Sunday, October 25, 2015

SIAKAP TIGA RASA







Dari kecik lagi Nadia suka sangat Sweet Sour Fish. Kjee selalu buatkan cara arwah Bonda iaitu menyalutkan ikan itu dengan tepung jagung, kemudian digoreng garing. Lepas tu baru dimasukkan dalam sos Sweet Sour.

Kjee plan nak buat Sweet Sour Fish apabila ternampak ikan Siakap yang sangat fresh di pasar Keramat hari tu. Tetapi apabila masuk ke dapur, ubah fikiran dan buat Siakap Tiga Rasa. Dulu Kjee pernah buat letak bunga kantan yang telah dicincang halus tetapi kerana tak ada plan nak buat hari ni, maka jadilah Siakap Tiga Rasa biasa.

Kjee cincang dua labu kecik bawang besar, tiga ulas bawang putih, dua inci halia, cili padi (dalam 15 biji) serta sebatang serai. Kjee campurkan hoisin sauce, plum sauce, oyster sauce, cili sauce dan tomato sos (semuanya satu sudu besar tiap satu) ke dalam mangkuk bersama lebih kurang ½ cawan air. Kacau bagi rata. Ikan siakap lebih kurang 900 gram.

Ikan Siakap dibuang sisik, dibersihkan dan dilumur kunyit dan garam. Kemudian digoreng garing. Apabila sudah garing, keluarkan.

Dalam kuali lain, letak dua sudu minyak. Apabila panas, masukkan bahan-bahan cincang dan tumis hingga naik wangi. Kemudian dituang semua sos yang telah bercampur air tadi. Kacau hingga rata. Rasa. Kjee tak tambah garam sebab sudah cukup rasa.

Kemudian masukkan daun bawang yang telah dipotong serong serta daun limau purut yang telah diricik halus. Gaul rata dan padam api.

Letak ikan dalam pinggan atau apa jua bekas dan curahkan sos tadi diatas ikan. Hidang panas-panas dengan nasi putih.

Juga BACA SINI.




Related Posts:

  • MULAKAN TAHUN BARU DENGAN DETOX Lima hari mulai hari ni, Kjee nak jalani proses detox. Nak bersihkan usus. My diet will consist 60% sayur2an, 30% protein (ikan dan lean chicken) dan 10% carbo. Isyhh boleh ke? Boleh sebab Kjee dah pern… Read More
  • PERIA GORENG BERLADO UDANG KERING vs ASAM PEDAS TENGGIRI Hari ni rezeki kami untuk makan tengah hari ialah Asam Pedas Ikan Tenggiri, Peria Katak Goreng Berlada dengan udang kering, ikan tenggiri goreng dan ikan gelama jeruk goreng. Makan dengan nasi putih. Pasti kor… Read More
  • SINGGANG TENGGIRI & SAMBAL JAWA Ini yang Kjee masak petang tadi untuk  kami tiga beranak. Dua2 lauk ini permintaan Nadia yang dah lama tak makan masakan Kjee. Singgang ni Kjee buat macam biasa. Campak bawang putih, bawang merah, lengkuas dan dau… Read More
  • SIAKAP SEGAR MASAK TIGA RASA Lama betul Kjee tak buat entry makanan kan? Kenapa? Sebab semenjak dua menjak ini, Kjee dah jarang2 masak. Asyik makan kat luar jer. Apabila dah tak lalu makan kat luar kenapa korang sengih? makan kat kedailah. Makan ka… Read More
  • ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI Asam Pedas ikan tenggiri yang buat semalam. Ingatkan adalah baki untuk dicicah dengan roti pagi ini. Hmmm rupa2nya habis malam tadi tanpa ku sedari. Hehehe. Itulah pasal  kalau dah lama tak masak menu ni kan?… Read More

0 comments:

Post a Comment