Sunday, October 14, 2012

IKAN SIAKAP 3 RASA THAI










Seronok sangat2 hari ini. Nak tahu kenapa? Hah dah banyak minggu dah Kjee hanya dapat lunch dengan Unclepali. Nadia asyik kuliah jer dari Isnin sampai Ahad.

Tadi masa Kjee tengah siapkan bahan2 nak buat Ikan Siakap Goreng Tiga Rasa, hati ini rasa sayu sangat. Kalau ada anak makan bersama kami, alangkah bahagianya. Allah swt mendengar rintihan hati ibu tua ini. Tup2 fon sebelah Kjee berbunyi. Nadia call kata dia on the way back. Kelas kensel!!

Apa lagi, makin pantaslah Kjee masak. Lobak putih masak bening dah duduk atas dapur. Kjee plan nak masak Ikan Siakap Tiga Rasa macam yang Kjee makan kat Restoran De Templar kat highway MRR2. Ada hati nak dapat rasa cam tu. Hehehe.

Unclepali tolong goreng ikan yang telah Kjee bersihkan, bubuh garam, kunyit dan lumurkan sikit dengan tepung jagung. Ini untuk bagi garing ikan tu. Pastu goreng dalam minyak yang banyak hingga cantik garingnya. Tepikan.

Masa Unclepali goreng, Kjee siapkan bahan2 untuk sosnya pulak. Kjee guna 1 biji bawang besar, 2 ulas bawang putih, 1 inci halia, 2 bunga kantan, 1 batang serai, 2 biji cili merah dan 10 biji cili api. Kalau tak nak pedas, kurangkan cili api. Semua bahan2 tadi Kjee chopped atau dadu halus2.

Kemudian dalam satu mangkuk, Kjee tuang sos tomato, sos cili Thai, sis hoisin dan sos masam manis Life. Dua sudu besar setiap sos. Kemudian Kjee gaul sampai rata dan tambah kira2 empat sudu besar air dan 1 sudu besar sos ikan atau nampla.





Kjee panaskan 3 sudu besar minyak (minyak baki goreng ikan tadi) dan masukkan bahan2 yang telah Kjee dadu. Apabila wangi, Kjee masukkan 2 sudu besar cili kisar. Masukkan jugak dua helai daun limau purut yang telah dihiris. Goreng sampai garing, perlahankan api dan curahkan semua sos yang telah dicampur tadi. Tunggu mendidih dan rasa.

Ikan yang telah digoreng tadi diletak atas pinggan yang telah dilapik dengan salad. Kalau tak mau letak salad pun suka hati lah.

Kemudian curahkan sos yang telah dimasak itu keatas ikan dan terus makan. Ya lah nak tunggu apa lagi kan? nadia dah balik dan elok juga dia tengah lapar sebab pagi tadi makan roti untuk alas perut.

Sedap kalau masak guna udang atau ketam. Agaknya lah. Kjee belum try. Tapi rasa2nya nak pergi beli udang galah dan masak tiga rasa macam ini. Boleh jugak cuba Ikan Talapia, Bawal Hitam, Mabong atau pun Kembung. Sedap gak. Ala kita yang buat dia kan!! Hehehe

Terima kasih Dr Ina Harlina sebab bagi idea nak masak lauk ini. Intai resipi beliau di sini.



2 comments:

  1. Salam Kak Jee..sedap nyer peberet sekeluarga ni...kalo nak sos yg lebih just double kan bahan je kan?

    Mohon cuba resepi ni ye...tq kak jee

    ReplyDelete
  2. waduh kakjeee..mmg wallaaaa kan mamam ikan masak cenggini..pasnih leh try resipi kakjee ni lak..hehe!

    ReplyDelete