Wednesday, March 29, 2017

KUAH SATE ARWAH ATUK KESUKAANKU




        Kuah Sate dan Kuah Kacang adalah sama tapi tak serupa. Kuah Sate resipi keluarga Kjee, tidak ada rempah ratus termasuk serai macam kuah kacang. Rasanya kuah kacang letak segala jintan dan mungkin jugak ketumbar biji.

        Apapun, inilah Kuah Sate yang Kjee kenali sejak azali. Kuah Sate Majid Sate yang femes dari zaman lima puluhan. Kuah sate ini setahu Kjee, airtangan arwah nenek Kjee sebelah emak. Nama arwah, Che Buang dan beliau keturunan Bawean (disebut Boyan) dari Ceribon, Indonesia, manakala Atuk Majid orang Jawa asal Melaka. So Kjee tak tahu asal usul resipi kuah sate Majid Sate ini, samada ia resipi famili sebelah datuk atau Nenek. Tetapi rasanya sebelah Atuk sebab dia yang jual sate secara memikul bakul sate atau dikandar, warisan keluarganya di Melaka.

        Anyway, Kjee belum pernah lagi temui orang buat Kuah Sate macam resipi Atuk Kjee ini. Rata-rata dia orang letak rempah ratus. Kjee pernah ke kilang Haji Samuri Sate di Kajang. Kuah sate mereka siap ada sambal yang diasingkan. Mungkin itu cara orang Kajang.

        Kjee tak pernah buat Kuah Kacang bukan kerana tak tahu tetapi pada Kjee, ianya sama saja. Kuah Sate kami rasa kacang. Begitu jugak Kuah Kacang. Tetapi kuah Sate kami, sungguh mudah dimasak. Bahan tak banyak. Hanya kacang tanah yang telah disangai, bawang merah, gula Melaka, cili kisar dan minyak masak. Itu jer.










        Bonda selalu ingatkan, kalau nak buat Kuah Sate mesti guna Gula Melaka. Lain rasanya kalau letak gula pasir. Dan seperkara lagi, kacang mesti disangai sehingga betul-betul masak! Api tak boleh besar takut kacang tu hangus. Nak tahu dah masak ke tidak kacang itu, setelah nampak ia sudah berubah warna, ambil sebiji, sejukkan seketika dan makan. Kalau dah sejuk baru kita tahu samada kacang tu dah masak. Rangupnya lain. Kalau dirasa masa kacang itu masih panas, akan rasa lemau.

        Kenapa kacang mesti disangai sehingga betul-betul masak? Sebab kacang yang cukup masak akan menentukan samada kuah itu lemak dan sedap serta mengeluarkan minyak dipermukaan. Mungkin tak ramai yang tahu.

        Hari ini Kjee buat Kuah Sate nak makan dengan Nasi Impit. Selalunya Kjee guna nasi impit Adabi. Mudah jer. Rebus dua jam, 3 jam kemudian dah siap boleh potong. Tetapi stok tak ada. So Kjee buat yang home made. Tapi malangnya, apabila Kjee nak potong 5 jam selepas membuatnya, masih belum boleh dipotong. So Kjee masuk dalam fridge. Serik lah. Lain kali Kjee akan pastikan ada stok beras nasi impit instant dalam pantry.

        Kalau korang nak cuba buat kuah sate Majid Sate (dulu kami ada Restoran Sate Anika di Bukit Bintang Plaza dan Satay House di bangunan Tabung Haji Lama di Jalan Ipoh), sila ke blog Kjee. Ada cara buat sate sekali. Klik di SINI.

        Resipi yang Kjee kongsi dengan semua adalah resipi warisan Majid Sate. Ada yang kata Kjee tak seharusnya kongsi kerana ia sepatutnya rahsia keluarga. Kjee lakukannya sebab mahu legasi sate Majid Sate ini dapat diteruskan dan semua dapat menikmatinya, sehingga akhir masa. Insya Allah.








3 comments:

  1. Sedapnya kuah sate.pekat dan nampak lemak gitu.. blog saya http://cararesepi.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Betul. Kacang perlu disangai sehingga masak dulu, baru kuah kacang berlemak sedap. Pernah belajar dengan kawan yg keluarganya meniaga sate, kacang diblender mentah2 dan terus masuk dalam kuah. Telan air liur ana tengok. Huhu.
    Mungkin selera mereka begitu, iyakan sahajalah cara mereka..

    ReplyDelete
  3. pernah buat kuah kacang...guna kacang readymade yg dh siap blend tu (dasar pemalas kan)...hasilnye...kacangnye x kembang n kuah jd x sebati dgn kacang tu...teringat kata2 arwah mak..."kalau malas..jangan buat"...served me right...huhuhu...sejak tu...tobattttt nk guna yg readymade -hunnyza-

    ReplyDelete