Pages

Thursday, December 3, 2015

KUIH GENGGANG KESUKAANKU







Kjee tak pernah pergi kelas untuk belajar buat kuih. Entahlah. Masa muda dulu sibuk mengejar berita. Bila dah tak kejar berita, berlakon pulak, kemudian sibuk menulis skrip dan kerja belakang tabir produksi drama.

Bila dah tua, badan dah mula sakit-sakit dan dah tak ada kerja lain, maka Kjee start lah menimba ilmu sikit lebih kurang dalam bidang masakan. Bukan belajar dari sifu atau pergi kelas tapi dari cik google, resipi-resipi yang Kjee berkenan. Nak pergi kelas tak mampu. Untuk makan sendiri jer bukan untuk bisnes.

Setakat ni tak lah pandai tapi cukup sekadar boleh mengisi perut penghuni rumah yang tak berapa kerat ni.

Kalau gagal first time, Kjee akan cuba dua tiga kali. Gagal jugak, full stop.

Anyway, Kuih Genggang atau Kuih Lapis ni favorite sejak Nadia kecik. Kjee pernah buat banyak kali tapi resipinya entah ke mana. So, Kjee google atau singgah blogger-blogger masakan. Oleh kerana membuat Kuih Lapis ini memerlukan kepakaran, maka Kjee hantam sahajalah. Rasa sedap tapi hasilnya tak lah macam pakar yang berguru. Jadilah kan.








Beberapa hari lalu, Kjee jumpa satu resipi seorang pakar. Kjee pun begitu teruja menerainya kerana orang tu kan pakar. Namun, mana silap tangan Kjee yang keras ni, taklah menjadi sepenuhnya. Kuih Lapis nampak sahaja lawa tapi terlalu lembik.

Hari ni Kjee terai lagi. Kjee ubahsuai sana sini dengan harapan menokok tambah sana sini akan jadi lebih okay dari hari sebelumnya. Resultnya? Hmmm baru 70 peratus okay. Masih lembik tetapi tidaklah selembik cubaan sebelum ini.

Tetapi rasanya memang sedap. Actually, kalau nak ikutkan, percubaan hari ini tidaklah gagal. Rasa macam makan di restoran atau hotel jer. Sungguh ni. Tak tipu. Hanya di restoran mewah atau hotel sahaja kita makan kuih ini dengan sudu atau garfu. So, bolehlah anggap ini satu percubaan yang berjaya. Hehehe.

Tapi agak panik jugaklah apabila hasilnya nampak lembik dan bila dialihkan loyang tu, kuihnya beralun sedikit. So, kalau korang terasa begitu jugak, janganlah panik cam mokcik.

Apapun, cubaan kali ketiga nanti, Kjee akan lebihkan tepung beras dan kurangkan sikit tepung ubi, Manalah tahu lebih elok sikit rupanya. Hehehe.

Cuma disini, Kjee tak naklah letak nama empunya resipi ini. Hanya dia sahaja tahu itu resipi dia. Okay dibawah resipi yang Kjee dah adjust.





























KUIH GENGGANG
SUMBER: Biarlah Rahsia


BAHAN-BAHAN
500ml santan
90gms tepung beras
60gms tepung ubi
100 gms gula pasir
secubit garam
pewarna merah
loyang 7"x7"
Kukusan (Kjee guna tudung bamboo)

CARA

Sediakan kukusan. Panaskan air kukusan.
Masak gula bersama air. Dah cair, sejukkan.
Timbang tepung dan ayak. Kjee hanya ada stok 60gms tepung beras. Malas nak pergi beli, Kjee tambah 20gms tepung gandum.
Satu kotak santan dicampur air menjadikan ia 500ml. Masukkan secubit garam.
Adun tepung bersama santan, air gula dan tapis.
Bahagi dua. Satu letak pewarna merah. Satu biarkan putih.
Lapikkan loyang dengan plastik. dan letak dalam kukusan.
Curahkan dua senduk warna putih. Kukus selama lebih kurang 5-7 minit atau bahagian atas sudah mengeras.
Ulang dengan lapisan warna merah dan seterusnya hingga habis. Tambah sedikit lagi warna merah kepada lapisan terakhir.
Rasanya tadi ada terlebih adunan putih. Kjee campurkan dengan lapisan merah terakhir.
Kukus hingga permukaan atas kering. Buka penutup dan terus kukus tanpa penutup lebih kurang 10 minit untuk keringkan permukaannya.
Potong setelah betul-betul sejuk. Kjee sejukkan dulu di luar selama lebih kurang 2 jam. Kemudian masuk ke dalam peti ais selama 1 jam baru dipotong dengan spatula atau pisau pemotong plastik.

NOTA:
Kjee guna penutup kukusan bamboo. Jadi, tidak perlu melapik penutup. Kalau tak ada, korang pepandailah lapik kain atau alluminum foil.










2 comments:

mb Isam Ismail said...

eyh.. sama plak peberet kita

Amie said...

Lembut jew warnanya kan Kjee... masa kecik2 dulu pantang jumpa kuih ni, makan selapis-selapis!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...