Monday, March 28, 2011
177. Szechuan Hot N Spicy Soup
Kjee selalu makan soup ni kalau restoren Chinese muslim. Tapi bahan2 yang dia orang gunakan tak sama. Selalu dia orang bubuh sayur sawi jeruk bahagian batangnya yang putih dan rangup tu. Ala sawi jeruk cina yang ada orang bubuh dalam asam pedas. Pastu dia orang guna udang.
Bagaimanapun, sawi jeruk dan udang tak der dalam fridge. So Kjee hantam sajalah bubuh apa yang ada kat rumah. Rasa dia sama jugak. Sedap dan berpeluh2 makan. Kjee bubuh cili api yang warna merah tu. Kalau resipi orginal, dia orang guna Szechuan Red Pepper Corns. Tapi jenuh dah cari tak jumpa.
Okay kita intai resipi.
BAHAN2NYA:
4 biji telur (poached)
4 ulas bawang putih diketuk
1 sudu besar udang kering
cendawan telinga tikus (direndam)
fucuk (kjee guna jenis yang keras. rendam hingga lembut)
2 biji kentang dipotong empat setiap satu
1 cube ikan bilis knorrs (boleh guna ayam atau daging)
garam
serbuk perasa
cili api ikut kepedasan
1 keping asam keping
CARA:
Poach telur. Teknik poach ialah jerang air dalam periuk. kemudian pecahkan telor masukkan perlahan2dalam air yang telah dicampur sedikit cuka. Jangan dikacau. Apabila kuning telor dah keras, keluarkan dan cepat2 bubuh dalam bekas berisi air paip. Buat sampai semua telah telah di poach.
Tumis bawang putih guna sedikit minyak dan campakkan sekali udang kering. Kemudian bubuhlah tiga atau empat cawan air. Kjee guna dua koleh stainless steel.
Bila air mula mengelegak, masukkan kentang dan cendawan telinga tikus yang telah dikerat2. Masukkan juga fucuk dan terus biarkan ia mengelegak. Kemudian masuskkan cili api yang telah dibelah dua, cube ikan bilis dan sedikit garam dan serbuk perasa.
Bila kentang dah empuk, masukkan asam keping dan biar terus masak sambil perlahankan api. Masukkan telor dan jangan kacau. Biarkan ia mendidih perlahan. rasa. Pastu padamlah api.
Kalau suka boleh bubuh sohun. Tapi resipi ori tak bubuh.
Related Posts:
BERJAYA BUAT BUTTER PRAWNS YANG ENAK BANGET! I made it! Semalam Kjee berjaya dera Unclepali dan Nadia take over kerja memasak. Dan hasilnya semalam? Yezza... Butter Prawns, Mihun Putih dan Apam Indon! By the time habis memasak, kedua2nya dah macam nak pengsan. … Read More
HOME MADE JERUK HALIA MUDA Oleh kerana dah cari satu Malaya tak jumpa, akhirnya UnclePali senyap-senyap pergi beli halia muda, dan Chinese Rice Vinegar. Buat sendiri dia kata. Kjee tanya mana nak cari resipi? Dia senyum. Adalah. Jadi tak … Read More
OTAK-OTAK NYONYA PILIHANKU Made these, Saturday. Teringin sangat nak makan. Jarang ada orang jual melainkan pergi ke restoran yang hidangkan masakan Nyonya. Apapun, buat sikit jer sebab dah lewat pergi Hero Market. Nak beli isi ikan Tenggir… Read More
LOBAK PUTIH TUMIS AIR Tadi semasa Kjee suruh UnclePali amik gambar Lobak Putih Masak Bening ni, dia pandang Kjee semacam. "Haritu punya awak tak masuk lagi dalam blog. Ini yang amik gambar lagi ker?" Kjee yang tengah blur sebab kepenatan,… Read More
MI HAILAM KE MI NEGRO... BACA DULU SEBELUM KETAWA Teringin nak makan Mi Hailam airtangan Nadia meluap-luap. Memang tidak dinafikan she makes one of the best Mi Hailam ever. Hehehe puji masakan anak sendiri. Tapi, itulah hakikatnya. Malah bukan Kjee sorang yang kata sed… Read More
selalu nor beli paket yang magi atau pun knor masak macam magi segera kali ni nor nak buat coz resepi kjee dah bagi....norasmah
ReplyDeleteNampak ada ikan goreng cekik leher kat tepi mangkuk tuh..perghh lauk ni lawan pulak dengan lada kering goreng... mamah macam makan ulam gitu...
ReplyDeletegie bru je blajo teknik poach ni lam magazine ..apa ya tak ingat... so lps ni leh try ngan resepi Szechuan k.gee ni...
ReplyDeletemacam sayur chap chai sikit cuma chap chai kering sikit yang ni ada soupnya, aku bab sayur-sayur ni memang suka.
ReplyDelete