Friday, December 25, 2015

PULUT PANGGANG SERUNDING IKAN






Memang tak ada plan pun nak buat Pulut Panggang arini. Tapi rasa nak bawak pulak something untuk perjumpaan bersama adik-adik Kjee malam nanti. Kjee bukak peti ais, nampak satu bekas Serunding Ikan. Pemberian siapa Kjee dah lupa. Isyhhhh makin tua ni asyik lupa aje. Then nampak jugak ada ½ peket pulut.

Sengih sorang-sorang. Pulut Panggang lah camni kan?! Memang lama tak buat. Hari tu lalu dekat Sri Rampai, nampak ada orang jual. Tapi Nadia bawak kereta laju jer. Nak suruh dia stop takut terbabas pulak. So, simpan aje lah keinginan nak makan. Hehehe.

Kjee buat Pulut Panggan ekspres. Initi yang dah siap. Ada juga Serunding Daging atau orang sebelah Pantai Timur panggil Sambal Daging. Tapi kalau buat Serunding Daging, UnclePali tak boleh makan lah pulak.








Jadi, ½ peket pulut susu pemberian sahabat Kjee yang suaminya orang Ganu, Kjee rendam seketika. Lebih kurang 10 minit. Kemudian Kjee kukus setelah letak santan dan garam secukup rasa. Santan tu (dari satu kotak santan campur lebih kurang air), harus menutupi kira-kira satu inci permukaan pulut. Kukus sampai pulut masak. Sejukkan seketika.

Kjee guna daun pisang hutan yang berlambak belakang rumah. Daun pisang hutan keras sikit. Kena layur atas api. Kjee celur sikit dalam air panas yang kukus pulut tu.

Kemudian, cam biasalah letak pulut atas daun, dileperkan sikit, letak sikit serunding ikan dan gulung. Nadia kata macam buat sushi. Ya lah tu. Kemudian Kjee guna stapler jer untuk semat dua hujung pulut panggang tu.

Kjee panggang atas grill pan jer tak sampai 10 minit. Daunnya dah nampak kehitam-hitaman, okaylah kan.

Sedap makan ketika panas atau sejuk.





1 comments:

mamawana said...

Assalam Kjee

Saya baru bikin ini pulut lepa inti ikan. ngeeee

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...