Thursday, December 10, 2015

BABY KAILAN IKAN MASIN









Sayur bukan resipi favorite semua orang. Tapi, Kjee dan Nadia tak boleh hidup tanpa sayur. Makan nasi tanpa sayur rasa macam tak lengkap hidangan.

Ini antara a must order kalau pergi Restoran Tomyam. Kailan Goreng Ikan Masin. Kjee suka sayur kailan yang masih kecik. Yang dah tua, daunnya pahit dan batangnya keras. Justru, Kjee akan beli hanya Baby Kailan.

Tak susah memasaknya. Cuma Kjee pernah dinasihatkan oleh seorang kawan berbangsa Cina supaya rendam lama sikit sayur itu sebelum dimasak. Khabarnya, penanam sayur letak banyak racun serangga. So, Kjee selalu rendam sejam dua dan bilas dengan banyak air.

Walaupun baby kailan, namun pasti ramai buang batangnya kerana kelihatan keras. Kjee suka sangat batang kailan. Dibuang kulit luar dan dihiris serong.

Kjee hanya guna bawang putih dan sos tiram untuk menggorengnya. Tumis hirisan bawang putih (kjee suka letak hingga 6-7 ulas), kemudian masukkan dulu batang sayur. Apabila sudah berubah warna, baru masukkan dedaunnya. Masukkan sos tiram, Goreng hingga dedaun lembut dan letak dalam pinggan. Titiskan sedikit minyak bijan.

Kemudian Kjee goreng ikan masin. Kali ni Kjee guna Ikan Masin Gelama yang telah dijeruk. Goreng sampai garing, ramas-ramaskan isinya dan tabur atas sayur ketika hendak dihidang.

Itu jer. Kjee dan Nadia selalu ratah aje sayur ini.






Related Posts:

  • CHINESE SCALLION PANCAKES         Scallion pancakes ini cukup popular di kalangan Chinese food bloggers. Justeru Kjee pun excited nak cuba setelah intai beberapa resipi. Ia ala-ala roti canai.     &n… Read More
  • UDON GORENG ALA HOKKIEN      Sejak dua menjak ni, Kjee macam allergik dengan Mi Kuning. Kalau makan mesti sakit perut. Apatah lagi kalau tak dapat beli Mi Kuning buatan orang kita. Mi Kuning lain terlalu banyak boric acid.… Read More
  • MI HAILAM      Masak Mi Hailam yang simple aje arini. Main campak-campak sebab Kjee tak berapa sihat. Selalunya kalau kurang sikit sihat, Kjee hanya suka makan yang ringan-ringan.     Dah lama … Read More
  • KAILAN IKAN MASIN      Ini antara sayur harus order kalau makan di restoran atau gerai jual Thai food! Kalau tak order, tertutuplah selera UnclePali. Kalau ke Hero Market pulak, matanya mesti cari sayur Kailan. Kalau… Read More
  • PAK CHOY OYSTER SAUCE      Ini aje yang larat Kjee masak hari ini. Tak berani duduk lama-lama kat dapur. Bahangnya macam duduk dalam oven!     So Kjee suruh UnclePali beli lauk. Sampai rumah, terkejut dia … Read More

0 comments:

Post a Comment