Saturday, August 2, 2014

PENANG FRIED KWAY TEOW AIR TANGAN UNCLEPALI







Tekak kami sekeluarga amat cerewet kalau makan Penang Fried Kway Teow. Ada jer yang kena. Jadi daripada mendapat dosa, kami rela tak makan kat kedai. Lebih elok buat sendiri.

Sebenarnya, Penang Fried Kway Teow ni makanan paling mudah untuk dimasak. Cuma renyah sikit persiapannya. Nak kena kopek kerang setelah dicebus tanpa air, kemudian siang dan bersihkan udang, potong kucai dan jugak ketuk bawang putih.

Selama ini Kjee buat guna sambal tumis (macam sambal tumis nasi lemak). Tapi yang UnclePali buat hari ni, dia hanya guna cili kering kisar biasa jer. Rasanya tetap sedap.

Rahsia masak Penang Fried Kway Teow ialah api mesti besar. Mesti guna dapur hi-power. Tapi hari ni UnclePali guna table top stove jer. Mungkin kerana pengalaman kami meniaga dulu maka yang payah jadi senang.

Tak perlu kicap khas bagai yang sering diwar-warkan oleh mereka yang jual Char Kway Teow. UnclePali guna kicap manis Jalen dan sedikit kicap cair atau fish sos atau nampla. Kalau nak buat kway teow basah atau char kway teow, bubuh jer air sikit.

Untuk pengetahuan korang, jenis kway teow juga memainkan peranan. Harus gunakan kway teow jenis halus. Yang tebal tu bolehlah jugak tapi kureng sedap sikit.

Kalau korang nak resipi, KLIK sini. Nadia siap bagi cara buat step by step lagi kat SINI.






5 comments:

  1. ni memang fovourite saya jugak ni..tapi sekarang ni susah betul nak jumpa yang sedap..nanti nak try la resepi Kjee ni..tq ye..:)

    ReplyDelete
  2. Salam Kjee. Sy da try smlm. Mmg superb! Sedap sgt. Tkasih Kjee..

    ReplyDelete
  3. fuuhh...sedap ni.kegemaran kami sekeluarga!hari sabtu nnt kawan nak dtg beraya.bole la saya cuba recipe ni..thank u for sharing kakjee...:-)

    ReplyDelete
  4. sedapnya KJee
    tahan la air liur ko cik yong... hehee

    ReplyDelete