Wednesday, January 28, 2015

NAK MAMPUS LENGANG-LENGGUK, JARI LENTIK DEPAN MAK BAPAK!!...


Hanya sotong tak fresh jer lembut tau!




Entri kali ini Kjee nak luahkan rasa yang kian membara berkaitan kandungan cerita drama-drama Melayu yang mendapat rating cukup tinggi sejak akhir-akhir ini. Jumlah tontonan yang banyak bukan kerana kehebatan cerita atau pembikinannya tetapi unsur-unsur 18SX yang diselitkan terang-terangan!

Bayangkan drama-drama yang berjudulnya Islamik... membuat si ibu... ibu jer kot sebab ayah mana ada masa nak tengok drama Melayu bukan main seronok ajak anak-anak tengok sebab mungkin ada mesej terapkan unsur-unsur Islam.

Tup-tup selepas dua tiga episod, si ibu dah haramkan anak-anak tengok sebab judul dah menyimpang dari cerita yang mahu ditonton. Kisah isteri mengandung benih orang, kisah isteri suruh suami yang baru dinikahinya tidur atas lantai atau kat luar bilik, kisah suami dayus, kisah isteri curang... alahai mual lah nak cerita!

Judul jer Islamik rupa-rupanya!!

Semua drama ini dihasilkan sejak setahun dua ini. Hari tu masa trend cerita hantu, berduyun-duyun produser amik kesempaatan... habis citer hantu yang entah betul entah tidak, di terbitkan hingga buat pontianak, pocong dan langsuir ketawa terbahak melihat betapa bodohnya manusia!





gambar hiasan



Lepas senyap trend citer hantu bukan senyap tapi orang dah mula menyampah, keluarlah cerita-cerita samseng pulak. Terajang sana terajang sini... adoi senak perut tengok. Nak keluar rumah pun takut.. manalah tahu ada samseng tetiba muncul celah-celah kereta dan terjah dengan flying kicks. Hohoho.

Dan sejak dua menjak ni, muncul pulak drama-drama yang diadaptasikan dari novel! Bukanlah Kjee nak mengata dan menghina penulis novel tapi kekadang jalan cerita, daya imaginasi novelis yang tinggi dan pelik, dah jadi sangat-sangat tak logik!

Produser berebut-rebut cari novel untuk dijadikan drama setelah filem Ombak Rindu meletop.  Tetapi Kjee heran ya kenapa drama-drama yang diadaptasikan novel, kebanyakkannya ada diselitkan banyak unsur seks, kecurangan dan semua maksiat yang sewaktu dengannya.

Tadi, wartawan senior dan editor hiburan Berita Minggu, Hartati Hassan ada komen kat Facebook Kjee.







Mungkin Kjee boleh tambah sikit pasal komen Puan Hartati. Imaginasi penulis novel wanita terlalu tinggi. Mereka seakan mencipta sendiri cerita-cerita yang tak wujud. Cerita macam novel Suamiku Encik Sotong. Cerita dipaksa kahwin sebab nak dapat harta yang diwariskan, BUKAN senario dalam rumahtangga orang Melayu dan beragama Islam. Kjee pernah baca cerita dalam satu novel Inggeris dulu. Ini idea ciplak!!

Boleh ke kita percaya cerita macam itu? Nikah paksa, pastu duduk asing-asing pastu jatuh cinta dengan sepupu pastu kerana ketakutan dengar guruh... next scene jeng jeng jeng... "tahniah puan...awak bakal jadi ibu..."

Itu bab isteri... bab suami sah yang dinikahi lagi lawak. Lelaki sotong atau lembut yang ala-ala pondan. Maaflah. Peringkat awal lelaki itu digambarkan seorang lembut tapi Kjee pasti ramai kaum Mak Nyah kata itu bukan lelaki lembut tapi pondan!!

Kjee petik kata-kata seorang sahabat Kjee, seorang Mak Nyah.

"Giler ke Nyah, depan mak bapak, sedara mara nak jalan lenggang lengguk, jari lentik-lentik... kalau bapak akulah Nyah, dah dushhhhh tapak kaki dia kat muka mak, Nyah! Kaum pondan tak macam tu lah.... nak mampus ker... kita tak buat depan keluarga macam si Encik Sotong tu!?"

Kalau nak berlakon jadi Pondan, kena duduk dengan kaum itu, study betul-betul karekter mereka. Apa yang Encik Sotong tu buat, lebih menghina daripada menjiwai watak seorang lelaki lembut! Kjee antara yang excited nak tengok drama itu sewaktu tonton promonya... Wah mesti cerita komidi yang best sebab pelakonnya Shahnaz Ahmad memang hebat! Lepas dua tiga episod? Babai.

Sejak zaman anak dara lagi, Kjee memang terdedah kepada dunia Mak Nyah, dunia pondan, dunia gay boy, dunia pengkid bagai. Kjee tidak pernah menghina mereka kerana mereka adalah makhluk Allah. Dan Kjee bangga ramai daripada mereka yang Kjee kenal dulu, kini sudah berubah... berubah 360 darjah di segi penampilan dan pemikiran... Alhamdullilah syukur. Tetapi memaparkan cara hidup mereka yang tidak benar seperti drama Suamiku Encik Sotong itu, akan membuat ramai yang 'baru nak lembut, terikuti-ikut!!"

Kan elok buat citer yang boleh bawak cik pon cik pon ni kembali ke landasan betul... dengan bantuan famili dan masyarakat! Bukan buat cerita bagi masyarakat ketawakan mereka!! Mereka adalah golongan yang sangat-sangat perlukan bantuan ramai! Bukan dari segi kewangan sebab kaum ini pandai sangat cari duit dengan hasil kreatitivi mereka. Cuma yang malas jer, amik jalan mudah.



Filem Mrs Doubtfire



Drama-drama sekarang jugak banyak paparkan kisah suami dayus. Bini tidur dengan jantan lain, isteri jumpa ex boyfriend... bagi pegang-pegang, usap-usap, bini yang baru dinikahi suruh suami tidur luar bilik, tidur atas lantai...

Itukah pengajaran yang hendak diberi? Ada produser atau pengarah yang kata dengan bongkak: "tontonlah sampai habis. Nanti barulah tahu moral yang cuba kami paparkan!!"

Alahai... begitu konfiden mereka penonton akan sanggup tengok sampai habis! Buatnya ada yang tengok tak habis? Mereka mungkin akan terima bulat-bulat itulah kejadian yang diterima pakai. Eh dah keluar kat TV, mestilah betul cara tu!




Opppppsssss   



Semua yang bertanggungjawab dalam pembikinan drama/filem harus mengambil kira after effects drama/filem mereka. Mungkinkah itu yang menyebabkan meningkatnya gejala sosial di negara kita? Apakah akan bertambah lagi kes hamil luar nikah dan buang bayi?

 Kjee harap pihak berkuasa Agama bertindak segera dengan memohon Kerajaan wajibkan setiap skrip yang dihasilkan DILULUSKAN oleh Jabatan Agama Islam!

Dulu Kjee pernah hantar skrip Kjee ke Jabatan Agama Islam sebab apabila Kjee tunjukkan ke seorang pengarah, dia bimbang dengan jalan ceritanya! Bukan cerita seks tetapi kisah seorang gadis Cina tinggal di rumah seorang jiran lelaki, sahabat baik ayahnya setelah ayahnya meninggal dunia. Gadis itu tidak memeluk Agama Islam. Dalam rumah jiran itu, pakcik itu sudah kematian isteri dan ada anak lelaki dewasa. Apabila skrip itu dibaca dan diteliti jabatan tersebut, ianya diluluskan sebab ada pengajaran baik di sebaliknya! Dah ditayangkan pun drama itu puluhan tahun yang lalu. Judulnya Sayang Siew Lin... lakonan Eman Manan. Lain-lain Kjee tak ingat.

Harap-harap ada pihak dari Jabatan Agama Islam baca entry Kjee ini dan segera memantau drama-drama yang tidak bermoral terus ditayangkan di TV. Stesyen TV memang ambil sikap 'ada aku kesah'! Mereka hanya pentingkan rating tinggi dan dapat banyak sumber wang dari iklan! Wallahualam.

Dibawah ini, antara komen-komen kawan-kawan Kjee di FB berkaitan masalah yang sama.













12 comments:

  1. DAH LAMA X TONTON DRAMA, TAKDE MASA
    KALAU TERTENGOK PUN, MULIT SAYA ADA JE NAK KOMEN
    BAIK XYAH TGK,HUHU

    ReplyDelete
  2. setuju kak jee... hari tu ada kes budak2 muda kita peluk artis Kpop... tak boleh salahkan budak2 tu 100%.. mak bapak, dan persekitaran dan pengaruh novel dan tv juga.. sebab2 nya tu kak jee nyatakan diatas lah yg jadi punca rendahnya moral anak2 muda kita... hanya disebabkan oleh penulis yang syok sendiri dan penerbit yang nak kan keuntungan...

    ReplyDelete
  3. setuju dengan pendapat akak. i have stopped watching malay drama because too much drama. they show bad examples to the kids.
    dan kisah cinta mengarut, isteri mengandung anak org lain, krisis ruamhtangga yang teruk, not to mention yang inlaws yg nak menjahanamkan rumahtangga anak2.

    taksanggup nak tengok

    ReplyDelete
  4. I like your entry ni sangat2 kakJee. Sekarang ni cuma bagi anak tengok cerita "Keluarga Iskandar" aje. Sebab cerita lain memang tak bermoral. Yang terbaru di pawagam tu ..Suamiku En Perfect 10 pun tak bermoral gak bagi saya...baca novel separuh dah rasa tak boleh nak teruskan..boleh pulak jadi filem. Pengarah, penerbit, penulis skrip dah ketandusan idea agaknya. Kak Jee patut buat kelas tulis skrip filem supaya mereka tidak ambik sebijik2 dari idea novel yang kadang2 tak lalu nak baca.

    ReplyDelete
  5. setuju sgt dengan entry kak gee kali ni..reason why i stopped layan drama melayu sbb kebanyakannya tak berkualiti....rindu dgn zaman drama21 yg berunsurkan kekeluargaan dan memberikan contoh teladan yg baik kepada masyarakaty penonton seperti rumah kedai dan opah...

    ReplyDelete
  6. Saya jarang tgk cite melayu..sbb benda2 macam ni la..kalau tgk pon sebab outstation dan terperap dalam bilik hotel..buka tv terpaksa layan..

    ReplyDelete
  7. setuju kak jee, terlalu banyak sgt cerita mcm ni....semuanya jenis cakap kasar dgn ibubapa, kena kawin paksa then tidur asing2.....banyak gila yg mcm ni...apa pun, entry kak jee ni "thumbs (dua dua thumbs) up"

    ReplyDelete
  8. Jauh bezanya drama zaman dulu-dulu masa saya kecik-kecik berbanding zaman sekarang yang kadang-kadang buat kita naik rimas. Adakala tertanya-tanya jugak ada ke perkara macam tu terjadi kat dunia reality zaman sekarang.

    ReplyDelete
  9. Ada komen yg kata suka cerita korea tu, bila saya fikir-fikir dan ingat balik drama korea yg pernah saya tonton, macam tak pernah lagi jumpa dramanya yg ada jalan cerita perempuan mengandung anak luar nikah. Kalo ada mungkin saya tak tengok. Dah tu, nape cite melayu lagi advance kalo bab-bab mcm tu berbanding korea?

    ReplyDelete
  10. hahahaha..memang ka jie, saya memang NYAMPAH tengok drama melayu. saya suka tgk Tanah Kubor je. laki saya je yg suka nengok. saya suka citer omputih, memang sah diaorng kafir tp jalan citer meletops..tak de la asyik2 makan, asyik2 orang kaya, asyik2 jatuh cinta dan curang..puiii

    ReplyDelete