Sunday, January 31, 2016

KWAY TEOW BEEF GINGER AIR TANGAN NADIA







Kali pertama Kjee makan Kway Teow Beef Ginger di The Hills Eatery di Wangsa Maju. Sedap sangat-sangat. Masa tu Nadia masih sekolah rendah di Taman Melawati. UnclePali belum wujud dalam hidup kami. Kami akan ke sana sekurang-kurangnya dua kali seminggu sebab suka sangat Kway Teow Beef Ginger mereka.

Kemudian satu hari, restoran tu hilang dari pandangan. Dah bungkus!! Punyalah kami kecewa. Kjee yakin tidak akan dapat rasa Kway Teow Beef Ginger sehebat di The Hills Eatery. Even kat Cosy Corner, Ampang Park pun tak boleh beat kehebatan di The Hills Eatery.

Satu hari, setelah berkahwin dengan UnclePali, kami singgah makan di Carrefour Wangsa Maju (sekarang Aeon Big). Ada orang jual Kway Teow Beef Ginger. Kjee punyalah excited. Tapi malangnya, ia tidak menepati citarasa kami.

Kemudian apabila kami meniaga di foodcourt Anjung Melawati, Kjee main-main aje buat Kway Teow Beef Ginger. Bukan untuk jual tapi untuk makan sendiri. Nadia kata sedap. Kjee suruh beberapa kawan rapat cuba. Mereka syorkan agar Kjee jadikan ia sebahagian menu tetap kami. And we didn't look back since.

Kway Teow Beef Ginger sangat diminati pelanggan kami. Malah, walaupun sudah lima atau enam tahun Kjee tak meniaga, kalau terserempak dengan customer dulu, especially pengarah Erma Fatima dan keluarga, pasti cerita pasal Kway Teow Beef Ginger Kjee menjadi topik utama perbualan. Hehehe.

Dah banyak kali Kjee suruh Nadia masak. Tapi entah kenapa tak pernah kesampaian. Bukannya susah nak buat pun. Atau pun sebab senang sangat nak buat maka dia pun berat nak masak. Hehehe.

Bahan penting dalam Kway Beef Ginger ialah daging. Kena guna daging batang pinang yang lembut. Daging lain tidak sesuai sebab daging batang pinang boleh dimasak dalam masak lima atau enam minit dan kelembutannya, terserlah.










Selain dari daging batang pinang, kway teow jugak memainkan peranan penting. Harus cari kway teow yang halus. Kalau yang tebal, rasanya akan lari.

Bahan-bahan lain untuk KT Beef Ginger hanya, bawang putih, halia muda dan kicap manis. Oppps jangan lupa air rebusan tulang ayam dan juga sedikit tepung jagung.

Oleh kerana Nadia hanya biasa masak untuk satu portion (seperti yang dilakukan masa tolong Kjee meniaga dulu), maka dia hanya guna lebih kurang satu genggam kecil kway teow, dua ulas bawang putih, dua tangkai daun bawang dan daging secukupnya. Daging dihiris nipis.

Tumis bawang putih yang telah diketuk-ketuk. Apabila naik bau, masukkan halia yang telah dihiris nipis. Halia perlu banyak sebab nama resipinya Beef Ginger kan? Hehehe. Untuk satu portion, Nadia hiris lebih kurang 2 inci halia muda.

Setelah halia garing, Nadia masukkan daging. Goreng hingga daging kecut. Oleh kerana guna api besar ala stir fry maka daging itu cepat masak dan masih lembut. Kemudian masukkan lebih kurang dua senduk kecil air rebusan ayam. Apabila sudah didih, masukkan lebih kurang dua sudu besar kicap manis. Nadia guna kicap Jalen. Jugak 1 sudu kecil kicap nampla atau fish sos atau kicap cair.

Apabila sudah mendidih, dia masukkan kway teow. Gaul pantas, masukkan lebih kurang 1½ sudu besar tepung jagung yang telah dicampur dengan satu sudu air rebusan ayam. Gaul pantas, campakkan lebih kurang ½ genggam daun bawang yang telah dipotong selebar 1½ inci. Gaul rata, padam api.

Hidangkan dengan cili padi yang telah dicampur sedikit kicap cair. Dan harus terus dimakan sebaik siap masak.





2 comments:

nurdanielafif said...

sedapnya..nt nak try guna resepi ya kjee...

Fieda Zan said...

makan bersama lada jeruk..wallaaaaa

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...