ada resipi yang tepat. So, bila tekak ni dah teringin sangat nak menerai, mulalah Kjee dengan projek 'hantam sajalah labu'! Tetapi seperti biasa, Alhamdullilah!!

Sebelum Kjee try buat dan merasanya sendiri, Kjee tak pernah berani nak pandai2 bagi kengkawan resipi. Kjee tak nak dapat dosa sebab kengkawan buat tak jadi.

Okaylah tak payah nak bebel panjang lebar. Jom kita intai resipinya. Kjee guna cawan standard (stainless steel) yang selalu Kjee guna untuk sukat tepung masa buat kek dan cookies.

NASI TOMATO SPECIAL

BAHAN2NYA: (UNTUK HIDANGAN 5 ORANG)

4 cawan beras Basmathi (Kjee guna Beras Moghul Faiza)
3 cawan air
1 tin soup tomato Kimballs (425gms)
1 sudu besar  pes tomato puree
½ cawan susu cair (evap milk)
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar minyak jagung
100 gms biji gajus  (optional)
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia (diketuk)
1 kayu manis*
2 bunga lawang*
3 biji pelaga (cardamons)*
2 helai daun pandan
sedikit garam
daun ketumbar dan bawang goreng

CARA:

Beras dicuci dan direndam selama lebih kurang ½ jam.
Panaskan minyak sapi serta minyak jagung dalam periuk. Kemudian tumis bahan bertanda * hingga wangi. Pastu masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang nipis bersama halia yang telah diketuk serta daun pandan. Apabila bawang sudah nampak keperang2an, masukkan air (3 cawan), 1 tin soup tomato dan  1 sudu pes tomato puree. Biarkan mendidih.
Apabila mendidih, masukkan susu cair, sedikit garam, kacau dan pelankan api.
Toskan beras dan masukkan ke dalam periuk nasi (rice cooker). Masukkan gajus dan tuangkan bahan2 yang telah dimasak tadi. Kacau perlahan2 hingga sebati dan masak.
Apabila sudah masak, kaiskan pelahan2 guna garfu dan tutup semula tudungnya. Masa menghidang, taburkan bawang goreng dan daun ketumbar.
Tadi Kjee masak kurma ayam bersama telor rebus. Dan Kjee juga keluarkan acar buah jeruk yang diberikan oleh kakak angkat Kjee dari freezer. Cadang tadi nak buat jelantah tapi teringat pulak ada acar buah jeruk. Kalau makan dengan ayam masak merah dan dalca kambing, pasti enak banget.

(NOTA)
Kjee seringkali ada masalah apabila memasak nasi tomato dalam rice cooker sebelum ini. Masalahnya berulang tadi. Swis  rice cooker naik sendiri walaupun nasi belum kering. Tadi Unclepali guna kayu pencungkil gigi dan sendalkan swis tu. Kjee biarkan kira-kira 10 minit pastu, Kjee buang kayu pencungkil gigi tu. Kemudian Kjee biarkan periuk itu dalam proses Warming Food.

20 comments:

Anonymous said...

pekkak tu apa k.jee?

Kjee said...

biji pelaga. dah tukar dalam resipi. hehehe

Anonymous said...

thank you k.jee bagi petua guna toothpick utk sendal switch rice cooker tu.saya selalu kena macam ni kalau masak nasi selain nasi biasa.
(lentil rice,nasi tomato even nasi lemak). selalunya saya keluarkan nasi tu dan masuk dlm pengukus.tapi cara k.jee lagi senang,selepas ni saya buat mcm ni.lizabassam.

Kjee said...

Kjee ingat Kjee sorang yang ada amasalah ini Liza. Kjee pun buat cam Liza dulu. Keluarkan dan masuk dalam pengukus. cubalah cara Kjee. Kjee dah try dan jadi. hehehe

mala said...

assalamualaikum kak jee - tgk nasi tomato teringat kat mama mala. mama mm masak nasi tomato guna sup kimball

Anonymous said...

salam kak Jee...thank you bagi petua guna toothpick,...selalunya apa yg saya buat saya tumis dulu bahan2 yg perlu ditumis (minus air)...selepas itu saya tuangkan kedlm beras yg sedia di letak didlm periuk rice cooker baru saya tuang air yg diperlukan...alhamdulillah

selepas ini saya nak cuba cara kak Jee pula

Surya

Anonymous said...

k.je...saya punya problem plak,bila msk mcm2 nasik dlm rice cooker cth nasi ayam ke,nasi minyak ker,mesti berkerak kat bawah...kenape ye...cmna nak buat...-aida

Kjee said...

samalah dengan Kjee. actually rice cooker dikhaskan untuk masak nasi yang tidak dicampur dengan bahan2 lain contoh nasik putih. tapi kita semua hentam buat nasi briani lah, nasi tomato lah dan nasi lemak. sebab itulah berkerak! ada orang masak lauk pun digunakan rice cocoker!

Anonymous said...

kak jee...klau org melaka..pekkak tu.. bnga lawang....

Kak MyZa said...

assalam kak jee,tengok nasi tomato ni yang seksi post nyer,rasa terliur tekak ni nak cuba,guna sup tomato kimballs ye..mm harus berani cuba ni ..hehe..tima kacih

noorsafone said...

kakjee...rasa terliur tgok nasi tomato tu...harus nak buat ni..

Kjee said...

noor: cubalah. sedap sangat. makan cam tu pun sedap terutama sekali kerak2 dia. hehehe

Kjee said...

Kak Myza: Itulah. dah lama Kjee nak cuba buat tapi tak ada resipi tepat. so hari tu Kjee main redah je sambil bertawakkal. alhamdullilah jadi. Nasinya lembut sangat.

nana said...

sedapnye kak jee..nak try la.. soup tomato kimball tu, tin dia berapa gram punya ye... .saya kalau masak apa2 jenis nasi dlm rice cooker pun mesti jelantah.. tapi baru2 ni dapat petua supaya nasi x jelantah.. kalau jelantah, ambil gelas yg berisi air....letak kat tengah2 nasi pastu tekan suiz balik.. nanti dah ok.. :)

Kjee said...

nana: nasi Kjee tak jelantah tapi airnya tak kering, swis periuk tu dah naik.
satu tin tomato yang 425gms

kak ina kl said...

pernah cuba tak tak sedap..insyallah nak cuba resepi kamu ni. macam sedap ajerlah

oli-go said...

halamak...tetibe jadi lapar...

Siti Rohayah said...

kJee.. mohon share resipi kat blog..ptg td buat menu berbuka..thx

Anonymous said...

Kalau.soup yg sedap org kata jenama heinz

Arina said...

KJee....ada kawan saya ajar buat nasi tomato letak sikit carrot yang di kisar besides the tomato soup, tomato paste and what nots...ok jugak...warna nasinya pun cantik..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...