Monday, March 21, 2011

152. Satay dan Kuah Satay



Satay. Kjee dibesarkan dengan satay. Arwah mak kata, Kjee dilahirkan dalam dulang satay. Yelah tu. Kononnya masa dia dah sarat sangat mengandungkan Kjee, dia masih bantu ayah dia cucuk satay. Tup2 masa tengah cucuk satay, sakit nak beranak. Pastu masuk dlm rumah terus Kjee keluar.

Ya ker...jadi taklah beranak dalam dulang satay...Merepeklah mak.. risau kjee dengar. Datuk Kjee dulu jual satay. Memang famous satu Malaya.  Di Kuala Lumpur, sebut Majid Satay semua kenal. Satay dia sedap sangat.

Dulu masa kecik, datuk Kjee meniaga di Campbell Road. Setelah dia tiada, kami membuka Restoren Satay Anika di Bukit Bintang Plaza.. Sekarang Satay Anika dan datuk dah tak de. Tapi sepupu2 Kjee ramai yg masih jual satay ikut resipi datuk kita. Nasib baiklah dia orang jual. Kalau tidak, susahnya Kjee sebab susah nak selera makan satay orang lain...hehehe maaf ya.

Hari ni Kjee nak bagi resipi Raja Satay Malaysia iaitu Majid Satay.Rahsia buat satay ialah kita mesti gunakan daging batang pinang. Memanglah mahal sikit tapi kalau daging biase, keras. Resipi yang ada pada Kjee guna kati so Kjee tukar ke kilo ya. Kita tengok resipi dia.

Bahan2nya: (SATAY)

600 gram daging batang pinang.
1 cawan gula pasir
2 batang serai
2 sudu besar kacang tanah
1 sudu besar garam
1 sudu besar serbuk kunyit

caranya:

Daging dibersih2kan urat2 dan lemaknya dan dihiris halus dalam sebesar ibu jari. Kacang tanah disangai tanpa minyak dan dibuang kulitnya. Ricik serai dan tumbuk halus, asingkan dan tumbuk pulak kacang tanah. Masukkan dalam besen semua bahan seperti  gula, garam, kunyit serbuk dan serai serta kacang tumbuk tadi. Gaul rata. Pastu masukkan daging tadi dan gaul sampai rata betul2. Perap selama dua jam. Jangan bubuh sebab air daging tu akan keluar setelah diperap hampir dua jam. Pastu, cucuklah guna lidi daun kelapa atau sekarang orang pakai lidi buluh. Kemudian bakarlah atas tempat bakar yang guna arang. Amik sebatang serai diketuk2 sikit, Kemudian bubuh sikit minyak dalam mangkuk campur air sesudu. Pastu celupkan serai dalam minyak dan tepuk atas satay masa bakar. Balik2kan. Hati2 jangan terbakar lidinya atau daging hangus. Satay ayam pun sama caranya. Beli isi dada ayam. 
(KALAU NAK BUAT SATAY GORENG, TAK PAYAHLAH CUCUK DAGING PERAP. GORENG SAHAJA DAN CURAHKAN KUAH DIATASNYA. ATAU DIMASUKKAN SATAY YANG TELAH DIGORENG DALM PERIUK KUAH)

KUAH SATAY

Ada macam2 versi kuah sate. Keluarga sebelah bapak Kjee kat Melaka pun jual sate. Dia orang bubuh biskut Marie sebab nak bagi kuah dia pekat. Ntahlah Kjee dah lupa rasenyer. Tapi kuah sate Majid Satay guna kacang tanah 100% so very de ori. Pastu kita orang guna gula Melaka bukan gula putih. Gula melaka lagi lemak kata arwah mak. Resipi untuk kuah ialah:

bahan2nya

600 gm kacang tanah yang telah disangai
5 biji bawang besar
½ cawan cili kering dikisar
1 cawan gula melaka
1 cawan minyak
garam secukup rasa

Cara:

Kacang tanah mestilah cukup masak sewaktu disangai. Dibuang kulit, disejukkan dan direndam seketika sebelum dikisar. Ketika kisar dalam blender, guna air secukupnya untuk gerakkan blender. Jangan terlalu banyak sangat air.

Bawang besar di mayang. Kemudian panaskan periuk guna 1 cawan minyak dan tumislah bawang hingga wangi. Kemudian masukkan cili kering kisar dan goreng sampai naik minyak. Apabila sudah naik minyak, masukkan kacang yang telah diblend. Air juga dimasukkan sebenyak kira2 dua cawan. Bila sudah mendidih, masukkan gula melaka dan garam.

Kuah satay akan menjadi pekat apabila ia sudah sejuk. Jadi, pandai2lah nak agak banyak mana air yang hendak diletak.

Selain makan satay dengan kuah dan nasi himpit, sedap jugak kalau dihiris bawang, cili api bubuh kicap dan dimakan bersama satay. Hmmm sedapnya. Selain itu, hirisan timun juga suatu kemestian. Selamat mencuba.

37 comments:

nOra said...

Mummy jee dulu saya duk dengan jiran yg tolong cucuk satay. Dia pandai buat kuah satay. Kuah dia fulamakss power kedemak!!! Tetapi bila minta resepi ( wahal dia tak meniaga satay langsung !!Dia cuma ambil upah cucuk satay aje ) punyalah kedekut!! Mcm2 alasan dia bagi then kalau kita pergi ke rumah dia ( terpaksa ) sb ada hal dan time tu dia tgh masak kuah satay dia boleh stop masak and terus tutup periuk tu dgn tudung saji sb tak nak kasi kita tgk. Lokek ya amat!!!
Skrg sy happysb Mummy Gee dah kasi resepi turun temurun tanx nanti boleh cuba ;p

Zaliedana said...

Assalam akak,dah lama follow n jadi silent reader blog akak,arini baru tergerak ati nak bagi komen,tgk semua resepi2 akak mmg sempoi n sedap2 sgt,nnti leh lah try resepi2 yg akak post..tengs yer kak sharing resepi..

suhana azlin said...

salam kjee, sy dok obersea ni baru la memandaikan diri buat sate, bakar dalam oven je so kering sket la isi dia..tp boleh la kan, mengubat rindu nak makan sate kt msia huhu...

tp resepi sy pakai tu ada letak jintan, ketumbar, madu and buah keras, cilok dlm mamafami fp...nnt nak try la letak kacang hancur, gabung dgn resepi kjee..sure meletop satu aberdeen haha perasan! =P

suzi fauzi said...

trillions thanks to kjee for the great recipe..loveeeeeeeeeeeeeeeeeeeee u lah :-)

Anonymous said...

kjee...nor ingat lagi kedai satay aneka d bukit bintang tu.....kuah kacang kjee simple nor nak buat sebab nor suka sangat makan kuah kacang.....norasmah/ thanks kjee

Kjee said...

kjee heran kenapa orang lain punya resipi satay banyak sangat bahannya. dulu kjee pernah pergi kilang haji samuri satay di kajang interview dia. dia kata bubuh jintan, lengkuas, buah keras. isyhh datuk kjee pun jual satay. kat kl ni dia famous giler. tapi tak bubuh rempah langsung!

Nin said...

Salam, Kjee.

Dulu masa study selalu my friends and I went to satay Anika. Kekadang we tapau and balik makan kat rumah my brother kat Bangsar. My sis-in-law suka melayn kitorang ni and sometimes i babysat their daughter bila diorang outstation. Lama lepas tu tak dengar cerita Satay Anika lagi dah.

Tapi, honestly, Satay lain tak boleh lawan Majid Satay. I think Samuri comes third after Satay Anika.

Kjee, dengan rasa terharunye (sambil teresak-esak.. drama sikit).. Thanks for sharing the kaw-kaw recipes. My daughter yang hantu nasi lemak (sampai boleh identify kedai mana yg sedap nasi OR sambal dia) dah tak nak nasi lemak beli dah. Sekarang ni tiap-tiap minggu masak pes sambal tumis satu tupperware medium size and tak lagi kelam kabut nak masak breakfast, lunch or dinner. Nak pelbagai sambal, mee goreng, nasi goreng? Chewah... Eksyen pulak.. semua dalam tangan.

Kjee, you are a magician! You have helped me organize my cooking, shown me how to mensedapkan the food cooked, and also taught me how to save the household expenses.

May ALLAH bless you and family.

Anonymous said...

barulah tahu resepi satay ni simple je...tapi sure sedap. pernah merasa air tangan jee ni...tiada tandingannya. bagi akaklah...

Kjee said...

thnx Nin. Your comment almost moved me to tears. syukur alhamdullilah my receipes have made so many people happy.
memasak ni macam melukis. suka hati kita nak bubuh kaler apa. janji sedap pada mata kita. kalau tak de 'warna' yang sesuai, kita campur2kan 'warna2' yg ada. hehehe

Lyza said...

salam kak jee..
Maaf ye liza sibuk sikit..baru berkesempatan nk cuci mata..Suka sgt blog kak jee ni..mcm2 ada resepi pon sedap2..insyallah mesti cuba ni..

sharifah rosidah said...

satay aku pernah buat dulu masa duduk di US, semenjak balik Malaysia lebih 20 tahun dulu aku tak pernah buat sendiri sbb malas lagipun senang nak beli satay kat mana-mana ada tapi dengan adanya resepi majid satay yang famous ni aku nak cuba buat satay lah nanti. thanks jee.

Anonymous said...

Salam Kak, saya adalah pengeluar mesin pencucuk satay. ianya mudah dan efisien dan yang paling penting ia cepat kerana dapat cucuk 30 satay dalam masa kurang satu minit. sekiranya akak berminat sila hubungi saya di 019-2805899 atau email : irshahid75@gmail.com

TQ

suhana azlin said...

salam kjee, sy dah try resepi kuah kacang ni..memang terbaekk lah! dah la 1st time seumur hidup buat kuah sate, alhamdulillah menjadi dengan lazatnya..hehe...lepas ni kalau masak kuah kacang je mesti teringat kt kjee...thanks so much kjee!

next time nk try resepi sate ni pulak =)

Azlina amir said...

aisey, resepi ni mabeles la... nak cube la

Anonymous said...

Salam Kak Jee. Nampak simple jer resepi nie...sy teruja nak mencubanya....tq for the resipi.

✯Miz Purple Violet✯ said...

Wow! Nampak sedap lah. :)

Karimhanim said...

Kjee, saya suka sangat satay & abc kat satay anika tu. Fav place, tiap kali ayah dapat gaji mesti ke sana. Memang sedap satay kat situ, too bad dah tutup. Btw, hari ni saya nak cuba guna resipi akak. Thx very much for sharing this recipes

Anonymous said...

dulu saya staff kat majid satay..time tu abg zack supervisor..memang famous sangat..time public holiday que panjang

Hawa Lerno said...

Yusuf Majid aruah suami Seniwati Sarimah tu anak aruah Tok Jee ke dan beliau bapa sedara Jee ke? Begitu juga dengan Zain Azman?...

Kjee said...

Yusuf majid tak ada kena mengena dengan kami. arwah zain azman atau nama sebenarnya Aziz Majid adalah adik kepada arwah bonda saya.

Anonymous said...

kak. kalo nk berbuka kt restoran ni kne reserve dulu ker?

Kjee said...

Restoran satay kami mana ada lagi. Hehehe

Anonymous said...

Resepi akak nampak mudah. Entah sedap tak?

Anonymous said...

Simple sangat .Entah boleh pakai tak?

Riana said...

Saya dah try resepi kuah satay yang ini. Nampak simple tapi menjadi dan sedap ! Thanks kpd tuan empunya blog. May Allah Bless you :)

iskandarjamel said...

Kjee, hari ahab ni saya nak masak kuah satay utk raya open house kat opis. Kita pot luck, saya telah menyambut cabaran utk buat kuah satay. Ini adalah percubaan yg pertama. Saya akan cuba resepi Kjee. Insya Allah semuanya suksess.

ani2668 said...

K jee..tks utk resepi kuah kacang ni.. Frankly speaking sy first time buat ms raya baru ni. Sblm ni sy beli yg segera je. Pernah nk buat resepi2 lain tp complicated sgt..segala mcm benda nk kena letak. Bila tgk k jee nyer cara ni sy trus cuba... mmg Berbaloi.. Super simple n yet Super sedap.

Anonymous said...

Kjee..TK 4 d resepi. Nampak simple ramuannya. Sy belum cuba..insyaAllah. Nak tanya sikit dr pengalaman Kjee. Ada sate yg saya tengok kat display kaca tu kemerahan sedikit dan bila d bakar, nampak perang. Berbeda dgn sate lain nampak kekuningan dan bila bakar nampak kuning pudar. Boleh comment cara/ramuan tambahan utk nampak kemerahan tu!

Anonymous said...

KUAT BARISAN NIH......

Bila Hati Berbicara said...

i pun nak try la...nampak simple je...thanks kjee

Keychain and Cake :) said...

K.jee..t.kasih resepi..hr ni cuba reseoi k.jee. alhamdulillah...jd,tapi makan dgn ktupat nasi nona je..x ade sate ayam&daging pun laku jgak..

Anonymous said...

Salam Kak Jee ..resepi sate akak sungguh ringkas ...biasanya ada resepi yg letak ketumbar dan jintan2 (tapi saya lupa jintan tu apa)untuk bagi wangi ..betul ke Kak respi ni hanya guna serai ..tak perlu ketumbar dan sebagainya ..Terima kasih

Anonymous said...

Daging dgn ayam perap sma2 la?

Anonymous said...

Salam 1Malaysia. Saya seorang warganegara yg sedang berkerja di Hong Kong. Hari ini I try resipi ini buat satay sama kuah sekali. Sekeluarga semua suka. Walaupun tak sesedap Satay Anika yang kita makan bulan lepas bila kita balik kampung ke KL, boleh tahan juga. Terima kasih!

Kjee said...

Terima kasih kerana mencuba. Inilah resipi satay anika. For your info, satay anika dah tak wujud sejak hampir 25 tahun lalu.

hafiza hipni said...

Raya ni nak try buat kuah satay kak g lah.tq 4 recepi.

Stemcell Activator - CO-FACTORS said...

Slm Kak Jee..Majid Satay d blakang Campbell Shopping Complex mmg satay yg Terbaik!! Mula blajar mkn satay perut puun dri Majid Satay. Lembut, juicy, lmak berkrim..mmg The Best!! Then buka Anika Satay, kmi pun ke sana bbrp kali smpailah Anika Satay tutup. Tak sangka resepi satay Majid yg simple ini begitu sedap. Mungkin krn buat dri hati, maka jatuh juga ke hati..thnx kak Jee..sya suka dgn resepi2 kak Jee yg betul2 kak Jee pilih yg mmg resepi Ori. Sya pernah buat kuah tauhu bakar kak Jee. Mmg perfect!! Thnx again..smoga kak Jee sukses Dunia Akhirat.. Amiin ☆♡☆

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...