Saturday, December 19, 2015

AYAM MASAK KICAP MUDAH








Ini untuk lunch semalam. UnclePali tak boleh makan Chicken Kung Pao sebab Kjee letak cendawan. So, untuknya Kjee masakkan lauk Ayam Kicap Pedas.

Kjee tumis bawang putih, bawang besar dan halia. Bawang potong bulat sementara bawang putih dan halia dihiris. Kemudian masukkan dua sudu besar cili kisar. Tunggu sampai cili garing baru masukkan sedikit air dan kicap. Mudah jer. Oh ya, jangan lupa letak satu kayu manis dan dua bunga lawang.

Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak. Rendidih guna api perlahan sehingga ayam lembut.

Simple kan tapi dek ada ikan gelama jeruk goreng, sambal belacan dan ulam-ulam, dua pinggan jugak lah UnclePali makan. Hehehe.


Related Posts:

  • SUP KAKI AYAM CAMPUR FUCUK, CARROT DAN KENTANG Sejak azali kami sekeluarga suka makan lauk Sup Kaki Ayam. Sejak zaman Kjee kecik-kecik. Arwah bapak kata his Chinese friend kata, elok untuk sendi-sendi kaki. Lendir-lendir pada kaki ayam itu (setelah direbus lama) b… Read More
  • ASAM PEDAS AYAM STAIL JOHOR Sejak akhir-akhir ni, agak pening jugak memikirkan lauk pauk ayam dan ikan. Daging dah tak boleh lagi masuk rumah sejak UnclePali kena Gout. No more red meat, kata Dr Aida. Walaupun UnclePali kata, tak k… Read More
  • SUP MAKARONI UNTUK YANG KURANG SIHAT Arini Nadia tak sihat. Keracunan makanan. Semalam ada assignment di KL Sentral dengan senior dia. Katanya dia makan Kway Teow Goreng jer kat situ. Malam sebelumnya dia kata susah nak tidur. Mungkin itu antara penyeba… Read More
  • AYAM MASAK KICAP PEDAS There's so many things you can cook using the bird. Kjee tak pernah ketandusan idea untuk masak lauk yang menggunakan ayam. Dah penat masak lauk pauk Melayu, boleh cuba Cina, India dan jugak Western. Apatah la… Read More
  • AYAM STIR FRY ALA SZECHUAN Lama nyer Kjee tak buat Szechuan chicken. Ia lauk yang menjadi favorite kami sekeluarga. Szechuan ada lah daerah di Negara China dimana hampir semua penduduknya gemarkan makanan yang pedas. Apa sahaja lauknya past… Read More

0 comments:

Post a Comment