Monday, June 13, 2016

LAUK DAGING SAMA PETAI BERCILI





First time Kjee makan Daging Goreng Cili bersama petai ini di kedai makan Anne, adik angkat Kjee di Paya Jaras. Kjee mintak resipi. Anne malu-malu nak beri sebab katanya, goreng berlada biasa saja tapi dia letak petai.

Hari ni Kjee baru teringat kat peti ais ada petai, daging batang pinang dan Sambal Ijo (hijau). Bolehlah dijadikan lauk berbuka puasa arini. Lagipun Kjee tak berapa sihat. Lepas Subuh tadi tetiba terasa demam. Itu yang plan nak masa simple-simple sahaja.

Sebab itu Kjee pentingkan stok Sambal Hijau. Buat banyak-banyak simpan dalam peti ais. Time tak sihat atau tak ada idea, bolehlah dijadikan lauk.

Apapun, Kjee beri resipi Daging Berlado atau bercili kalau ada yang tak suka buat Daging Sambal Ijo. Kalau tak suka petai, tak payah bubuh.

DAGING BERCILI PETAI

300 gms daging batang pinang
4 biji cili merah
4 biji cili hijau
sedikit cili api (kalau suka)
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
serbuk kunyit
petai
garam
serbuk perasa (optional)

cara:

1. Daging dihiris nipis. perapkan kira2 sejam setelah dibubuh serbuk kunyit dan garam.
2. Tumbuk cili hijau, cili merah dan cili api. jangan terlalu halus. Kemudian tumbuk pula sebiji bawang besar. Sebiji lagi dihiris bulat2.
3. Bubuh minyak sebanyak ½ cawan ke dalam kuali dan goreng daging hingga garing. Keluarkan.
4. Kemudian tumis bahan2 tumbuk hingga naik minyak.
5. Setelah agak garing, bubuh sedikit garam dan perasa kalau suka. Jangan banyak sangat garam sebab daging tadi sudah diperap dengan garam. Kacau seketika dan masukkan bawang yang telah dihiris bulat2.
6. Apabila bawang sudah layu, masukkan daging dan kacau hingga rata dengan sambal tadi.
7. Masukkan petai yang telah digoreng setengak masak. Gaul. Dan padam api.










Stok Sambal Ijo

















0 comments:

Post a Comment