Sunday, June 28, 2026

mi/mihun/kwayteow

MI SIAM CARA MAK GUE

  



      Nama aje Mi, tetapi sebenarnya bahan asasnya bihun. Kjee terpanggil untuk membuatnya setelah tengok ramai yang buat Bihun 12 sudu gula. Kjee tidak akan buat cara itu sebab Kjee ada Diabetes. Nauzubillah. 
      So Kjee buatlah resipi Mi Siam dari resipi yang diturunkan oleh arwah Bonda sejak berpuluh tahun lalu. So ini Mi Siam cara mak gue buat. 😬
     Bahan yang penting untuk Mi Siam ini selain bihun ialah udang kering dan taucu. Tanpa dua bahan2 ini bukan Mi Siam.
      Mujurlah ada stok ibu sambal atau my frozen sambal tumis. Sambal tumis yang hanya letak cili kisar dan bawang besar. Of course Kjee letak kiub bilis untuk menambah perisa. Adanya ibu sambal ini, kerja Kjee menjadi cukup mudah. 

      Kalau makan mihun, wajib sediakan telor dadar yang didadar nipis. Kemudian baru dihiris. UnclePali tanya telor goreng or telor rebus tak boleh ke? Well bukan tak boleh tetapi bagi Kjee, kurang umphhh. Cuba lah terai test 😬. 
      So first thing first mesti rendam bihun sampai lembut. Nak cepat rendam 5 atau 6 minit dalam air panas. Sebaik lembut , cepat2 lalukan bawah air dan ditos. Cara orang lama, rendam bihun dalam air paip sejam dua. 
      Kemudian bersihkan udang. Tinggalkan ekor dan buang kulit tengah. Juga dikeluarkan tali hitam belakang udang itu. Tepikan. Kucai dicuci dan potong-potong 1-1.5 inci. Taugeh dicuci dan ditos. 
     Oleh kerana Kjee guna Ibu Sambal, Kjee hanya perlu tumbuk kira2 dua sudu udang kering dan satu sudu kecik taucu. Ibu sambal itu dah cukup perasa so hati2 kerana taucu sangat masin. 
      Resipi Kjee ni agak2. Terserah kepada berapa ramai penghuni rumah korang. Kerana kami berdua sahaja, Kjee hanya rendam separuh peket bihun. 
      Panaskan kuali bersama dua sudu minyak. Letak satu senduk ibu sambal. Apabila sambal sudah panas, masukkan udang kering dan taucu. Letak setengah senduk air dan satu sudu kecil gula. Masak sehingga terbit minyak. Masukkan udang. Apabila udang sudah masak, keluarkan udang sahaja. Tinggalkan sambal. 

      Masukkan kucai dan masak seketika. Pastu masukkan bihun yang telah ditos kering. Gaul sebati bersama sambal. Apabila sudah naik wap dan bihun sudah masak, masukkan pula taugeh dan udang tadi. Kacau dan balik-balikkan. 
      Kjee langsung tak letak kicap cair atau tambah garam. Sambal tumis tu dah cukup rasa terutama sekali setelah ditambah udang kering dan taucu. Tetapi rasa lah dulu ya. Tekak kita tak sama. 
      Dah siap Mi Siam. Boleh dihidangkan dengan dihias telor dadar. 
      Initially, Kjee plan nak buat Mi Siam berkuah. So Kjee lebihkan rencah. Yang sudah diletak udang kering. Kjee letak satu mangkuk kecik air asam Jawa dan satu kecil gula. Kacau. Apabila sudah mendidih,  padam api dan tuang ke dalam mangkuk. Curah keatas Mi Siam ketika hendak makan. 
      Tetapi Kjee tidak letak kuah itu ketika kami makan kerana bagi Kjee, Mi Siam yang Kjee buat sudah cukup rasa. Kalau letak kuah, macam tak kena pulak. Kalau nak letak kuah, kena kurangkan sikit rencah untuk Mi Siam. 
      Klik LINK ini untuk masak Mihun Siam kalau tiada Ibu Sambal. 
      Selamat Mencuba. 


Friday, June 26, 2026

kuih-muih

PULUT SERI MUKA PANDAN

Banyak kali dah Kjee buat. Dua tiga kali sahaja puas hati. Pelbagai resipi sudah Kjee cuba. Dan kali ini, harap- harap ini resipi terakhir yang Kjee cuba. Puas sangat hati. Dalam masa seminggu, dah dua kali Kjee buat. There goes my diet and my sugar level. 🤫🤪
Since Kjee excited sangat kalau dapat resipi yang menepati citarasa, maka I want to share it with you guys. Sapa punya resipi, Kjee tak berapa pasti. Tapi ia lalu di newsfeed Kjee. Dan pemiliknya kata resipi turun temurun ibunya. Thnx so much. Mohon halalkan.
Kjee jugak ubah suai letak durian minggu lepas. Maklumlah sekarang musim durian gugur. Sama aje caranya. Untuk Pulut Seri Muka Durian, letak secawan durian yang dikisar sama satu cawan air. Tak payah letak air daun pandan. Letak pewarna kuning sikit jer. Proses lain semua serupa.
Ok jom kita lihat bahan2 dan cara membuatnya. 

PULUT SERI MUKA PANDAN
Bahan2 dibawah ini cukuplah untuk satu loyang 7x7in. Loyang yang bulat 8" pun ngam.

LAPISAN BAWAH
1 dan setengah cawan beras pulut
1 cawan santan cair
Secubit garam
Sehelai daun pandan
Rendam pulut selama sejam. Toskan. Pastu campur santan cair, garam serta simpulkan daun pandan. Masak sekejap sampai airnya kering sikit. Pindah pulut ke dalam loyang pastu kukus selama  20 minit. Dah elok masaknya, keluar dari kukusan dan mampankan. Kjee tekan2 guna spatula sampai padat. Tambah air dalam kukusan dan panaskan api kecik sementara nak buat bahagian atas.

LAPISAN ATAS
Satu cawan santan pekat 
Setengah cawan gula pasir
1 cawan air pandan
3 biji telor 
Setengah cawan tepung gandum 
2 sudu besar tepung ubi
Sedikit pewarna hijau
Secubit garam

Blend 7 helai daun pandan dengan 1 cawan air. Tapis. Campur semua bahan guna whisk kecuali telor. Apabila sudah sebati dan gula sudah larut, pukul telor manja-manja dengan garfu dalam mangkuk lain. Kemudian campur dalam adunan yang telah di whisk tadi. Masuk secubit garam dan sedikit pewarna hijau. Kacau sampai rata. Kemudian ditapis  ke dalam periuk.
Loyang berisi pulut yang telah mampan tadi, diletak semula dalam kukusan. Api kukusan jangan besar sangat.
Jerang adunan hijau, guna api perlahan sambil kacau tanpa henti. 
Dah berwap aje, terus tuang ke dalam loyang pulut. 
Kukus lebih kurang 30 minit. Api sedang-sedang aje. Terlalu besar adunan akan meluap. 
Penutup kukusan dilapik tuala bersih untuk elak air menitis. Selepas 30 minit atau setelah lapisan atas masak, sambung kukus 10 minit tanpa penutup. Ini untuk bagi lapisan atas, kering. 

TIPS
Kjee ada tips untuk elak air menitis atas kuih yang sedang dikukus. Guna penutup buluh atau bambu. Penutup yang orang Cina guna untuk kukus pau. Gerenti wap terperangkap kat penutup dan tidak menitis. Penutup ini ada jual di kedai2 jual pinggan mangkuk orang Cina . Shopee pun ada tapi kena beli ikut saiz kukusan korang. Mahal sikit tapi berbaloi.
Tunggu sejuk betul2 lebih kurang 3-4 jam baru dipotong-potong guna pisau plastik. 
Selamat Mencuba.
By the way, sukatan cawan yang Kjee gunakan adalah cawan standard metrik. 




Sunday, June 21, 2026

sayur-sayuran

SOTONG KANGKUNG SOS MANIS PEDAS


Kjee sebenarnya dah lama tak makan sotong kangkung samada kat kedai ataupun buat sendiri. Banyak bahaya makan kangkung ni selain sejuk dan berangin. sila tengok ni dan tak tahulah Kjee korang sanggup ke tidak makan kangkung lagi. Tetapi kalau anda hati2 ketika mencuci sayur kangkung, rasanya okaylah kot.

Kjee tak tahu kenapa peniaga jual sepinggan sotong kangkung mahal. Sotong kembang tu bukanlah mahal sangat. Kalau tak silap kjee, seekor tak sampai RM2, pastu kangkung sekilo tak sampai RM2.50. Dia orang bubuh setangkai dua jer kangkung. Pastu belanja sos pun taklah tinggi sangat. Tapi kalau kita pergi intai gerai2 yang jual sotong kangkung, ada yang mencecah sampai RM5 hingga RM6 sepinggan. Sotongnya dibubuh ciput lak tu.

Oklah, kalau ada yang minat nak buat, sos sotong kangkung Kjee sama dengan sos tahu bakar.
 BAHAN2NYA::

sotong kembang
kangkung
bijan yang telah disangai.

CARANYA:
Sotong dicelur dalam air panas kira2 7 minit. Pastu toskan dan dipotong ikut citarasa. Selalunya selebar jari manis. Kangkung dipetik daun dan batangnya dan cuci bersih pastu dicelur kira-kira 5 minit dalam air panas sama seperti celur sotong. Timur dihiris ikut suka.

Susun atas pinggan sotong, kangkung dan timun ikut citarasa. Pastu curahkanlah sosnya. Taburkan bijan yang telah disangai. Itu jer. Senang kan. Sebab itu kjee marah sangat kenapa mahal sangat dia orang jual.

BAHAN2 SOS:
 
sotong kembang dari cik google
Semuanya ada lima item...sama sukatan. Kalu guna cawan pastikan cawan yang sama. 1. cili kisar 2. gula. 3. air asam jawa. 4. petis. 5 air sejuk (paip).

Campur semua bahan ni pastu masak atas api sampai  mendidih. Pelankan api sampai dapat kepekatan yang kita nak.

Itu resipi asal member tu. Tapi kjee ni buat sikit perubahan. Sebenarnya, cili kering yang dikisar tu tak boleh nak agak kepedasannya. Jadi Kjee hati2 bila mencampurnya. Kekadang ¾ cawan dan kekadang ½ jer. Gitu juga dengan petis. Kekadang ½ cawan jer takut masin sangat.

Pastu Kjee ubah lagi. Cili yg dah blend tu sebelum dicampurkan ke dalam periuk, Kjee campur dulu dengan air sejuk satu cawan tadi dan Kjee tapiskan ke dalam periuk. Sebab? Kan masa kita blend cili tadi walaupun nampak halus tapi tak halus sangat sebenarnya. Jadi, bila ditapis ngan air tadi kita akan dadapat hasil sos yang halus dan cantik.

Oh ya lupa nak bagitau. Sos ni boleh simpan lama dalam fridge dengan syarat korang tak habiskan. Boleh digunakan untuk tahu bakar (resipi klik sini), rojak buah atau yong taufoo.





Saturday, June 20, 2026

ayam

GULAI AYAM GAYA PAHANG





Biasanya kjee buat Gulai Pahang ni, Kjee  bubuh daging tapi hari ni ubah bubuh ayam pulak. Sama jer, kita yang buat dia kan? Satu hari nak try buat bubuh ikan tenggiri atau ikan parang. Mesti sedap jugak kan?

Gulai Ayam Pahang ni bukan buat hari ni. Tapi macam biasa hari tu malas nak upload entry. Banyak kerja lain. So bila free, Kjee masukkanlah. Gambar tak basi kan? Hehehe.

Gulai ayam Pahang ni kena buat pedas sikit kalau tak, kureng sedap. Sebab itu orang N9 kalau buat mask lemak pedas menyinga. Baru kow. Tapi terserahlah kepada citarasa masing2 kan?

Bila Kjee buat gulai ni, ramai kengkawan di kalangan orang Pahang terkejut sebab tak tahu pun ada gulai Pahang. Ntahlah. Kjee belajar buat dari orang Pahang. Dia kata Gulai Pahang. Kjee pun katalah gulai Pahang. Resipi ni ehsan seorang wanita yang Kjee kenali sebagai Mummy, isteri kepada pengarah Yassin Salleh.

Jom intai resipinya.

BAHAN2NYA:
½ ekor ayam (dipotong ikut suka)
cili api (ikut citarasa)
1 labu bawang besar (kalau bawang merah gunalah 4 biji)
2 ulas bawang putih
1 sudu ketumbar biji
1 sudu jintan manis
½ sudu jintan putih
1 asam keping
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup (boleh bubuh kunyit serbuk)
1 batang serai
1 cawan pati santan
1 helai daun kunyit
2 biji kentang

CARA MEMBUATNYA:
Ayam dipotong suka hati dan dicuci bersih. Kemudian toskan. Cili api, bawang merah, bawang merah dan kunyit hidup dikisar basah sampai halus. Sangai jintan manis, ketumbar dan jintan putih seketika. Kemudian dikisar kering.

Panaskan kuali/periuk. Tumis bahan kisar basah sampai wangi. Masukkan bahan kisar kering dan tumis sampai semerbak wangi satu kampung. Pastu masukkan ayam. Masak dan balik2kan hingga ayam kecut. Bubuhlah sedikit air dan juga kentang, campakkan juga serai dan lengkuas. Pelahankan api.

Apabila kentang dan ayam sudah hampir empok, masukkan santan dan bahan perasa iaitu garam dan secubit aji dan asam keping. Didihkan seketika dan campakkan daun kunyit yang telah dicarik2. Apa lagi hah? Eh itu jer. Tunggu sampai cukup rasa, padam api.

Gulai daging Pahang pun sedap tau. Kalau makan dengan roti canai atau roti putih pun sedap. Lupa lak. Dalam gambar ni kuahnya lembab lembab manja gitu. Suka hatilah kalau nak berkuah. Tambah je lebih santan. Sendiri mau adjust lah yer.
 Selamat mencuba.

Thursday, June 4, 2026

chinese food

HOME MADE JERUK HALIA MUDA











Oleh kerana dah cari satu Malaya tak jumpa, akhirnya UnclePali senyap-senyap pergi beli halia muda, dan Chinese Rice Vinegar. Buat sendiri dia kata. Kjee tanya mana nak cari resipi? Dia senyum. Adalah. Jadi tak jadi nasiblah.

Ohhh dalam diam-diam dia pergi surf kat internet cari resipi.

Dan akhirnya jadilah Halia Muda Jeruk yang diidam-idamkan UnclePali. Kalau pergi Sushi Restaurant, dia sanggup habis bermangkuk-mangkuk halia jeruk. Agaknya setiap kali ke Sushi Zenmai, waitress nampak jer UnclePali, dia orang cepat-cepat sorokkan stok halia jeruk. Heheh.

Tapi Kjee nak bagitau satu rahsia. UnclePali sebenarnya tak suka halia! Kalau Kjee masak bubuh halia, muka dia boleh 'terpeleot'. Jadi, camner dia boleh suka halia jeruk?

"Dah jeruk sedap," kata UnclePali sambil senyum kambing.

UnclePali tak ikut resipi yang tepat untuk buat halia jeruk ni. Dia beli halia muda, cuci bersih kemudian lap dengan kain atau kitchen towels hingga kering. Lepas tu hiris nipis-nipis bab hiris nipis nipis tu aku yang kena buat,











Sediakan satu balang kaca yang bersih dan kering. UnclePali letakkan halia yang telah dihiris ke dalam balang. Kemudian dia jerang cuka atau Chinese Rice Vinegar bersama gula. Kjee tanya kenapa tak guna cuka biasa. "Resipi kata Chinese Rice Vinegar," jawab dia.

Sukatan cuka dengan gula tu kata UnclePali, ikut banyak mana halia. Mesti tutup halia tu bersama cuka dengan gula. Cuka tu dijerang dengan gula sampai gula cair. Padam api.

Bubuh garam dalam hirisan halia didalam balang kaca. UnclePali kata, garam mesti secukup rasa untuk stabilkan rasa cuka yang masam dan gula yang manis. In other words, korang pepandailah adjust sendiri.

Apabila halia sudah dibubuh garam, curahkan adunan cuka dan gula sehingga tutup diatas hirisan halia, Lepas tu sejukkan betul-betul sebelum ditutup dengan penutup botol atau balang. Simpan di luar peti ais selama satu atau dua hari. Selepas itu, boleh simpan dalam peti ais, kalau suka.

Oh ya, kalau nak tahu jadi ke tidak, warna cuka dan halia itu akan menjadi pink.

Mengikut resipi, halia jeruk hanya boleh makan seminggu selepas dibuat. Tapi UnclePali tak sabar. Hari ketiga dia dah bedal. Dia makan begitu sahaja sehingga Kjee ingatkan dia supaya beli Century Eggs.

Century Eggs boleh dibeli di supermarket. Ada dua jenis iaitu telor ayam dan telor itik. Kjee lebih suka telor itik. Texturenya lebih lembut dari telor ayam.

Selain makan dengan Century Eggs, Kjee tak tau Halia Jeruk ni sedap dimakan dengan apa. Ratah begitu sahaja pun sedap. Tunggulah nanti angin keluar berlumba-lumba. Hehehe.