Thursday, March 3, 2011

111. pemenang cerita pengalaman aneh/pelik/bucuk ialah...

pemenang akan menerima satu set minyak wangi ultra sercrets
jeng jeng jeng. aduh susah tau nak pilih sebab semuanya hebat2 belaka. berpinar2 mata kjee baca satu demi satu sambil ketawa berdekah2. korang semua memang ada bakatlah buat blog sendiri. opps buat apa kjee bagitau...nanti kan tak der lak orang nak singgah blog kjee lagi!!

kjee harap tiada yang berkecil hati sebab tidak dipilih menang. memang susah nak menulis panjang lebar cam tu. semua sebenarnya adalah pemenang tiada pen'kalah' kata vincent chong AF1 dulu. apapun, tahniah semua. nak tahu ke siapa pemenangannya?

mula2 kjee hanya niat nak bagi 1 hadiah. tapi jam demi jam, ubah lak fikiran. sampai jam terakhir, kjee buat keputusan nak bagi 5 hadiah. tiap satu pemenang akan menerima 1 set wangian ultra secret yang tidak mengandungi alkohol! kjee tahu semua yang masuk bukan nakkan hadiah sangat tapi nak meriahkan saja bersama kengkawan lain kan?

oklah...dalam banyak2 penyertaan, ada satu penyertaan yang kjee rasa sebak dan menangis membacanya. kalau kjee boleh rasa sedemikian, bagaimana pulak rasa orang yang melaluinya itu menulis untuk blog kjee. kemudian ada pulak penyertaan yang kjee rasa sangat berani...kena berani, tunggu ya.

untuk tidak membuang masa, kjee senaraikan nama pemenang dibawah ini. dua pemenang diatas adalah kerana penyertaan terbaik sementara tiga lagi adalah hadiah khas.

Nora ^^
Rahiza

hadiah khas:

Kak Ezza           dengan pengalamannya yang membuatkan kjee sebak dan menangis
Mohamad Salleh Othman     penyertaan tunggal lelaki yg berani (kjee suka komen awak jugak)
Sattiya Kanda                  penyertaan non malay. (aunty was smiling when i read your comment)

harap semua yang menang ini bagi kjee alamat dan nama penuh untuk penghantaran hadiah. hadiah akan dihantar esok. beri masa lima hari kerja untuk sampai. syaratnya korang kena cepat bagi alamat kat kjee. PM kat inbox yer. terima kasih.

kjee ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kerana cerita2 anda yang cukup menarik. terguling2 kjee membacanya. insya allah lain kali kita buat lagi macam ini.

15 comments:

  1. wahahahah! I won?!!!

    Thank you Aunty, U feed me delicious food and now presents too? =D

    Love you aunty!

    Satthiya Kandi

    ReplyDelete
  2. u're welcome sattiya. pls pm me your address ASAP.

    ReplyDelete
  3. Congrats to all winners :)) ~saira~

    ReplyDelete
  4. laaa ...sebak pula hati saya bila cerita kain busuk ni saya keluar kan..kalau suami saya baca mesti dia sedih sebab sebelum dia meninggal dulu..abah dia asyik marah marah kan dia..agak nya dia rasa bersalah betul..tapi dia marah sebab nak mengajar bukan benci...

    Terima kasih kjee sebab pilih komen saya...
    saya ni selalu kenyang mata bila tengok masakan kakjee..ada yang saya dah cuba tapi saya suka sangat resepi omputih kakjee sebab simple sangat..
    Banyak pahala dapat dengan cara begini.
    Millions thanks to you n family

    ReplyDelete
  5. jagn lupa inbox kat FB alamat dna nama penuh yer. terima kasih.

    ReplyDelete
  6. he..he.. x sangka menang..TQ kjee.
    saje suka2 je, bila berpeluang bca blog kjee.

    ReplyDelete
  7. Weee...dah ada pemenang ye, congrats to all yang menang and buat sy happy dan sebak bila membaca semua ni...buat lagi Kjee..mana tau kali ni sy bertuah pulak, w/pun tgh sedih skrg sbb kereta sy kena hit and run semlm but still reading your blog brings the smile in me..

    ReplyDelete
  8. wahh..tahniah buat pemenang2...nnt kak jee buat lagi ye...

    ReplyDelete
  9. saya ingat nak melelapkan mata kejap kat surau masa lunch tapi teringat contest kjee, lekas2 masuk blog, nak tengok pemenang bertuah. wahh!! betul kata kjee, semua best2 belaka. congrats yea to all of you and everyone too, seronok tukar2 cite kan. zumaira

    ReplyDelete
  10. Mohamad Salleh OthmanMarch 3, 2011 at 1:32 PM

    Tiba2 rasa nk nangis... =_=" X sangka bleh t'pilih... Tima kasih banyak2 K Jee...

    ReplyDelete
  11. Untuk pemenang tahniah nmpaknyer kelima-lima akan wangi sentiasa..yang pengkalah cuba lagi lain kali..yang tukang baca jer macam saya rajin2 jngah blog kjee..hehehe

    ReplyDelete
  12. hahaha lucu tu komen awak nasniza.
    amboi MSO...macamlah menang loteri pulak...hehehe

    ReplyDelete
  13. mmmmm Mummy jee sy menang ke?? yg nama nora tu? kalau ya alhamdullilah ;p sb ni kali pertama sy menang hadiah yahooooo kalau tak sy jugak ucapkan Alhamdullilah sb terhibur dgn cerita kawan kawan di alam maya ;p

    Love you Mummy Jee ;p

    ReplyDelete
  14. nora^^ tolong pm nama penuh dan alamat kat FB kjee yer. terima kasih.

    ReplyDelete
  15. mereka ni semua memang layak menang, aku baca pun suka tahniah kawan2.

    ReplyDelete