Tuesday, June 14, 2016

BUAH MELAKA RESIPI MAT GEBU







Baru seminggu lebih kita berpuasa, dah empat kali Kjee beli Buah Melaka. Nadia suka dan liar aje mata dia apabila nampak Kjee atau UnclePali makan. Dia takut habis. Hehehe.

Sedapnya Buah Melaka ini terletak kepada cara kita adunkan tepung tu. Kalau terlalu keras dohnya, nanti liatlah kuih. Dan gula Melaka nya juga memainkan peranan. Kalau dapat gula Melaka yang ori, alahai sedapnya. Rasa lemak manis.

Sabtu ni Kjee nak ajar Nadia buat. Bila Kjee beritahu, dia kata dah tahu. Hmmm entah bilalah dia belajar.

Kalau tak mau kelapa tu basi, kukus seketika.

Arini Kjee letak resipi Che Mat Gebu, blogger Dapur Tanpa Sempadan. Kjee buat main campak-campak jer. Asal jadi. Hehehe.

BUAH MELAKA
Resipi Mat Gebu

Bahan-Bahannya :-)
500 g tepung pulut
1 1/2 cawan air (kurang lebih)
1 camca teh pandan paste
Gula Melaka dipotong kiub, secukupnya
Kelapa kulit basah, diparut putih
Sedikit garam

Cara membuatnya :-)

Masukkan tepung pulut dalam satu bekas, tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg tidak melekat di mangkuk adunan. Tambah pes pandan dan uli hingga rata.
Ambil lebih kurang 1/2 camca besar doh. Isi kiub gula melaka, cantumkan dan bulat2 seperti guli. Buat hingga siap. Rebus dalam air mendidih hingga kuih timbul dan biar masak lagi selama 1 minit.
Angkat dan toskan, golekkan dalam kelapa parut yang telah digaul sedikit garam. Buat hingga siap dan boleh dihidangkan...









6 comments:

Gee® said...

K.jee..! bak nk sepiring...

Afif Rayyan said...

Wahhh.. sedap nie, boleh paksa isteri cuba.. ehehe

aeinna Musa said...

my feveret gak ni. mujur la skang x puasa sbb baru jam 3 pagi. hehe

Aina said...

sedapnya...tak sempat nak buat lagi kuih ni tapi dah dapat makan. Mak mertua yang kirim dari kampung.

Selamat berpuasa Kak Gee. Moga akak sehat selalu :)

Anonymous said...

baru lepas baca artikel pasal halba, dah resepi gula melaka pulak :P

jida said...

Sedap ni mkn bila berbuka

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...