Wednesday, December 30, 2015

SINGGANG IKAN KEMBUNG SAMA BUDU






Apabila masak Singgang, teringat arwah Bonda. Satu hari Kjee temankan beliau ke klinik. Doktor sarankan Bonda makan singgang. Tak ingat apa masalah kesihatan beliau masa tu. Seingat Kjee beliau ada Diabetes dan Darah Tinggi.

Dalam kereta Bonda tanya Kjee samada reti buat Singgang. Masa tu manalah ada Cik Google. Kjee geleng kepala. Makan pun tak pernah macam mana nak reti masak. Kelakar kan sebab Kjee tak tahu ada makanan/lauk nama Singgang!

Anyway, satu hari Bonda call Kjee di office dan beritahu, kalau teringin nak makan Singgang, jom lah ke rumah dia. Masa tu arwah Bonda tinggal di Kawasan Melayu, PJ. Kjee pulak, start kerja saja terus tinggal bersama kawan-kawan.

Rupa-rupanya Bonda mintak resipi dari adik perempuan dia yang kahwin dengan orang Terengganu.











Ohhh Singgang tu sup ya Mak? Ya kata Mak. Sebab tu Doktor syorkan Mak makan sebab sangat-sangat sihat. Main rebus-rebus atau campak-campak jer. Langsung tak ada minyak.

Hari ni Kjee masak Singgang. Yang ada dalam freezer cuma Ikan Kembung atau ada jugak orang panggil Ikan Temenung. Hehehe. Kjee masak Singgang sebab doktor cakap paras kolestrol jahat dalam tubuh Kjee melebihi bacaan 2.6. Alahai baru 3.7! Ada kengkawan Kjee melebihi paras 7.

Apabila Kjee tanya doktor samada Kjee akan diberi ubat turunkan paras Kolestrol jahat, dia kata tak perlu kalau Kjee tak nak. Hanya kena kawal makanan. Hmmm kalau gitu, tak payah lah makan ubat kan?

Kjee jarang-jarang masak Singgang sebab Nadia lebih terer buat. Ada sekali tu, Kjee dan UnclePali terkejut apabila Singgang yang dia masak, sedap sangat. Kjee tanya resipi, Nadia garu kepala. "Yang macam Mama ajar dululah!" Hmmm air tangan dia lagi sedap dari sifu. Hehehe.








Tadi ada lima ekor Ikan Kembung. Kjee bersihkan dan potong dua. Kemudian Kjee hiris 1 labu bawang besar, 2 ulas bawang putih, 2 inci halia, 1 inci kunyit hidup, belah dua 5 biji cili padi dan ketuk 3 batang serai.

Semua tu Kjee masukkan dalam periuk, letak air secukupnya dan didihkan. Oh ya, jangan lupa 3 keping asam gelugor atau asam keping. Garam hanya diletak disaat akhir masa lauk ni dah siap.

Orang Pantai Timur, makan lauk ini dengan budu. Dan memang rezeki Kjee tadi. Bukak peti ais dan ternampak satu botol budu. Cara Kjee sediakan budu ni, Kjee hiris bawang dan ketuk-ketuk cili padi. Letak dalam mangkuk, curahkan budu kemudian perah sebiji dua limau kasturi. Betul ke cara ni? Nasib lah. Hehehe.

Hidang dengan nasi panas. Suruh mak mertua lalu depan masa kita tengah makan. Lalu belakang memang tak nampak. Oppppsss kenapa pulak dia mesti lalu depan or belakang? Bukan ke dia pun kena makan sama? Hehehe.






8 comments:

Anonymous said...

Aduhai...sedapnya, dh lama xmkn singgang....just nk share, kak gee boleh gantikan halia dgn beberapa keping hirisan lengkuas, nanti rasanya lagi sedap..

Kjee said...

Mmg selalu letak lengkuas tapi arini tak der stok. Tq.

Dilah Naim said...

makan dgn nasik panas..selera tak ingat..makan berpinggan..

makcikkantin said...

First time Mck makan ni kat rumah kawan di Kelantan, di jamu singgang bersama budu 'O' budu ja buka mcm kak jee buat ni :), ulam ulaman dan ikan goreng....
uishhh, sedapnya kak jee, tapi bila balik sini dan buat....saya rasa mcm tak best ja..

Suriya Majid said...

terliur, walaupun simple tapi boleh tambah sampai 3-4 pinggan. opss.

rahim's daughter said...

Kak Jee nak komen sikit pasal singgang ikan, di terengganu kita x taruk halia tpi kita taruk lengkuas, bawang puteh, kunyit n asam keping itu sahaja. Cubalah klau nak pedas masa nak mkn dgan nasi masukan cili padi lgi best....

adda syuhada said...

sedapnyer...

Fieda Zan said...

lauk kegemaran keluarga saya ni.. saya org terengganu.mmg wajib kak jie...kalau makan dengan sambal belacan yg ada mangga tu lagi mabeles..slurpp,melelh ailiyo saya kak jie

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...