Friday, October 30, 2015

ASAM PEDAS IKAN MERAH RESIPI MY SIFU, MAT GEBU









Kalau nak masak Asam Pedas Johor yang sedap, kenalah berguru dengan orang Johor yang ori punya. Mujurlah Kjee ada sifu yang terer seperti Mat Gebu, blogger femes satu Malaya menerusi blognya Dapur Tanpa Sempadan. Oppppsss bukan satu Malaya tapi satu donia. Peminatnya ada kat mana aje lah di seluruh pelusuk dunia. Hehehe kembang kuncup Mat Gebu baca ni.

Hari tu Kjee belajar buat Asam Pedas Ayam dari beliau. Memang terbaik! Sampai sekarang asyik teringat jer. KLIK SINI. Dulu-dulu kalau sebut Asam Pedas Ayam, tekak Kjee macam kembang semacam. Tapi apabila dah rasa... padan dengan muka kau. Hehehe.

Hari ini Kjee buat Asam Pedas Ikan Merah. Semalam Kjee buat Sup Ikan Merah. Dua hari berturut-turut sebab ada baki dari semalam. Mula-mula nak buat Asam Pedas Ikan Tenggiri. Hari tu Kjee beli tak tau nak masak apa. Kemudian terfikir pulak nak buat Asam Pedas Ikan Siakap. Tapi last-last masak Asam Pedas Ikan Merah.

Tadi masa makan sebelum pergi mesjid, UnclePali tunjuk dua ibu jari. Siap hirup kuah lagi. Hmmm bagus punya testi. Dia harus thank Mat Gebu for the awesome recipe.

Oleh kerana hari ni hari malas Kjee, maka Kjee hanya buat Asam Pedas Ikan Merah letak bendi. Kemudian Kjee goreng ikan kering import dari Ganu pemberian Biha, adik angkat Kjee. Ikan kering apa Kjee tak tahu tapi ia dihiris nipis macam keropok. Sangat-sangat sedap digoreng garing-garing.

Itu aje nak story. Oppppsss resipi lupa nak letak. Korang KLIK SINI ajelah. Kjee bukan orang Johor ori. Kalau korang nak berguru eloklah dengan Mat Gebu. Kannnn Che Mat. Hehehe. Rindu Mak Yah dengan Bak dan abang Long. Dah selamat sampai dari Mekah ker? Kemsalam peluk cium dari KL.







Related Posts:

  • IKAN PARI GORENG TIGA REMPAH Selepas masak Asam Pedas Ikan Pari aritu, ada berbaki dua potong. Kjee simpan dalam freezer sebab plan nak goreng berempah stail Arwah Bonda. Kjee tengok jarang-jarang orang goreng ikan Pari. Selalu dibakar a… Read More
  • CENCARU SUMBAT SAMBAL KELAPA PEDAS Kenapa hanya Ikan Cencaru sahaja orang buat Belah Belakang dan disumbat sambal ataupun kelapa? Rasanya sebab ikan tu pakai jeket. Dan isinya tak lembut macam ikan lain kan? Kjee paling suka ikan Cencaru dibuang … Read More
  • LABU MASAK BENING DENGAN BILIS Dua hari lepas Kjee singgah Pasar Keramat. Suka sangat intai-intai gerai yang jual sayur-sayur kampung. Macam-macam adalah. Yang Kjee tak kenal pun banyak dijual. Minah Indon yang jual kat situ tengah potong labu. Se… Read More
  • AYAM MASAK KICAP PEDAS There's so many things you can cook using the bird. Kjee tak pernah ketandusan idea untuk masak lauk yang menggunakan ayam. Dah penat masak lauk pauk Melayu, boleh cuba Cina, India dan jugak Western. Apatah la… Read More
  • SAMBAL TUMIS GARING DENGAN BILIS DAN KENTANG Kjee dapat inspirasi nak buat Sambal Tumis Garing ini apabila membeli beberapa bekas airtangan seorang ibu tunggal, online. Sedap sangat. Nadia ratah habiskan tiga bekas dalam masa tiga hari, di office sahaja. Bil… Read More

1 comment: